Jumaat, 21 Januari 2011

Beef Prosperity ala Mek D

Slamat Petang semua...alahai..aku demam la plak, bangun je dari tido pukul 4 tadi, terus telan ubat. Tapi kesian plak kat budak2 tu, takde mende nk gigit petang2 cenggini. So, menggagahkan diri buat something special kat dioarang. Maka terhasillah beef prosperity ala Mek D ni.


Resipi yang selalu buat. Dh tak pandang respi lain dah. Gabungan resipi Hana dan Kak Ina KL.. TQ buat makcik berdua :)

Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung
•2 sudu besar breadcrumbs- tak letak pong
•beberapa keping slice cheese @ cheese lain
•1-2 sudu besar susu segar - aku ganti ngan susu tepung
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging

•Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.

Bahan Sos Lada Hitam
•2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
•1/2 cawan susu segar -
•1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar - cincang
•2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•1 sudu mentega/ marjerin
•2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
•garam dan gula - jika perlu


Cara-cara
•Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
•Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
•Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
•Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
•Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
•Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.


Alang2 dh keluarkan daging, bang Jebat plak salai. Katanya nk buat masak lemak cili padi. " bang oiiii...santan tengah mahal skang ni, kurang2 ler makan masak lemak !!!"

Bukan setakat daging jer, Jebat aku merajinkan plak diri tangkap ikan keli kat kolam 10 ekor. Masa panggang daging ni, ikan keli tu belum lagi disalai, so takde la gambo ikan keli salai :) esok2 aku posting ler masakannya

bau daging salai ni merebak ke satu baris. Sib baik bukan hari minggu. Kalo idak, mmg tak sempat nk buat masak..heheh....

6 ulasan:

  1. perhhh..prosperity tu...mas suka...tompang makan sekali kak...

    BalasPadam
  2. salam noorma...sodap ni!klu kat mcd ni setahun skali jer dpt :)))

    BalasPadam
  3. assalamualaikum noorma. dalam demam pun masih lagi gagahkan diri demi anak-anak. banyak pahalanya tambah2 di hari jumaat ni. dah tu makanannya pun enak sekali. macam terbau-bau je daging bakar dan ikan bakar. seronok juga makan protein saja tanpa makan karbo.

    BalasPadam
  4. wah buat lagi ek burger ni..tak tahan tenguk daging salai..dah lamo den tak buek..kono pantang sikitlah

    BalasPadam
  5. salam noorma..get well soon yah!! bagus nye ama..demam2 pung masak..mokwo pun cam tuh gak tapi mokwo masak maggi jek!hihih

    BalasPadam
  6. Mas- mari ler Mas..akak mmg buat lebih, mmg tau Mas nk ngendeng !! hehe

    Deliah- ni tak payah setahun sekali, tiap2 minggu, sepanjang tahun pun bleh...hehehe...

    Kakchik- daging bakar tu makan ngan nasi kerabu mmg sedap kan kakchik...uish...takleh jadi ni..kena buat nasi kerabu, solok lada, bla bla bla...

    Kak Ina KL - mmg best burger ni kak..saya guna daging yg dibuat sendiri jer, cari daging oblong tu masih tak jumpa, kedai sini takde jual

    Mokwo - kat rumah saya ni,megi barangan berharga...heheh... megi tu utk saya jer...hehehe

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡