Isnin, 31 Januari 2011

Vanilla Cup Cake

Salam...seperti yang dijanjikan pagi tadi, inilah dia projek aku hari ni, cup cake. Sebenarnya ni cubaan/testing jer sempena merasmikan nozzle yang baru aku beli minggu lepas. Hehehe.... Dan projek main2 hari ni juga adalah untuk persediaan aku buat cup cake sempena Chinese New Year yang akan tiba tak berapa hari lagi. Kononnya sebagai buah tangan untuk jiran2 aku tuh... tu yang practise ni...takde tujuan nk niaga pun.....


Hari ni aku guna Vanilla Cup Cake. Ok gak rasanya. Lembut dan gebu. Sorry, tak dapat dikenalpasti sumber kek ni, sbb respi ni dr simpanan file kat Word (dh berkurun dahhh....)


Bahan-bahan
1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.
2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang
Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)
Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.
Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.
Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.

Suka plak aku main ngan nozzle rumput tu...hahaha...macam buat cendol pun ada.

Buttercream aku hari ni lembik sikit, so tak berupaya nk buat bunga ros. Takpe, akan diusahakan dikemudian hari.
Lulus ke ni?? errmm....tahap D tu boleh la kan !!!

Bubur Oat Buan-buahan

Slamat Pagi. Hari ni Irfan masih pegi ke tadika (maklumlah..tadika Islam kan...) tp Along dah start cuti. Fuhh...dapat rilex sikit (sbb dia boleh jaga si Ryan toncet tu)

Oat dimakan dengan susu segar dan buah2 segar. Kat sini aku letak epal dan strawberry

Misi mengurangkan kolesterol dalam badan. Menurut fakta dalam buku/majalah yang aku baca, oat berfungsi sebagai span dan mampu menyerap kolesterol kurang baik dalam badan kita. Oat juga lebih mengenyangkan dari nasi. Namun oat tergolong dalam kumpulan karbohidrat dan tidak berapa sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet Artkins. (ermmm...lepas ni takleh makan oat laaa. Ada target yang perlu dicapai...hehehe...)


Along tak makan mende ni, jadinya untuk dia aku gorengkan nugget.

Hari ni akak bz la sikit, sbb nk buat filling untuk coklat (utk bagi hadiah pada jiran2 Chinese sempena CNY nanti) buat kek cawan dengan topping buttercream lagi (kes anak tak puas makan kek oren ari tu), nk ke pasaraya dll...
Ok... kerja dah nk bermula..Bye sume !!

Ahad, 30 Januari 2011

Sate

Salam semua. Seharian ujan jer hari ni...malam ni nak mo makan nasi, so makan ler benda2 panas sikit. Dan pilihannya Sate Kajang, beli kat R&R Awan Besar. Malas ler nk ke pekan kajang tu. Kat sini servisnya cepat sikit.

Macam biasa, sate ayam jadi pilihan. Kengkadang kalo teringin aku suka gak order sate perut manakala Jebat suka order sate hati ayam.  Kuah kacangnya sedap dan rasanya masih sama macam dulu. Kiranya sate pasar malam takleh lawan lah dengan sate kajang ni (ni pendapat aku ler...)


Ada sesiapa yang teringin. Meh la datang KL/Kajang !!! (tp kat Port Dickson pun ada jual sate kajang..)

Sabtu, 29 Januari 2011

Simply Orange Cake

Salam semua. Hujan dan suram cuaca petang ni, jom jamu selera dengan kek oren yang gebu dan lembut ni

Ni versi cup cake, senang anak2 nk makan. Ada terlebih rajin plak hari ni, so pakaikan dengan buttercream.

Resipi ni dari campur aduk respi kek oren sana-sini. Sapa nk adunan dia ringan, putar ler dulu putih telur sampai meringue. Nanti bila dh masuk semua adunan, barulah masukkan putih telur yang diputar tu sdikit-sedikit agar sebati.

Bahan-bahan
-2 cwn tepung naik sendiri
-2 bj telur
-1 cwn gula kastor
-2 sudu mkn susu pekat
-1 cwn butter
-1 sudu mkn oren emulco dan oren essence
-1/4 cawan susu cair
-1/8 jus oren (kira2 dalam 3 sudu laaa senang citer)

Cara-cara
pukul butter ngan gula hgga kmbang..masukkn telur satu satu
pukul lagi adunan hingga kembang
masukkn pula tepung sedikit demi sedikit, aduk perlahan (satu arah sahaja)
masukkan susu pekat..kacau lagi dan akhir sekali masukkan oren essence dan oren emulco.
(sapa suka yg ringan, masa ni baru masuk putih telur meringue tu yer...)
Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu minyak dan bakar 30min

Ni versi menghabiskan buttercream warna oren. Sayang nk buang, so conteng2 ler kat atas kek tu.

Keratan rentas kek. Sedap... terbau wangian orennya.

Untuk anak2, kenalah buat yang keler2 sikit

Resipi utk buttercream ni amik kat Myresipi. Copy dr blog kak Ina KL  (aku guna sepenuhnya krimwell -nk menghabiskan stok)

Bahan-bahan 
-250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi,kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
-125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
-125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) 
-essence vanila (plain) utk kasi lagi wangi (ni aku tambah)

Cara-cara
-Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
-TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


6 bijik jer...takde lebih pong

Ok...

Khamis, 27 Januari 2011

Homemade Strawberry Yogurt

Aloo...my dinner tonight- strawberry yogurt. Errm...diet ke? ish ...idak ler... setakat rehatkan gusi dan gigi. Gusi dah bengkak kembali. So pesan doktor kena rehatkan dari makan benda2 keras. So..jangan nk kata aku diet sbb nk dapat badan mcm Samantha Shubert yer..hehehe...


Homemade Yogurt
(sumber : www. recipezaar.com)

Bahan-bahan :
1 quartz susu
1/4 cawan yogurt perisa asli (starter)
3/4 cawan susu tepung tanpa lemak
strawberry essence & emulco - *ni aku tambah

Cara Membuatnya :
1. Satukan susu dan susu tepung dalam periuk. Panaskan ke suhu 100 - 150 darjah F.
2. Apabila ia hampir mendidih, angkat dari api dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk atau air batu.
3. Satukan air susu tadi dan yogurt perisa asli. Yogurt starter ini boleh beli yang readymade di pasaraya. Ia berperanan sebagai ibu yogurt kerana telah ada bakteria didalamnya. Ia akan membiak dalam susu yang baru itu.
4. Tuang campuran itu dalam bekas tupperware atau periuk yang bersih dan simpan di tempat yang hangat bersuhu 115 darjah F selama 6 jam atau lebih. Anda juga boleh menyimpannya dalam oven.Caranya ialah panaskan oven ke suhu 275 darjah F dan padamkan apinya.Masukkan periuk kedalamnya dan biarkan ia disitu beberapa jam.
5. Setelah yogurt menjadi pekat, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Ok..sampai sini dulu. Jamu mata dulu yer..

Laksa

 Salam...hari ni cuaca mendung jer. Boring gak kalo asyik masak/makan nasi. Sesekali tukar selera. Hari ni makan laksa plak. Kalo beli kat luar mmg tak puas makan. Ni dh masak sendiri, boleh tambah sesukati dan makan berulang kali (tp kat umah ni, makluk jelatanya hanya makan sekali jer...kalo teringin sangat barulah ulang sekali lagi...itu jer....)


Kali ni guna laksa segera daripada Win Food (selalu ada Win Mee dan Kuetiau kan...)... tak perasan plak kat pek tu tulis Laksa Pendek. Bila bukak bungkusan, alamak..mmg pendek ler laksanya. Panjang sikit dr cendol jer...hahaha...kelako ler plak. Tapi bila dh makan ngan kuah laksa ni, sedap la plak. Tak payah nk potong ngan sudu lagi. Terus jer suap ke mulut. Laksanya pun sedap dan kenyal.

Bahan-bahan laksa. Disebabkan hanya makan untuk sekali dua jer, so mmg buat tak banyak. Setakat 3 ekor ikan kembong hitam jer... cukup untuk kami 4 beranak makan.  Resipi boleh tengok sini.  Sama jer resepinya. Sedap atau tidak terpulanglah pada air tangan masing2.


Sesapa teringin, jamu mata yer...pastu pegi la cari laksa kat kedai :)

Rabu, 26 Januari 2011

Dalca Tulang Rusuk

Salam...hari ni lunch dengan lauk dalca. Masa hari Ahad ari tu, tengok Nona@tv3, nampak Azmeer masak dalca tulang..waaa...sedapnyer. Kebetulan stok tulang pun masih ada dalam freezer.

Sejak umur aku 15 tahun lagi, aku dh pandai masak lauk dalca ni. Selalunya kalo tengahari makan ngan nasi,malamnya kami makan dengan chapati. Best !! Tapi kali ni makan ngan roti paratha je lah nampaknya. Nk buat chapati, tak brapa pass la (bukan sbb tak pandai, tp tepung tak sesuai) ish..tak pandai menari, nk salahkan alunan gendang plak..hehehe

Dalca ni ada 2 versi,satu versi tumis biasa (macam yang aku buat ni) dan satu lagi versi tumis darat. Kalo mak aku buat, dia suka buat versi tumis darat tu (lagi sedap laaa...) tp aku ni malas sikit, so tumis jer macam masak kari biasa tu. Resipi aku adalah cara aku. Takde tiru dari mana2 respi pun.. kan dh cakap dari awal tadi, aku dh tau masak dalca ni sejak umur 15 tahun lagi !!!

Resipi ni aku copy dr Myresipi - untuk rujukan adik2 sekalian,

Bahan-bahan
* 200gm kacang dhal - direbus
* 1 kg tulang rusuk lembu - direbus dahulu hingga empuk
* 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
* 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
* 2 biji kentang
* 10 batang kacang panjang - dipotong
* 50gm serbuk kari daging + sedikit air
* 4 cawan santan
* Sedikit daun kari
* Minyak masak dan garam
* Bahan tumisan:
* 3 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 5 ulas bawang merah - dikisar
* 2 cm halia - dikisar
* 3 ulas bawang putih - dikisar
* 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Selain dalca tulang ni, aku masakkan jugak Ikan Cencaru Sumbat. Cukuplah setakat 2 lauk jer. Dah tak larat nk masak sayur, sambal dll. Si Ryan ni ada jer kerenahnya setiap hari .



Ok...slamat menjamu selera !!

Selasa, 25 Januari 2011

Kerepek Sukun

Aku sefamily baru jer balik dr Pasar Tani BK4, Bandar Kinrara. Sapa yang dok area sini tau ler..pasar tani depan masjid tu..

Fuh..sakit ati. Aku beli popia basah- 3 biji=rm2.00 (cinonet jer) ingatkan kecik sedap ler...tp rasa hampeh..tahap XXX (haaa.. nk mencarut jer aku ni)
Pastu my Jebat beli plak Tau Fuh Fah..pun tahap XXX (air gula hitamnya mcam rasa air paya belakang rumah jer..)huh...geram ni..

Pastu masuk jer dalam kete, si Irfan plak tumpahkan air kelapa laut yang aku beli. Fuh..lagi ler menyirap jer darah aku. Sempat gak aku pulas telinga dia. Geramnyer

Buah sukun ni dh lama aku cari, baru hari ni ketemu. Cepat2 aku rembat sebijik. Kata Jebat kita rondalah dulu pasar tani ni, kang nk balik baru beli. Tapi aku takmo. Biarlah aku gendong buah ni..kang kalo habis naya jer. Mau aku bako pasar tani ni..kahkahkah...brutalnyer !!!

Rasanya semua tahu macam mana nk buat kan. Memula, kupas kulit buah sukun ni. Pastu hiris nipis2. Kalo guna slicer tu nipis sangat. Tak terasa plak. Ni aku hiris dengan pisau. Selebihnya my Jebat guna gak slicer tu. Kengkonon nk tulun laaa....

Aku buat setengah bijik jer. Dapat ler sebalang. Lagi setengah tu, simpan, esok leh buat goreng. Cicah ngan sambal kicap pun sedap gak kan !!!


*** Kemarahan reda sebaik saja makan kerepek sukun ni. Sedap nyer..dh lama mengidam.

Biskut Planta Bergula

Pernah nampak tak biskut ni kat kedai runcit atau pasaraya? alaaa...dia macam bentuk roti gak, sapu planta, tabur gula..tp biskut..tentu pernah kan. Selalu diletakkan sebaris dengan roti. Ada pelbagai bentuk, bulan, bujur, dan kengkadang bentuk empat segi besar (bentuk kepingan roti lah)Harganya dalam rm3.50 sepaket. Mahal kan, walaupun tarafnya roti nk mencapai tahap expired.

Hari ni aku buat sendiri biskut ni. Tiap kali ke pasaraya, ada jer tangan gatal nk mengambil/beli biskut ni. Namun ada satu suara cakap "apa ler pemalas sangat, bukan susah pun nk buat biskut tu"....siapa lagi kalo bukan Jebat aku. Cakap jer lebih, tapi kalo suruh dia buat, sampai tahun depan pun tak mungkin dapat merasa biskut yg dia buat.

Senang jer membuatnya. Roti disapu dengan planta dan ditabur gula. Bakar pada suhu sederhana sampai ler kering kontang...hehehe.....

Biskut ni sedap dimakan/cicah ngan kopi o. Kalo buat biskut ni, sekejap jer anak2 aku boleh habiskan.

Biskut yang baru sahaja dikeluarkan dari oven. Panas lagi oooo...tunggu sejuk jap, baru masukkan dalam balang !! tp sebelum sempat masuk balang, setengah dh lesap.

Aksi budak kocik yang nakal. Aku letak dia dalam baby court ni, campak skali segala mainan.hehehe...kena kurung..padan muka !!! kalo diletakkan kat luar, ada jer kemalangan yg menimpa. Jatuh la, kena hempap ngan kerusi ler...ada jer... Dia skang dh 10 bulan, dh pandai merayap berpaut kat tepi dinding, kerusi dll. Sikit hari lagi bolehlah jalan gamaknya. Tu yang lasak.. badan pun dh kurus, tak dumok macam dulu. Makan pun dh tak nak. Asyik nk main jer!

Isnin, 24 Januari 2011

Roti Sudah Kembali

Akhirnya...setelah beberapa bulan berehat, akhirnya breadmaker aku kembali memulakan tugas (rasanya hampir 4-5 bulan cuti kot) Hari ni entah kenapa mood roti kembali lagi. Walaupun badan masih demam, tp hasrat meroti tetap tinggi.

Nasib menyebelahi aku. Yis yang dibancuh dengan air cepat jer hidupnya. Apalagi, terus on breadmaker. Tapi...pemutar breadmaker ni ada masalah sikit. Tu yang takde mood nk guna tu. Pemutarnya asyik tercabut jer bila kena doh yang agak keras. Tu yang frust tu !!!

Kali ni aku tambah sedikit oat. Lembut dan gebunya macam biasa jugak. Takde apa2 beza pun. 

Buat roti biasa jer. Dalamnya inti kelapa. Kalo ke kedai pun, inilah roti yang slalu aku beli pun.

Untuk anak2, tentulah roti sosej. Disebabkan dh kehabisan stok cheese, so aku cuma pancut mayonis dan sos cili jer. Takde mix vege sbb diorang tak makan sayur.

So....hidangan minum petang dh selesai. Fuh...lega.. tak payah buat kuih lain dh..

Roti John Crabstik

Morning semua!! pagi ni kami breakfast roti john jejari ketam. Korang breakfast apa yer?

Semalam masa ke kedai untuk tapau dinner, tetiba jumpa la plak jiran2 sebaris aku ni (Mr Justin dan Mr Lee) Jebat pun apa lagi, borak ler sementara tunggu order siap. Aku malas nk joint, bawak anak2 ronda2 kat pasaraya. Nampak bun hotdog ni, lembut lagi sbb baru sampai. Terus ler beli. Dan pagi ni buat ler benda yang slalu aku beli kat pasar malam iaitu Roti John.


Takde yg special pun, cuma pecahkan telur dan letak sedikit serbuk megi cukup rasa. Pastu hiris halus crabstik dan bwang besar. Masukkan ke dalam adunan telur. Dadarkan pada kuali dan tangkupkan roti hotdog tadi. Angkat dan pancutkan dengan mayonis, sos lada hitam dan sos cili. Kalo suka boleh gak letak slice cheese, tp aku dh kehabisan stok cheese. Tak letak ler... Kalo nk lebih berkhasiat, letak le salad, tomato dan timun. Aku tak letak sbb rakyat jelata kat rumah ni jenis karnivor (hehehe...tak makan sayur ler....takde maksud lain pong!!)

Senang kan...so sapa teringin tu, pegi la buat !!!


Ok.... sampai sini dulu. Hari ni mood ada baik, nk buat roti plak. Dah on breadmaker tu!!

Ahad, 23 Januari 2011

Choc cake and Cheese

Salam semua...

Tak taulah nk letak nama apa kat makanan ni. Sebenarnya ni projek malam tadi. Aku terima tempahan choclate cup cake dan cheese tart. So ada la belen sikit. Dengan penuh kreativiti, aku all in one ler sume bahan tu...amacam?

Tak sangka plak...menjadi dan boleh makan . Sedap plak tu... mula2 adunan choc cake tu aku kukus mcm biasa. Bila dah agak keras, masukkan plak lebihan cream cheese (yg buat tart tu). Lepas 5 minit, keluarkan dari kukusan....dan siap !!!!!

Anak2 cakap 'kek moo' sbb ada belang putih dan hitam, macam eskrem moo... Hahaha.... apapun, sedap!! bantai jer lah !!! yang penting tak membazir.


Ok..sampai sini dulu !!!!

Sabtu, 22 Januari 2011

Hati Goreng Kunyit

Semalam ke klinik, doktor kata tekanan darah rendah. Laki bini sama jer...ermmm... nk wat macam mana ek? miskin beno.. darah rendah, kolesterol rendah...orang lain sume tinggi jer..kami ni terbalik ler plak.

So hari ni masak le hati. Kengkonon nk tambah darah...kahkahkah...boleh ker? tak tau ler... penyedap tekak boleh ler..


Disebabkan takde mood nk masak segala nasi biryani dengan kambeng golek, aku masak ringkas2 jer hari ni. Salah satunya...ini ler..Hati Lembu Goreng Kunyit. Campur skali ngam carot dan brocoli. All in one. Senang citer.


Ok...nk sambung masak lagi ni....jumpa lagi yer !!!

Jumaat, 21 Januari 2011

Beef Prosperity ala Mek D

Slamat Petang semua...alahai..aku demam la plak, bangun je dari tido pukul 4 tadi, terus telan ubat. Tapi kesian plak kat budak2 tu, takde mende nk gigit petang2 cenggini. So, menggagahkan diri buat something special kat dioarang. Maka terhasillah beef prosperity ala Mek D ni.


Resipi yang selalu buat. Dh tak pandang respi lain dah. Gabungan resipi Hana dan Kak Ina KL.. TQ buat makcik berdua :)

Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung
•2 sudu besar breadcrumbs- tak letak pong
•beberapa keping slice cheese @ cheese lain
•1-2 sudu besar susu segar - aku ganti ngan susu tepung
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging

•Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.

Bahan Sos Lada Hitam
•2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
•1/2 cawan susu segar -
•1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar - cincang
•2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•1 sudu mentega/ marjerin
•2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
•garam dan gula - jika perlu


Cara-cara
•Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
•Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
•Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
•Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
•Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
•Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.


Alang2 dh keluarkan daging, bang Jebat plak salai. Katanya nk buat masak lemak cili padi. " bang oiiii...santan tengah mahal skang ni, kurang2 ler makan masak lemak !!!"

Bukan setakat daging jer, Jebat aku merajinkan plak diri tangkap ikan keli kat kolam 10 ekor. Masa panggang daging ni, ikan keli tu belum lagi disalai, so takde la gambo ikan keli salai :) esok2 aku posting ler masakannya

bau daging salai ni merebak ke satu baris. Sib baik bukan hari minggu. Kalo idak, mmg tak sempat nk buat masak..heheh....

Crabstik Puff

Mula2 tengok kak Sheila buat puff ni, lepas tu kak Yatie plak. Turn aku? tunggu mood rajin sikit. Dan hari ni, baru ler mood tu datang (mmg pemalas kan, padahal benda ni punyer lah senang, anak aku 5 tahun pun boleh buat-kata Jebat lah)

Buatnya senang, dan makan pun sedap. Si Irfan sorang jer makan sampai 2 ketui. Rasanya kalo letak cheese kat dalam tu, lagi sedap lah kot. Takpe, next time aku letak.



Korang tak nk cuba ke? bahannya cuma 3 jer, kulit puff pastri yang ready made (Jenama Kawan), Crabstik dan sedikit kuning telur untuk sapu atas pastri puff tu.

Mula2 ambik sekeping kulit pastri puff dan letakkan satu crabstik. Lipat 2 kulit pastri puff tu. Untuk lebih kemas, ditepi kulit2 tu, tekan dengan garfu (dapat ler corak chantek sikit, dan puff tak tersengih keluar masa membakar nanti)

Akhir sekali, kelar2 ler pastri puff tu (kasi lawa lagi) dan sapu kuning telur (untuk naikkan seri puff korang tu)

Dan...BAKAR dalam oven yer...bukan bakar kat dapur arang... selama 10-15 minit dalam suhu 180'c (ni oben aku ler...oven korang, sendiri tau lah kan...)

Ok..siap.. makan panas2 sedap woooo !!!


Ok.... setakat ini dulu buat hari ini. Nak masak plak !!!

Khamis, 20 Januari 2011

Bihun Sup Ayam

Tengahari ni lunch dengan bihun sup plak. Takkan hari2 nk makan nasi yer tak? So..sesapa yang tak lalu/jemu/boring makan nasi tu, meh kita makan bihun sup sama2 yer !!

ekceli ni sebenarnya bihun soto. Tapi bihun soto yang takde bergedil. Dan digantikan dengan fishball dan tauhu goreng. Bantai ler labu


Resipi copy dr umah Kak Ina KL. TQ.

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong 8
50gm rempah soto (takde, gantikan dengan rempah kurma je)
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
3cm halia, dihiris halus
2 batang serai-titik hujung
1inci lengkuas
5 biji buah keras

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih
4 biji bawang merah-di hiris

Bahan tabur
Taugeh, dicelur sedikit
bihun secukupnya
Suhun, digoreng
Kacang tanah, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2. Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3. Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4. Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5. Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk. (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan.
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.




Ok...nk rehat jap laa....

Rabu, 19 Januari 2011

Sudah bertunas kembali

Ingat lagi tak pasal entri pokok mangga yang ditogelkan? Syukur...kini dh mula mengeluarkan tunas baru..dan ada harapan jugalah nak menikmati buah mangga kembali. Lambat sikit laa...tp takpe...sekurang-kurangnya tak payah beli kan.

Petang ni aku meluangkan masa dengan tanaman belakang rumah ni kejap. Seronok tgk pokok2 ni (walaupun takde kawasan tanah yang luas, sekadar ‘sekangkang kucing’ jer) Sekangkang kucing= lebih kecik dari sekangkang kera (kera kan panjang kakinya, so kangkangnya luas lah...hehe)

Lega rasa hati bila pokok dh bertunas kembali.

Ni kat bahagian atas



Aksi budak toncet dengan kakaknya. Asyik nk berkepit je ngan along dia

Along pun suka mengendong adik ke hulu hilir. Sanggup tak baca buku semata2 nk menjaga adik dia ni..

Ni pokok yang aku suka. Australian Corriender, pemberian Mr Ivan. Pokok ni lebih kurang pokok ketumbar laa... tp bentuknya panjang2. Best daun ni. Aku hanya akan petik daun ni bila nk buat tomyam jer. Letak dalam spegheti pun sodap !!!

Ni anak benih Australian Coriender tu.. aku mmg jaga betul2. Kalau nampak jer ada rumput kecik dh mula naik, aku mesti cabut... sayang betul kat pokok ni

Ni pokok petola (aku yg semai benih dia...hehehe...Jebat kata aku ni tangan jenis panas, so payah pokok nk hidup, tp ni ok jer...)Lepas ni kena letak pancang kayu ler. Suruh dia menjalar sampai atas...hehe..tingat plak citer Jack, Bean and Golden Egg.

Pokok cili padi kampung. Inilah bahan penting utk buat masak lemak cili padi yang kaw2 sedap.. kalo cili padi thai tu kureng la sikit.



Ok....sampai sini dulu!!!