Salam Jumaat buat semua.
Beberapa hari lepas ada rusa, pastu kamben dan hari ni ayam ler plak yer...hehehe...
Kat rumah ni, kalo dua tiga hari tak masak ayam, mulalah resah sume orang. Apa ayam kat Malaysia ni sume dah mati ke?? errrmmm... gitulah kisahnyer !!
Resipi daripada cik adik Quinnie, CK ambik kat Myresipi. TQ yer Q. CK kongsikan kat blog ni utk rujukan dimasa akan datang. Mmg sedap. 2 kali Irfan tambah (si debab CK tu, sblm pegi sekolah mesti makan nasi, almaklum ler...tgk badan lah...hehe)
Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya...sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni...saya tak perasan...boleh tambah kicap pekat jika ada...
Cara-cara
mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
Hidangan yang mudah, ringkas dan sedap. Kalo ke pasar malam pun, mende ini jugaklah yang anak2 CK beli. Kata diorang setiap penjual, lain rasa nasi ayamnya.
Bagi CK plak ?? teringat kesedapan nasi ayam kat medan selera depan stesyen keretapi Ipoh (errr... ada lagi ke tempat tu) Itulah yang terbaik pernah CK makan. Tapi my Jebat plak suka makan nasi ayam kat restoren Mee Rebus Ramli. Errkk...macam2 hal kan !!!
:)
Perghhh memang best menu ni.
BalasPadamamboii sedapnya.... rasa macam nak g terjah dan tapau sekali..hehehe
BalasPadamcedap nyerrr....ada beza ek ns aym ipoh ngn kl?
BalasPadamslam ck...nmpk pun dah menyelerakan nasi ayam ni...mmg sedap..nak sepiring blh..ekekekeke
BalasPadamsalam kenal n ziarah..
BalasPadamsedapnya nasi ayam ipoh :)
kalo ada lagi bole tumpang mkn...hehe muke x malu neh..
sedapnya saya pun suka mkn nasi ayam:)
BalasPadamresepi nasi ayam ipoh ni dah berjalan merata2 dah...sampai ke jepon dh pon...kat sabah je belom sampai lagi...bila la nk dtg seru masak nasik ayam ipoh ni...
BalasPadamkak ck..dah tak dek dah gerai makan depan stesen keretapi tu..dah lama pindah...diaorg robohkan masa nak bina landasan baru tu...sekarang ni kat area bangunan agama islam....apa ek nama bangunan tu lupa lak..hehehe...
BalasPadam