Isnin, 31 Januari 2011

Vanilla Cup Cake

Salam...seperti yang dijanjikan pagi tadi, inilah dia projek aku hari ni, cup cake. Sebenarnya ni cubaan/testing jer sempena merasmikan nozzle yang baru aku beli minggu lepas. Hehehe.... Dan projek main2 hari ni juga adalah untuk persediaan aku buat cup cake sempena Chinese New Year yang akan tiba tak berapa hari lagi. Kononnya sebagai buah tangan untuk jiran2 aku tuh... tu yang practise ni...takde tujuan nk niaga pun.....


Hari ni aku guna Vanilla Cup Cake. Ok gak rasanya. Lembut dan gebu. Sorry, tak dapat dikenalpasti sumber kek ni, sbb respi ni dr simpanan file kat Word (dh berkurun dahhh....)


Bahan-bahan
1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.
2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang
Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)
Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.
Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.
Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.

Suka plak aku main ngan nozzle rumput tu...hahaha...macam buat cendol pun ada.

Buttercream aku hari ni lembik sikit, so tak berupaya nk buat bunga ros. Takpe, akan diusahakan dikemudian hari.
Lulus ke ni?? errmm....tahap D tu boleh la kan !!!

5 ulasan:

  1. assalamualaikum noorma..wah,sudah balik n kek pun siap sudah..kepantasan sy bg A++...yg lain kena pakar yg bg sbb sy x pnh bt pun kek cmni :)))

    BalasPadam
  2. wahhh..cantik la cup kek akak ni...
    mas tak berani lagi mendeko..takut tak jadi...

    BalasPadam
  3. Del- mana pantasnya...dr pagi sampai ke pukul 1 baru siap..tahap siput sedut gak tu :)

    Mas- ni time ada mood mas, kalo malas tu akak tunjuk kat kedai jer..paling suka secret resipe laa...tp hancus diet ku heheh...

    Erin- uish..kalo A dh kiranya tahap berbaik dengan profesor le tu..sbb tu dapat A...kahkahkah....
    apapun, TQ!!!

    BalasPadam
  4. as salam kak, wah lawa dh la tu...saya pun nk belajar jugalah nanti...tapi takut lak tak menjadi hehe

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡