Selasa, 3 Januari 2012

Kerabu Kaki Ayam

Salam

kaki ayam leh makan jugak ke?? hahaha.... selalu jugak tengok rakan2 FB dan blogger tayang masakan kaki ayam ni. Antaranya Farah Salwa yang buat kaki ayam masak merah dan Deanna dengan kerabu kaki ayam.

So...CK fikir tentu best kaki ayam ni. Selalunya kaki ayam ni CK campak dalam sup jer untuk menyedapkan lagi rasa kuah sup tu. Dan kali ini....jeng jeng jeng...cuba buat kerabu plak


Bahan-bahan
kaki ayam yang di rebus
tauge-dicelur sedikit
kacang botol-dipotong nipis
suhun-direbus hingga lembut dan toskan
bawang merah
kelapa yang di goreng
tomato potong dadu
jus limau nipis
garam gula
sos ikan

Bahan tumbuk
cili merah
cili padi
belacan
sedikit udang kering

Cara-cara
Kaki ayam yang telah direbus, dibuang tulangnya dan disiat
Gaul semua bahan
Boleh dihidangkan




Alamak, pedas la plak !!! 



6 ulasan:

  1. Best ni kerabu kaki ayam! Mau tambah mkn nasi :-)

    BalasPadam
  2. Mala, saya tak sempat makan ngan nasi pun, ratah macam tu jer dh licin...hehehe....

    BalasPadam
  3. Salam CK...enak ratah begitu saje kan kerabu tu...hihihi..sebenarnya x pernah pon mkn kerabu kaki ayam..nnt leh cuba..

    BalasPadam
  4. kaki ayam ni baik utk kesihatan..tapi saya lupa utk apa..tu yg cina suka makan...lepas dah tau khasiat baru la saya ni rajin nak makan..kalau dak buang je tang kaki dia tu..hehhehe

    BalasPadam
  5. kerabu kaki ayam memang ada di jual di kedai makan kat kampung Cm di kelantan..sedap sangat:)nak buat sendiri tak berapa rajin,...makan mmg laju:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡