Isnin, 9 Januari 2012

Rusa Masak Lemak Cili Padi

Salam...

Best lauk hari ni. Ada daging rusa...huhuhu... mana dapat?? beli laaaa... takkan ler nk pegi menembak kat hutan..

Di KL ni, kalau nk merasa daging rusa, pegi la beli kat Hulu Langat. Sana ada ladang rusa. Harga? sekilo rm40.00 (isi saja)...dan kalo campur isi dan tulang, harga lebih sikit laaa....

Ni my Jebat beli. Idak plak tanya brapa hengget. Sure dia tak nak bgtau punyer...


Sebenarnya CK tak tau nk masak apa guna daging rusa ni. Akhirnya, buat jer la masak lemak cili padi (lauk kegemaran Jebat ler...) Ternyata SEDAP hingga kuahnya dihirup ke titisan terakhir.

Rusa Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan
-daging rusa secukupnya (ada campuran isi, tulang dan lemak2)
-cili padi*
-kunyit hidup*
-garam kasar*
(bahan2 * ditumbuk lumat)
-santan secukupnya
-garam, perisa
-serai-diketuk
-ubi kentang

Cara-cara
-Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama daging. Tambah air dan masak hingga daging elok empuknya. Kemudian, masukkan kentang dan masak hingga empuk.
-Tambah santan. Biar menggelegak, dan masukkan serai yang diketuk.
-Perisakan dengan garam dan tambah serbuk perisa. Siap !!


Harus diulang masak lagi lauk ni. Sedap !!! Rasanya kalo guna daging biasa dan campur sikit tulang pun sedap gak kot...entah ler...nanti CK try cuba test masak. Hehehehe




10 ulasan:

  1. woooowwww..sedap tu daging rusa..kot ada lagi lauk tu pos kerembau yoo..rusa tak pernah makan.mesti ada beza tu kan Maa..

    BalasPadam
  2. wahhh special lauk ni kak..lauk rusa memang sedap:)

    BalasPadam
  3. selaku manusia yg tinggal di tempat yg banyak rusa, memang suka daging rusa...selalunya stok daging rusa di kinabatangan memang senang dapat sebab banyak hutan kat sini. yang bestnya tu daging rusa x banyak lemak macam daging lembu. harga kat sini murah aje. boleh dapat rm13-rm15 sekilo. tapi kalo nak bawa balik semenanjung tu payah sikit la sebab takot kene tahan dengan kastam...

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak..mmg spesel lauk rusa ni kan..dh lama xmerasa dgg rusa.. ;=)

    BalasPadam
  5. Sedapnya CK..pestime ina mkn daging rusa masa gi rumah mak sedara suami kat N9..dia masak kari..mmg sedap..

    BalasPadam
  6. Haha beb!aku yer ingat ko gi menembak!...sedap jek nampak kan...aku tak penah makan, jakun ekk,..ekekeke...

    BalasPadam
  7. Assalam Noorma...waaah gulai rusa ada sini...kalau tau td, blk tengahari akak singgah sini jek.. :)

    BalasPadam
  8. Mana dapat daging rusa ni...sedapnya...:)

    BalasPadam
  9. Wahhh....mabeles lauk CK yea....julung2 kali dpt mkn rusa nie...sedap tuu!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡