Salam...hari ni lunch dengan lauk dalca. Masa hari Ahad ari tu, tengok Nona@tv3, nampak Azmeer masak dalca tulang..waaa...sedapnyer. Kebetulan stok tulang pun masih ada dalam freezer.
Sejak umur aku 15 tahun lagi, aku dh pandai masak lauk dalca ni. Selalunya kalo tengahari makan ngan nasi,malamnya kami makan dengan chapati. Best !! Tapi kali ni makan ngan roti paratha je lah nampaknya. Nk buat chapati, tak brapa pass la (bukan sbb tak pandai, tp tepung tak sesuai) ish..tak pandai menari, nk salahkan alunan gendang plak..hehehe
Dalca ni ada 2 versi,satu versi tumis biasa (macam yang aku buat ni) dan satu lagi versi tumis darat. Kalo mak aku buat, dia suka buat versi tumis darat tu (lagi sedap laaa...) tp aku ni malas sikit, so tumis jer macam masak kari biasa tu. Resipi aku adalah cara aku. Takde tiru dari mana2 respi pun.. kan dh cakap dari awal tadi, aku dh tau masak dalca ni sejak umur 15 tahun lagi !!!
Resipi ni aku copy dr Myresipi - untuk rujukan adik2 sekalian,
Bahan-bahan
* 200gm kacang dhal - direbus
* 1 kg tulang rusuk lembu - direbus dahulu hingga empuk
* 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
* 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
* 2 biji kentang
* 10 batang kacang panjang - dipotong
* 50gm serbuk kari daging + sedikit air
* 4 cawan santan
* Sedikit daun kari
* Minyak masak dan garam
* Bahan tumisan:
* 3 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 5 ulas bawang merah - dikisar
* 2 cm halia - dikisar
* 3 ulas bawang putih - dikisar
* 2 biji bawang besar - dikisar
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.
Selain dalca tulang ni, aku masakkan jugak Ikan Cencaru Sumbat. Cukuplah setakat 2 lauk jer. Dah tak larat nk masak sayur, sambal dll. Si Ryan ni ada jer kerenahnya setiap hari .
Ok...slamat menjamu selera !!
emm.. salam kak.. nak belajar la msak dalca ni.. syukran kak kongsi..
BalasPadamsalam kak..best ni..xpnh try lg masak dalca.hiihihihi...soon kena try jgk ni=)
BalasPadamsuka dalca, suka tulang rusuk..sedappnya tengok dalca tulang rusuk tu....
BalasPadamwooooo..ganazzz..teror tahap gaban nih...masa umo 15 thn aku tahu makan jer, nasik pon tak reti msk tau....kikikiii..tp biasa kalau mak-mak yg buat mesti tumis darat kan..akn ku usahakan belajar gak suatu ketika nanti....bilakah??..kan dah kata tadi..suatu ketika nanti...hehehe
BalasPadam