Ahad, 29 Januari 2012

Putu Perak

Salam....

Semalam, Sabtu 28 Jan 2012, kami sekeluarga  (campur skali mak mertua dan adik ipar) ke Behrang untuk menghadiri majlis perkahwinan Kakak Ipar Jebat (biras CK ler...). dan inilah peluang terbaik untuk singgah beli Putu Perak kegemaran CK ni.



Mana nk beli putu ni?? haaa.... dari KL, korang kena ikut highway Utara Selatan, kemudian keluar kat tol Behrang. Bayar rm11.00 yer... hehehe.... lepas tu korang u turn balik dan masuk semula highway arah ke Kuala Lumpur semula. Singah la kat R&R Ulu Bernam.


Putu ni dijual kat Agro Bazaar. Harganya untuk satu piring (ada 6 biji kuih putu) dijual pada harga rm4.00. Ok lah kan. Kat KL mana nk cari kuih special ni?? (kata kawan2 di FB, kat Seri Gombak pun ada, tp entah ler kat mana, pasar malam kot !! )


Ermm... puas makan. Rasanya sama sedap dengan putu kat Kuala Kangsar. Uhhhh.... hilang rindu dendam nk makan kuih kegemaran CK ni... 

Nk rasa?? ehhh.....tak boleh. Ni CK punyer !hehehe





Selasa, 24 Januari 2012

Salad Ayam Panggang !! ...errr,,,bukan untuk diet

Salam...
Hari ni CK sibuk siapkan tempahan cis tart, so dah tak larat nk makan nasi  (errr...makan pun malas ke?? yer laa...kena hidangkan lauk itu ini..basuh pinggan...hahaha)

Untuk anak2 dan suami, CK masak nasi ayam hari ni, dan untuk diri sendiri.....TADAAAAAA....inilah faberet CK, salad dengan ayam panggang.


Ada lada benggala, cherry tomato, salad hijau, salad bulat dan salad ungu, bawang holand dan macam2 lagi lah.... Kenyang !!!

Kalo di Pizza Hut, saladnya cuma sayur-sayuran jer, takde la ayam panggang tu.


 Dulu kat Giant Kinrara pun  ada jual salad cenggini. Memang sedap . Harga pun murah jer, rm2.00 untuk 100gm. Tapi skang dah takde jual. Gamaknya tukang masak tu malas dah nk buat kot !!!


Jom makan !!! ni bukan diet yer, tp memenuhi permintaan tekak yang memang suka makanan cenggini. Ck dah tak diet ler...Berat dah 45kg, takleh naik, takleh turun dah.... sooo...makan jer laaa apa yang teringin !!!



Ahad, 22 Januari 2012

Mee Kari Kapitan

 Salam...

 Update: 16 April 2012
Sori, CK update balik resipi mee kari ni sbb ada default html code...entah laa.... gambar pun dah hitam...so terpaksa masukkan balik laaa... ENJOY !!






Mee Kari Kapitan

Bahan-Bahan:
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Air asam jawa

Bahan Kisar:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
10 biji buah keras
8 tangkai cili merah

Bahan Lain
4 batang serai (diketuk)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia* bahan2 yang bertanda * dihiris
1 batang bunga kantan (dibelah 4)
secekak daun kesum

Bahan Mee
3 keping kek ikan 1 paket bebola ikan
500 gm isi ayam
6keping fucuk (potong 4)
150 gm isi kerang
Sedikit kacang panjang (hiris)
2 bungkus mi kuning (celur)
100 gm taugeh (celur)
100 gm sawi (celur)
2 keping tauhu (goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur (rebus)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Kulit wantan- digoreng
Limau nipis


Cara Menyediakan:
1. Gaul bahan kisar kecuali cili kering bersama serbuk kari, bahagi kepada dua bahagian, satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yang telah dicampur dengan bahan kisar.
4. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
6. Kacau sebentar dan masukkan isi ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi.
7. Setelah itu masukkan santan, kek dan bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
8. Kemudian bubuh garam, dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan daun kesum. (boleh juga dihiris halus dan ditabur atas mee semasa makan) Setelah mendidih masukkan kacang panjang.  Siap !!



♥♥♥

Jumaat, 20 Januari 2012

Nasi Goreng Bodo


Salam !!

Jumaat yang mulia dibasahi dengan hujan pagi. Segar rasa...dan hari ini bangun dan mulakan hidup dengan semangat dan azam yang baru, setelah melalui 2 hari yang menyedihkan.

Dan pagi ini, dimulakan dengan sarapan zaman kanak2 CK, nasi goreng yang menjadi kegemaran sepanjang masa.


CK selalu letak nama Nasi Goreng Bodo, sbb kandungan dalam nasi goreng ni cuma telur dan ikan bilis jer. Yelah dulu2 mana ada segala perencah nasi goreng segera ni.

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (nasi semalam lagi bagus)
2 ulas bawang kecil- dihiris nipis
2 biji cili kering- dibuang biji dan dihiris halus
sejemput ikan bilis kecil2- digoreng garing dahulu
1 biji telur
garam, perasa secukupnya
minyak secukupnya - guna minyak sapi lagi best

Cara-cara
Tumis bawang kecil dan cili kering sampai kuning.
Ketepikan bawang dan cili ke tepi kuali.
Pecahkan telur. Goreng sekejap
Masukkan nasi
Kacau rata, dan letak garam 
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng.
Kacau lagi dan siap !! 

Senang kan,... ini la nasi goreng bodo !! hahaha..... Dan CK suka makan dengan Sambal Tempoyak....fuh...siap bertambah lagi.... Kalau makan dengan ikan goreng lagi la best !!



Nasi goreng yang mengingatkan CK tentang arwah mak. Inilah sarapan CK sebelum pegi sekolah. Kenyang sampai tengahari.  Kengkadang tu sampai tertido dalam kelas...hehehe....Tapi anak2 CK skang ni dah tak bersarapan dengan nasi goreng. Diorang lebih suka makan nugget, sosej dan burger jer....



Selasa, 17 Januari 2012

Chocolate Muffin - tempahan hari ini

Salam.... baru selesai dengan rutin harian, tp hari ni buat mapin plak...tempahan dari seorang guru buat anak2 murid tersayang.



Untung anak2 murid skrg ni kan...yelah cikgunya sudah bergaji besar, so boleh bagi anak2 murid makan sedap2...sebagai pemangkin agar murid2 rajin belajar. Time aku dulu...usahkan kek, gula2 pun tarak...tp takpe laa...terima kasih buat cikgu2 yang telah mendidik aku !! Jasamu tetap dikenang

Sebenarnya hari Ahad lepas, CK menziarahi seorang rakan, bawak la skali mapin ni. So dia dah berkenan, terus order untuk anak2 muridnya.


Mapin chocolate ni gebu dan lembut (errr...lebih kepada kek coklat pun ada ) Untuk lebih istimewa, CK letak topping chocolat kat atasnya. Tabur plak gula2 warna-warni tu.

Dan siap bungkus. Tinggal nk masuk kotak jer..

Sapa nk rasa? angkat kain? errr...silap, angkat tangan....hahaha



p/s : andai ada yang berminat utk menempah, sila pm CK (noorma7857@yahoo.com) atau telefon 017-2308214. Please !!!  jangan tinggalkan pesanan di chat box, sbb CK akan delete... (ada pencuri laaaa.....)





Isnin, 16 Januari 2012

Garlic Roll & Mushroom Sup

Selamat Pagi !!

Petang semalam, CK buat Garlic Roll ni, tujuannya nk makan dengan chicken chop masa dinner (sori, takde gambo ciken cop nyer...dah tak tahan lapo)... dan masih ada balance pagi ni, sambung lagi makan dengan mushroom sup. Uh... lepas satu menu utk pagi ni !!!



Terima kasih pada penyumbang resipi, Suhana dan CK salin respi ni dari blog Ita Masam Manis. Senang, dalam versi Bahasa Melayu....hehehe

GARLIC ROLL
By : Suhaina
Disalin dari : Ita Masam Manis

Bahan-bahan
~3 cawan tepung gandum ~ CK guna tepung roti
~1 cawan air suam
~1 sudu besar yeast
~1 sudu teh garam
~2 sudu besar gula
~2-3 sudu besar olive oil ~ CK gantikan dengan butter cair

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut (CK campak semua bahan dalam breadmaker)
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan


CARLIC SPREAD
By : Suhana

~50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
~3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
~2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus (CK malas nk keluar ke pasaraya, so guna Australian Corriendar)
secubit garam ~ CK tambah
sedikit lada hitam kisar ~ CK  lupa nk letak...haha
***Gaulkan semua bahan dan siap untuk  digunakan. 



Sesudah selesai BM ni bekerja, CK bentukkan adunan dan letak dalam loyang. Buat kerja itu ini, sampai lupa dah dekat 2 jam roti ni dok terperap...sib baik ok... (CK siap keluar bawak kete pegi servis lagi....hahaha) Bila balik tu, perut lapo, baru teringat roti tak dimasukkan dalam oven...



Sedap roti ni. Boleh la CK buat lagi utk BBQ malam minggu ni bersama kawan2 baik CK tu.. hehehe

Sabtu, 14 Januari 2012

Macaroni in Bachemel Sauce (Dubai mari)

Salam Sabtu semuanya

Hari ni my Jebat tak keje...plan nak balik kg sekejap...tp entah bila tahun nak gerak...dia tengah main games la plak tu. Si Rayyan tido lagi (dalam buai).So CK ada kesempatan masukkan entri ni

Hari ni, malas nk layan tekak Jebat (biasanya kalo dia cuti, asyik request lempeng ngan sardin/bihun goreng atau nasi goreng).... tp hari ni ala2 western sikit.CK gunakan serbuk bachemel mix segera. Cuma campurkan susu secawan dan masak hingga pekat diatas api perlahan.


 Errmm.... best !! (kata anak2 laaa...sbb banyak cis ) bagi CK yang diet ni, rasa sikit2 jer laaa....)


Senang jer nk masaknya (cara CK ler...) rebus spegheti, kemudian goreng ler macam buat carbonara tu. Pastu simbah ler ngan bachemel sos. Tabur mozzarella dan cheddar cis. Bakar...siap.  Len kali CK nk buat ikut cara yang diajar dalam pek tu plak. Mungkin lagi sedap !!

CK guna bachemel mix seperti gambar diatas ni. Keluaran Knorr. Opsss...toksah ler korang luang peluh gi cari kat Jusco/Tesco atau pasaraya berhampiran. Memang korang takkan jumpa punya coz ini keluaran dari Tanah Arab ler... hehehe.... CK kirim pada seorang rakan yang bercuti ke Dubai masa cuti sekolah ari tu (sebenarnya CK kirim suruh beli perencah Kabsa dll, ni dia belikan sekali ler....TQ Pet...sayang ko)



Ok... sampai sini dulu. Anak2 dah siap tu. CIk Puan Sri plak nk make up...hehehe

Jumaat, 13 Januari 2012

Nasi Ayam Ipoh Mali

Salam Jumaat buat semua.

Beberapa hari lepas ada rusa, pastu kamben dan hari ni ayam ler plak yer...hehehe...
Kat rumah ni, kalo dua tiga hari tak masak ayam, mulalah resah sume orang. Apa ayam kat Malaysia ni sume dah mati ke?? errrmmm... gitulah kisahnyer !!


Resipi daripada cik adik Quinnie, CK ambik kat Myresipi. TQ yer Q. CK kongsikan kat blog ni utk rujukan dimasa akan datang. Mmg sedap. 2 kali Irfan tambah (si debab CK tu, sblm pegi sekolah mesti makan nasi, almaklum ler...tgk badan lah...hehe)

Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya...sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni...saya tak perasan...boleh tambah kicap pekat jika ada...

Cara-cara
mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Hidangan yang mudah, ringkas dan sedap. Kalo ke pasar malam pun, mende ini jugaklah yang anak2 CK beli. Kata diorang setiap penjual, lain rasa nasi ayamnya.


Bagi CK plak ?? teringat kesedapan nasi ayam kat medan selera depan stesyen keretapi Ipoh (errr... ada lagi ke tempat tu) Itulah yang terbaik pernah CK makan. Tapi my Jebat plak suka makan nasi ayam kat restoren Mee Rebus Ramli. Errkk...macam2 hal kan !!! 



:)


Khamis, 12 Januari 2012

Donut Yogurt wif Cinnamon Dusting

Salam... hari ni CK tak brapa rilex, dan tak brapa bizi...hehehe...tengah2 ler..seawal 6.30 pagi dh memulakan kerja menyiapkan tempahan apam polkadot. Kemudian diikuti dengan buat donut frozen.

Semenjak dua menjak ni, permintaan donut meningkat la plak. Dan..ada lebihan di bahagian tengah tu, CK buat la donut ball untuk anak2. Tapi kan....huhuhu...diorang dh jemu makan laaa....


Buat Puan Nina dari Cyberjaya yang suka sangat makan donut CK ni, kat sini ada respi. Dan kalo rajin tu buatlah yer.... Kata Nina, setiap hari, dia ketagih nk makan donut CK ni. Mana taknya, setiap minggu pasti 20 bungkus donut dia order....hahaha...

Donut Yogurt wif Cinnamon Dusting
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
~250gm tepung gandum
~1 sudu besar yis
~ 2 sudu besar minyak masak
~1 sudu besar butter/merjerin
~ air suam (secukupnyer, untuk bancuh tepung)
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 sudu besar plain yogurt
~1 sudu besar gula
~1 sudu teh garam
~1/2 sudu kecil bread improver
~1 sudu kecil bread softner

Cara-cara
1.Satukan yis, bread softner, bread improver,gula, air suam, minyak, susu, dan gara.
2.Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
3.Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh **** biasanya CK buat banyak dan tak larat ler nk uli pakai tangan, so CK suruh cik breadmaker jer yang uli. Sbb tu lembut kot donutnya 
4.Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Letak inti kalo suka.Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
5.Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga keperangan.



Cinnamon dusting
~1 cawan gula halus
~1 sudu kecil serbuk kayu manis
~1 sudu besar tepung susu
****Satukan semua bahan dan sadur pada donut.


Satu kelainan sbb gulanya bersalut serbuk kayu manis dan susu.


Donut ni setelah digoreng, dan disalut gula, biarkan sejuk dulu, kemudian barulah dimasukkan dalam tupperware untuk mengekalkan kelembutannya. 





Rabu, 11 Januari 2012

Mutton Masala

Salam...

Hari ni CK masak kamben plak.... kalo ke kedai mamak, suka makan lauk ni dengan roti canai ataupun tosai. Tapi hari ni CK masak special sikit, ada makanan ala Arab.... Hanith Chicken with rice.


Resipi di'skodeng' dari blog kak Anim. Tapi CK ada buat perubahan sikit ikut tekak sendiri...TQ akak...share kat blog CK ni plak yer

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan
1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

 Rempah tumis
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis

 Bahan lain
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
3 sb serbuk cili
3 sb rempah kari daging
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
3 sudu besar yogurt (ni CK tambah)
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi bersama rempah kari dan serbuk cili, tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang.
Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya.
Kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan  garam masala dan yogurt.
Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul.
Padamkan api. Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...


Ni Hanith Chicken. Ayamnya diperap dengan rempah2 Arab, dibalut dalam aluminium foil  dan dibakar dalam oven.
Salad- campuran timun, tomato, bawang dan yogurt.



Errm....nasi Arabnyer tak dapek la ditunjukkan gambar, sbb tengah masak....hehehe...len kali lah yer....



Isnin, 9 Januari 2012

Rusa Masak Lemak Cili Padi

Salam...

Best lauk hari ni. Ada daging rusa...huhuhu... mana dapat?? beli laaaa... takkan ler nk pegi menembak kat hutan..

Di KL ni, kalau nk merasa daging rusa, pegi la beli kat Hulu Langat. Sana ada ladang rusa. Harga? sekilo rm40.00 (isi saja)...dan kalo campur isi dan tulang, harga lebih sikit laaa....

Ni my Jebat beli. Idak plak tanya brapa hengget. Sure dia tak nak bgtau punyer...


Sebenarnya CK tak tau nk masak apa guna daging rusa ni. Akhirnya, buat jer la masak lemak cili padi (lauk kegemaran Jebat ler...) Ternyata SEDAP hingga kuahnya dihirup ke titisan terakhir.

Rusa Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan
-daging rusa secukupnya (ada campuran isi, tulang dan lemak2)
-cili padi*
-kunyit hidup*
-garam kasar*
(bahan2 * ditumbuk lumat)
-santan secukupnya
-garam, perisa
-serai-diketuk
-ubi kentang

Cara-cara
-Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama daging. Tambah air dan masak hingga daging elok empuknya. Kemudian, masukkan kentang dan masak hingga empuk.
-Tambah santan. Biar menggelegak, dan masukkan serai yang diketuk.
-Perisakan dengan garam dan tambah serbuk perisa. Siap !!


Harus diulang masak lagi lauk ni. Sedap !!! Rasanya kalo guna daging biasa dan campur sikit tulang pun sedap gak kot...entah ler...nanti CK try cuba test masak. Hehehehe




Sabtu, 7 Januari 2012

Roti..... lagi.....

Salam... hari ni pun CK buat roti lagi. Menghabiskan sikit lagi yis kering yang ada. Jika dibiarkan lama, mati plak.

Dan hari ni, CK buat eksperimen ke atas bread softner. Selalu nya CK gunakan bread softner jenis berkrim, tp kali ini jenis serbuk. Terkejut jugak pertama kali diperkenalkan dengan jenis serbuk ni. Meh kita tengok hasilnya


CK buat lagi roti boy (sbb dah tertawan, dan tak puas makan). Namun ada perubahan sikit. Toppingnya CK tambah dengan serbuk kayu manis. Lagi sedap dan beraroma. Errrmm.... resipi kat bawah tu yer....

Untuk anak2, sempat juga buatkan roti sosej. 

Inilah dia hasil ujikaji...hehehe.... kelembutannya sama dengan penggunaan bread softner jenis berkrim. Tapi tak taulah jika dibiarkan lama/sejuk, sbb roti ni dh abis sebaik saja keluar dari oven.

Semalam CK buat roti boy dalam loyang jer (kes malas) tp hari ni roti boy mcam kat kedai ler sikit. Bulat dan satu2... hehe

Kebetulan, masa buat roti ni kawan CK datang rumah. So sempatlah bagi dia rasa (roti pun tak banyak, so dapat ler dia merasa 2 bijik roti boy dan 2 bijik roti sosej ) Maaf lah Pet, tak cukup roti utk ko anak beranak makan... rasa dulu yer.... hehe


p/s:  Tepung roti ada lagi 250gm, esok CK nk buat bun yogurt plak...hehehe

Jumaat, 6 Januari 2012

Cucur Susu Lemak Manis

Salam...jumpa lagi..hehe

Ekceli hari ni CK tak brapa sihat. Kata orang 'demam urat'. Mungkin sebab salah tidur malam tadi, dan sakit di bahagian belakang. Tambahan pula, stok keledek tak sampai lagi, so takde keje nk buat. Dan, dapatlah rehat sikit hari ni.

Dan untuk minum petang, CK buat cucur susu lemak manis ni untuk anak2. Si kecik Rayyan ni sejak abang dan kakak dia sekolah, dia macam 'mati kutu'. Yelah, takde geng kat rumah. So asyik merengek jer. Boleh plak dia ajak CK main kejar2 ngan dia. Adoiii nak...mana ler mama larat !!!


Terima kasih kak Fida (MYR) kerana sumbangan resipi yang mudah tapi sedap. Cucur ni lembut di dalam dan garing diluar. CK pun suka. Banyak plak CK makan petang ni. My Jebat cicah ngan  sambal sardin (lauk tengahari tadi)...dia tu mmg pelik sikit seleranya...ermmm...bantai ler !!

Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa

Cara-cara
Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
Angkat cucur dan hidangkan.


Si Rayyan ler paling suka cucur ni. Yelah, manis2 dan berlemak. Banyak dia makan.


Setiap kali masuk mulut, dia akan kata 'aum'....kononnya sedap la tu...hehehe


Mexican Bun @ Roti Boy

Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua.

Yeah...breadmaker CK kembali bekerja setelah lama tersimpan dalam kabinet. Sian kan kat dia...(CK siap bungkus dengan plastik sampah lagi, kengkonon nk bagi orang, atau simpan dalam stor buat selama-lamanya)
Tapi bila customer mula order donut frozen, dan CK pun tak larat nk uli pakai tangan (sebab banyak)...akhirnya BM tu terpaksa dikeluarkan. Dan bekerjalah dia sebagai pembantu CK untuk buat donut.

Dan...bila jenjalan kat Myresipi, nampak la plak Roti Boy. Tengok dalam lemari, ada lagi tepung roti. So boleh la buat. Selama ni asyik beli jer... satu rm2.00. Dan kalo CK beli sure kena beli 5.


Terima kasih kepada Mawfiz atas sumbangan resipi. Boleh tengok sini yer. Dan CK kongsikan kat blog ni plak utk rujukan CK dimasa akan datang. Sure akan buat lagi dalam masa terdekat. BM tu pun dh stanby jer...hehehe

Bahan-bahan ( 20 biji )
500gm Tepung Roti
225bm Air
8g Garam
letak topping banyak2
80g Gula
9g Instant Yis
14g Susu skim
25g Susu pekat
30g Telur
40g Shortening
30gm Margerin
6gm Pelembut roti
2gm Pembaik roti

Topping
150g Butter
120g gula
100g Tepung kek
sebiji telur
Perisa kopi/nescafe secukup rasa

Inti
150gm butter lembut
50gmgula perang
sedikit garam

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan doh kecuali bahan topping.
Uli sehingga menjadi doh. boleh gunakan bread mixture atau gunakan tangan
Apabila doh telah terbentuk, rehatkan selama 30minit
Selapas 30minit, tumbuk doh dan uli semula.
Bahagikan doh seberat 55gm dan bulatkan dan masukkan inti
Letakkan di atas loyang yang telah digris dengan shortening
Tutup dengan tuala lembab dan lakukan fermantasi selama 1jam
Sementara menunggu fermentasi selesai, sediakan bahan toping
Campurkan semua bahan topping dan pukul sehingga sebati (menjadi krim)
Topping
Gunakan paip kek untuk spread pada permukaan doh roti dalam bentuk bulatan
Patikan fermentasi roti telah selesai sebelum krim di letakkan
Bakar pada suhu 180c selama 20min
Siap!

Inilah akibatnya kalo letak topping banyak2...meleleh sampai bawak... tp topping ini jugaklah yang dikutip oleh anak2

Rotinya lembut dan gebu. Macam kapas plak. Best sangat. Disebabkan CK malas nk buat sebijik2 macam kat kedai tu, CK letak jer roti ni dalam bekas. So jadi ler mcm gambar kat bawah tu... OK lah kan, untuk makan family.


Cadangnya CK buat roti ni untuk breakfast pagi ni, sebab tu sebaik saja masak, CK ambil 2 ketui untuk kami rasa. Tapi....lain plak yang jadi....habis licin kena makan malam tadi jugak. So pagi ni... CK terpaksa breakfast lain untuk keluarga.




Selasa, 3 Januari 2012

Kerabu Kaki Ayam

Salam

kaki ayam leh makan jugak ke?? hahaha.... selalu jugak tengok rakan2 FB dan blogger tayang masakan kaki ayam ni. Antaranya Farah Salwa yang buat kaki ayam masak merah dan Deanna dengan kerabu kaki ayam.

So...CK fikir tentu best kaki ayam ni. Selalunya kaki ayam ni CK campak dalam sup jer untuk menyedapkan lagi rasa kuah sup tu. Dan kali ini....jeng jeng jeng...cuba buat kerabu plak


Bahan-bahan
kaki ayam yang di rebus
tauge-dicelur sedikit
kacang botol-dipotong nipis
suhun-direbus hingga lembut dan toskan
bawang merah
kelapa yang di goreng
tomato potong dadu
jus limau nipis
garam gula
sos ikan

Bahan tumbuk
cili merah
cili padi
belacan
sedikit udang kering

Cara-cara
Kaki ayam yang telah direbus, dibuang tulangnya dan disiat
Gaul semua bahan
Boleh dihidangkan




Alamak, pedas la plak !!! 



Ahad, 1 Januari 2012

Pine-Apple Pie

Assalamualaikum semua !!!

Permulaan tahun 2012, CK jamu korang dengan pine-apple pie. Utk buat minum petang (ada balance lagi, leh makan time tgk Merlin 4 malam nanti...hehehe)

Diberi nama pine-apple sebab CK letak nenas dan apple sebagai filling (kes tak cukup bahan, ada sebijik jer apple, so CK tambah ler nenas...ternyata tidak mengecewakan, tetap sedap)

Fillingnya CK guna sebijik epal dan sepotong nenas. Masak epal dan nenas sampai lembut, kemudian masukkan gula perang. Tambah sedikit mentega. Biar pekat dan sejukkan.

Bila inti dah sejukkan, siapkan pastri puff (guna instant jer, jenama Kawan)... letak inti di atas pastri puff, sapukan telur di keliling dan lipat dua. Gliss dengan telur. Bakar.....

Sedap dimakan panas-panas.


Ni aksi si budak toncet. Petang2 mesti ajak papa dia minum kat kedai mamak minum teh ais... aiyooooo !!!