Sabtu, 31 Januari 2009

Pizza

Lepas makan kuetiau sup, masak pizza ni plak.Sebenarnya buah doh untuk roti pita. Ambik adunan tu sikit, tepek atas pan, dan letak segala bagai inti. Sapu dengan kuah pasta dan letak itu ini, tabur cheese dan bakar. Siap.

Kalau nk diikutkan, ni saiz small jer, sampai si Irfan merengek nk lagi.Aku cakap mana ada dh, mama buat 'sample' jer tadi tu.... ha,ha,ha.....


Kuetiau Sup

Makan tengahari kami hari ni cuma kuetiau sup jer. Bangun pagi, ajak hubby g pasar borong, cadang nk cari mangga, tp takde lah plak. Lepas tu pegi tempat sayur, beli kuetiau, tauhu dan togeh. Terlupa plak nk beli kangkung, ingat nk buat pecal, nampak kat umah Hana dan Fiza ari tuh...takpe, petang nanti carik kat Giant plak.

Sekarang ni asyik takde selera jer nk makan nasi. Sume ni angkara Hang jebat aku lah tu, tiap minggu asyik g memancing kat Port Klang, kolam bayar air masin.Asyik bawak balik Jenahak dan Siakap.Aku dh tak lalu makan, sampai nk bau ikan pun takleh...eee..geram betul.. tak nk plak dia g mencandat sotong ker, tangkap ketam ke...ni tak balik-balik, siakap, jehanak....

Petang dan malam nanti lain citer plak. Kita selesaikan bab tengahari ni dulu. Resepinya? nantilah ler..cuci mata dulu....

Jumaat, 30 Januari 2009

Sup Sotong

Anak-anak aku panggil benda ni Sup Sotong, tapi kalo ikut loghat utara mak dan sedara aku yang lain, diorang panggil 'sayoq satong' @ sayur sotong. Kenapa ada nama sayur lak? agaknya sebab masakan ni jenis berkuah kot... Kalo di Pantai Timur mungkin nama Singgang kot...entah la...
Ni lauk kegemaran aku dari kecik sampai la ke tua bangka ni. Kalo dulu Hang Jebat aku tak suka masakan ni, tapi sejak anak2 pun dh minat, so dia terpaksa ler makan.


Bahan-bahan
>sotong secukupnya
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk, dan dicincang
>halia-dihiris
>sedikit air asam jawa
>garam, perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai kekuningan.
2.Kemudian, masukkan air (banyak mana kuah yg dikehendaki) Biar menggelegak.
3.Barulah dimasukkan sotong. Diikuti dengan air asam jawa. Jangan banyak sangat, nanti masam, seimbangkan rasanya dulu.
4.Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.


Kacang Panjang Lada Hitam

Kacang panjang masih tak berhenti berbuah. Setiap hari kena petik. Dh puas bagi jiran-jiran dan mak mertua. Agaknya masih nk berbakti kepada masyarakat kot... he,he,he...

Hari ni masak kacang panjang lada hitam daging tetel.

Bahan-bahan
>kacang panjang-dibersihkan dan dipotong pendek
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-dihiris
>halia-dihiris
>daging tetel-dipotong kecil
>lada hitam-ditumbuk sedikit
>perasa, garam

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.Masukkan daging tetel dan lada hitam. Kacau goreng
3.Diikuti dengan kacang panjang. Boleh letak sedikit air untuk mengempukkan kacang tu
4.Akhir sekali perasakan dengan aji dan garam. Kacau dan siap

Rabu, 28 Januari 2009

Sizzling Mee

Makan malam hari ini. Tergoda sungguh tengok sizzling mee kat rumah Hana tuh..terliur plak...hari ni dh berazam nk masak sizzling mee ni...
Tengahari tadi suruh ler Hang Jebat cari yee mee, dh pesan kat dia, kalo tak jumpa, beli mee kuning jer...dia kata takde...yelah tu..sebenonya dia malas nk mencari, janji ado jer....
Takpe..esok aku g Giant, aku beli lain..dia ni memang susah sikit...tapi kalo makan laju jer, alahai laki ku....


Resepi, kopipes dr umah Hana... Den tabik spring la kat ko Hana, tengah mabuk-mabuk macam ni pun masih boleh ke dapur masak itu dan ini...kalo aku, mesti dh lembik dh...hanya minyak angin cap dua singa jadi peneman...he,he,he....

Bahan-bahan
>2-3 sanggul (gulung) yee mee
>5 ulas bawang putih
>5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
>1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
>3 biji cili kering- potong 2
>2 sudu besar sos tiram
>3 sudu besar kicap cair
>1 sudu besar kicap pekat
>1/2 in halia- hiris nipis
>Serbuk lada hitam
>garam- secukup rasa
>Beberapa titik Minyak bijan
>1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
>sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam.
5.Biarkan mendidih.
6.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
7.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
8.Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
9.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Roti Nasi

Seronok plak buat roti nasi ni, lembut dan gebu jer. Tapi peringkat permulaan tu, doh dia lembik sikit. Betul ke kengkawan? Apasal jadi macam tu ek? Itu yg leceh sikit, tapi bila dh naik, dh masak, sedap la plak.


Kali ni terlupa plak nk letak inti kat dalam tu. Jadilah plain jer. Ni breakfast pagi ni. Untuk anak2, belah dua, letak tuna, sayur dan mayo.
Tengahari kang, boleh makan ngan aiskrim plak...jadilah Aiskrim Roti. Gerenti laku.

Selasa, 27 Januari 2009

Cheesy Orange Cupcake

Projek dikala boring. Dh lama tak membaking, sejak mixer rosak. Ni buat guna whisker jer, sonang citer. Menghabiskan stok oren, buttercream, dan cream cheese. Buat dalm cup cake macam ni senang sikit anak2 makan


Jamu mata lah yer..resepinya sama macam oren cup cake tu, cuma ku tambahkan cream cheese jer kat dalamnya. Lepas dh masak, sapukan buttercream, dan decorate, versi keras tangan. Takpe, janji selamat masuk mulut anak2. Nk kena belajar dr yg pakar pasal cake decoration ni. Minat gak, tp takde geng nk pegi kelas decoration kat Yen Bakery tu.... kalo aku sorang yg pegi, alamatnya mati kutu lah aku kat sana...anak2 plak takde sapa nk jaga? camner ek? tak dapat den nk nolong!!

Potato Salad

Banyak plak kentang kat umah ni. Pantang kalo g C4 atau Tesco, kalau ada kentang offer, mesti beli. Dh boring nk buat karipap, hari ni buat salad kentang plak.
Resepi dari resepi.net,myresipi dan lain-lain. Aku tambah macaroni sikit.


Bahan-bahan
>3 biji kentang-direbus dahulu
>segengam macaroni -direbus hingga lembut
>1 biji telur rebus
>sedikit bawang holand-dicincang halus
>1 sudu kecil daun pasli (aku guna yg kering)
>2 sudu besar mayonis
>2 sudu besar plain yogurt
>sedikit lada hitam
>sedikit garam
>sedikit perahan lemon

Cara-cara
1.Dalam mangkuk, satukan sume bahan. Kacau hingga sebati.
2.Siap untuk dimakan bersama roti perancis, dan lain-lain.

Isnin, 26 Januari 2009

Mee Goreng Basah

Alhamdulillah, akhirnya aku dh sihat sikit, nasib baik tak masuk spital, cuma berehat jer kat umah, makan ubat ikut time, dan makan seperti biasa..he,he,he...takde la diet gila2 ... thanks pada kengkawan blogger yg memberi nasihat dan doa.

Dah lama cuti, hari ni teringin plak nk makan mee goreng basah. Nk pegi makan kat restoren kat brickfiels tu, mesti tutup, maklumlah raya cina. So masak ler sendiri, main campak-campak jer... Makan dengan cili jeruk....



Bahan-bahan
>mee kuning-basuh dan toskan dulu
>bawang putih-ditumbuk lumat
>isi ayam
>udang
>kicap pekat
>sos tiram
>cili kering kisar
>sayur sawi-dibersihkan dan dipotong
>taugeh-kalo suka
>minyak masak
>sedikit minyak bijan
>perasa
>tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara
1.Dalam kuali, masukkan minyak masak dan sedikit minyak bijan. Kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan isi ayam dan udang.
3.Tuang sedikit air, dan masukkan sos tiram, kicap pekat dan perasa. Kacau lagi hingga sebati dan masukkan mee, dan sawi. Goreng hingga masak.
4.Letak air lagi. Kacau lagi. Tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau seketika dan siap

*kalo ikut my style, aku tak suka togeh yg laju. Sebab tu sebelum angkat, baru aku letak togeh tu.. kepada sesiapa yg tak suka togeh mentah, bolehlah masukkan bersama sawi.


Khamis, 22 Januari 2009

Sup Ikan

Rumah ni kalo buat sup, memang laku jer, maklumlah anak-anak boleh makan sebab tak pedas. Memang aku tak galakkan anak-anak makan pedas, biarlah diorang besar sikit baru makan pedas.


Resepi sup kali ini dibuat sendiri. Sebelum ni pernah beli sup bunjut untuk ikan, aku baca ramuan tu dan buat sendiri. Wallah..sama jer rasanya.

Bahan-bahan
>ikan (sukahati ler nk ikan apa, ikan merah, jenahak, dll)
>bawang merah *
>bawang putih *
>halia *(Bahan-bahan* dihiris halus)
>bahan penumis

  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • buah keras
  • daun bay (aku guna yg kering)
  • >tomato
    >batang saderi
    >ubi kentang
    >karot
    >cendawan
    >air secukupnya
    >garam, perasa

    Cara-cara
    1.Tumis bahan * bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
    2.Masukkan air sebanyak mana yang dikehendaki.
    3.Masukkan juga kentang dan karot untuk melembutkannya.
    4.Bila kuah dh mendidih, masukkan ikan, diikuti sayuran lain. Biar kuah mendidih sekali lagi
    5.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, kacau dan angkat. Siap


    Rabu, 21 Januari 2009

    Sweet Corn

    Yang lepas tu buat jagung kukus memang menyakitkan hati. Kali ni beli kat tesco plak, aku tengok jagung tu mcm aelok lagi, so ambik ler sebungkus. Nasib baik elok, sedap jer manisnya. Lain kali boleh beli lagi!


    Ish..habislah diet aku ni. Seharian aku tak makan apa-apapun hari ni. Hanya teguk fresh oren jer. Tapi bila dh ok sikit, aku bukak peti ais, konon nk teguk airlah, tiba-tiba nampak bungkusan jagung ni. So apa lagi, kukuslah..

    Tapi bagi orang yang berdarah O (baik positif atau negatif) bagi sesiapa yang nk diet atau dalam kata lain nk slim 24 jam macam Erra Fazira tu, sebaiknya dielakkan makan jagung, dan makanan yang diperbuat daripada tepung.

    Kat sini ada fakta yang boleh dikongsi bersama bagi mereka yang berdarah jenis O

    Mengikut teori Dr. Adamo, orang berdarah O dinasihatkan:
    >lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi,
    >mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang
    >menghindari produk susu dan gandum.
    >menghadkan pengambilan buah-buahan.
    >menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
    >jenis makanan yang juga perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
    >telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
    >Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

    Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:
    >Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
    >Mudah mengadaptasi berbagai makanan
    >Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
    >Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
    >Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

    Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:
    >Sarapan:Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba
    >Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal, Snek : Sepotong
    >Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


    *tapi kan, aku tak boleh ler nk ikut sume diet macam tu, maklum lah orang melayu...sehari kalo tak dapat nasi, mau menangis

    Coneydog

    Hari ni badan tak brapa sihat. Dari semalam asyik selsema dan sakit tekak jer, tapi perut orang-orang kat umah ni tetap kena isi. Fikir punya fikir, masak ini jer lah. Terus si along buat bekal g sekolah.

    Bahan-bahan
    >roti hotdog secukupnya
    >mayonis
    >hotdog secukupnya, digoreng dulu

    Bahan untuk kuah daging
    >Daging kisar
    >Tomato - dicincang
    >Bawang besar - di dadu
    >Bawang putih - dicincang halus
    >Serbuk lada hitam
    >Serbuk oregano
    >Sos tomato
    >Cili pes
    >Minyak sapi
    >Meggie seasoning
    >Sehelai daun bay
    >Garam dan perasa

    Cara-cara
    1.Panaskan minyak sapi, dan tumis bawang putih dan bawang merah yang didadu hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
    2.Masukkan daging cincang. Kacau goreng. Masukkan juga daun bay, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau lagi
    3.Masukkan buah tomato yang dicincang. Kacau lagi. Titiskan setitik dua meggie seasoning.
    4.Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air (jangan masak sampai kering)
    5.Tambah garam dan perasa secukupnya

    Roti dibelah tengah, letak hotdog dan siram dengan kuah daging tadi. Picitkan dengan mayonis, dan siap untuk dimakan.


    Fettuchini Carbonara

    Beberapa minggu sudah, kawan 2 aku datang rumah, dan kami bercerita pasal pasta. Kata diorang, sos putih pasta keluaran Prego tu sedap.Aku memang tak pernah makan lagi. Selalu tu buat sendiri jer.
    Lepas tu, tengok plak iklan Prego kat tv tu, punyalah berselera orang tu makan pasta sos putih ni, so aku pun belilah, Sos Prego, tin warna biru(maklumlah, umah dekat dengan Giant dan Jusco, laju jer lah aku pegi)...
    baca kat situ, dia guna fettuchini bayam la plak. Mungkin sedap kot, aku pun carilah plak fettuchini. Dapat.
    Baca lagi, resepi tu guna beef bacon la plak. Pergi ke bahagian frozen, hanya jumpa chicken. Takpelah, janji sume tu halal. Dan sos prego tu pun halal yer, aku dh berpuluh kali baca kat kandungan tin tu, sah ada cop halal dari Malaysia dan takde sebarang ramuan dari daging. Takut jugak kan ada satu kes Prego tu dulu.

    Bila balik, aku pun laju jer lah bukak tin prego tu, nk tau sangat apa rasanya. Dan bila bukak..fuh,,,hampeh..rasanya sebijik sedebak dengan rasa mushroom sup cambell tu. Takpelah, benda dh bukak, masak jer lah...
    Bila dh siap, kami sekeluarga pun makanlah... si Farisya cakap sedap "macam rasa sup cendawan tu lah mama" Aku diam jer, kalo macam nilah rasa, baik aku buat seperti yang aku selalu masak, lagi sedap, resepi dr kak Yani, memang dh jadi kegemaran kami sekeluarga. Lepas tu aku telefon plak biras aku kat Hulu Langat. Katanya dia tak pernah beli yang warna biru tu, selalu beli yg warna merah, sedap. Agh, aku malas nk dengar citer orang lagi.
    Tapi sume pasta tu habis dibedal oleh laki aku dan anak-anak. Bagus, takde pembaziran.


    Selasa, 20 Januari 2009

    Paprik Seafood

    Menu hari ini. Malas nk masak kari, kurma atau dalca. Masak ni senang jer, main campak-campak, pas tu kacau goreng...dh siap.

    Bahan-bahan
    500 gm ayam dipotong kecil
    Sedikit sotong,
    udang,
    daging
    4 biji tomato
    1 batang carrot
    1 peket jagung muda
    100 gm bunga kobis
    100 gm brocolli
    2 helai daun limau purut
    2 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 inci halia
    2 sudu besar cili kisar
    5 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap manis
    2 sudu besar sos cili
    Garam secukup rasa


    Cara-cara
    Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,
    kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau,
    kemudian masukkan garam.
    Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
    Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
    Biarkan hingga masak.
    Masukkan daun limau purut untuk baunya.
    Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.


    Isnin, 19 Januari 2009

    New Toys

    Semalam jalan-jalan kat C4 Jalan Peel, Cheras ternampaklah Breadmaker Kenwood, tengah offer, harganya rm229.90. Tapi hampeh, habis stok la plak. So hari ni aku pegilah pulak ke C4 Sri Petaling, tapi benda tu langsung tak wujud di sana.
    Lastly, hubby ajak aku pegi Jusco, Equine Park, kononnya nk cari kat sanalah. Selalunya jenama Kenwood ni kat Giant, Tesco memang takde (yelah, barangan Kenwood ni mahal, so Giant, Tesco memang tak jual)
    Sampai jer kat Jusco, benda tu takde offer la plak. Cari brand lain takde lah plak. Aku call balik C4 Cheras tu, tanya, dia kata kalo sampai stok baru, nanti dia call aku, harga masih rm229.90.
    Takpelah..aku tunggu jerlah yang tu, tapi takkan nk balik dengan tangan kosong kan. Akhirnya aku belilah benda yang dalam wish list aku ni (selain breadmaker tu)

    Senang sikit aku nk buat jus lepas ni. Tak payah pakai blender lagi. Ni jenama Cornel. Sebelum ni aku dh guna sandwich maker jenama ni jugak, memang bagus.


    Ni plak, barangan pilihan hubby aku. BBQ Grill. Katanya senang nk bako ikan, ayam atau daging. Tak payah beli arang lagi dah. Lagipun guna arang ni leceh sikit, nk kena tunggu sampai jadi bara dll. Tapi aku rasa pakai arang lagi sedap. Semalam dia dh nampak benda ni kat C4, tapi ragu-ragu nk beli. Masa balik, fikir punya fikir, dia kata nk beli plak. So hari ni, bila dh jumpa, dia sambar jer lah. Agh, lantak lah..dia yang bayo. Tapi juicer tu aku yang bayo... ha,ha,ha...

    *betul kata Elly Iskandar dalam rancangan Ally(tv3) tu, wanita ni tak terjejas langsung di masa negara tengah gawat ni. Biarpun inflasi melanda, tapi wanita tetap seronok shopping sini, menghabiskan duit.... salah sorangnya AKU. Padahal benda2 ni takde lah penting sangat kan! Inilah sifat aku, kengkadang tu kedekut mengalahkah haji bakhil citer labu labi tu, tapi bila sampai mood pemboros tu, duit tu keluar laju jer.....

    Apam Eno

    Apam Eno? kami kat sini panggil Apam Pecah, sebab kat atas dia merkah, kononnya pecah la tu.... masa mula-mula tahu buat apam ni (setahun lepas) boleh dikatakan setiap tiga hari aku akan buat apam ni, makan pun sedap, lembut dan gebu. Tapi kadangkala tak brapa pecah kat atasnya,,takpe, makanlah jugak....

    Punyalah suka buat apam ni, kemudian sedekah pada jiran (yelah, sebab dh muak makan) sampai ada plak orang buat tempahan.... aku memang tak tau harga, penyudahnya aku jual sebiji= 10sen... ok ker? bukan nk buat bisnes pun, sekadar suka2 jer.


    Apapun, layan jer lah respi nyer ni....

    Bahan-Bahannya
    >2 cawan tapai nasi
    >1 pkt tepung beras
    >1 cawan gula pasir
    >3 cawan air
    >2 pkt eno (biru)

    Cara-cara
    1. Blend semua bahan di atas, kecuali eno. Perap selama 4 jam.
    2. Panaskan acuan selama 5 minit.
    3. Sementara menantikan acuan panas, masukkan eno ke dalam adunan apam, kacau sebati.
    4. Tuangkan ke dalam acuan. Masakkan selama 10 minit.
    5. Siap untuk dimakan bersama dengan kelapa yang dicampurkan dengan garam.

    Jumaat, 16 Januari 2009

    Limpa Masak Kicap

    Masak ringkas jer hari ni. Limpa masak kicap, sebab masak kicap kat umah ni memang laku, tak kiralah masak kicap telur, ayam, daging atau ikan.


    Resepi kali ni, mudah jer, main potong-potong dan campak. Tapi limpa tu aku dh rebus dulu, bagi lembut sikit.

    Bahan-bahan
    >limpa-direbus sampai empuk (aku rebus dalam rice cooker, selama 1 jam)
    >bawang merah*
    >bawang putih*
    >halia*
    >kicap
    >cili merah-dihiris
    >cili padi-dihiris (kalo suka pedas)
    >garam, perasa

    Cara-cara
    1.Bahan bertanda * dihiris dan kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili merah dan cili padi
    2.Tumis lagi, dan masukkan kicap.
    3.Masukkan limpa yang dh direbus,tambahkan juga air dr rebusan limpa tadi. Kacau rata
    4.Biar hingga kuah agak kering sedikit dan bolehlah dimasukkan bawang merah yang dipotong bulat, daun sup dan daun bawang. Siap

    Rabu, 14 Januari 2009

    Kacang Panjang Goreng Berlado

    Masak sayur kacang panjang (organik ni tau). Tanam sendiri kat belakang umah tu. Mujur ada tanah sekangkang kera kat belakang umah (kami beli rumah last lot), bolehlah bercucuk tanam, kalau tidak, tanam dalam pasu jer lah)

    Bahan-bahan
    >kacang panjang-dicuci bersih dan dipotong pendek
    >cili merah*
    >cili padi-jika suka pedas*
    >bawang putih*
    >bawang merah*
    >sebiji telur
    >garam, perasa

    Cara-cara
    1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat, dan kemudian tumis hingga naik bau.
    2.Masukkan kacang panjang, boleh tambah sedikit air untuk bagi empuk.
    3.Bila kacang dh hampir masak, pecahkan telur dan kacau rata.
    4.Biar sekejap agar telur masak.
    5. Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.
    Siap



    Inilah dia pokok kacang belakang umah kami. Selain tu ada kolam ikan keli, kolam ikan talapia, tanaman-tanaman lain dan juga reban ayam.... ha,ha,ha......tak percaya...jemput ler datang umah, lihat sendiri !!

    Ayam kampung yang kami bela. Yang betina tu (warna putih) namanya Lili, dan yang jantan (oren) tu namanya Boney.Suka sangat makan anak ikan. Selain tu aku belikan jagung dan gandum.
    Sebab utama bela ayam ni pasal si Irfan, masa balik Melaka sepupu hubby kahwin, dia ni terlampau seronok dapat tengok ayam dan dia pegilah dekat ayam tu. Tetiba yam tu datang dekat dia, dan dia nangis plak. Kecoh satu kampung kata "cucu si puteh tu takut ayam. Org kampung panggil mak mertua aku kak puteh, sebab dalam adik beradik my MIL berkulit cerah. Abih tu sapa yang malu, mak mertua aku gak......
    Dan bila balik KL, kami pun carilah ayam kampung (beli kat pasar pudu nun, sekilo rm15.00)..beli sepasang, letak ler dalam reban(sangkar kucing yang besar tu), nasib baik belakang umah ada sungai (monsun drain) so najis dia boleh dialirkan kat dalam sungai.....itulah kisahnya......

    *Untuk kak ina KL yang suka sangat makan ikan keli, meh ler kak datang umah, ambik ler brapa banyak ikan keli yang akak nk, saya bagi free jer.... dh tak larat nk makan. Lepas ni hubby nk wat projek ikan ketutu plak......

    Selasa, 13 Januari 2009

    Khasiat buah pir (pear)

    Fiza! Hana! Farah! Sudah-sudah ler minum jus epal hijau+saleri tuh. Hari ni tukar jus pear plak. (he,he,he..jangan bentuk badan mcm pear udah ler )

    Antara jus buah yg digemari di Malaysia adalah oren dan epal. Apa kata sesekali anda bertukar kpd jus buah pir. Buah berbentuk loceng ini senang didapati diMalaysia dan yg penting, rasanya yg lemak manis itu enak utk membasahkan tekak dan juga berkhasiat.

    Jika anda mahu rasa yg lebih unik, bolehlah di campur dgn lemon, epal atau pic. Terdapat pir berwarna hijau, emas dan merah. Namun kebanyakkan kita hanya mengenali pir hijau. Pir mengandungi vitamin A, B-1, B-2, C, asid sitrik dan niacin. Ia juga kaya dengan garam mineral seperti fosforus dan potasium berbanding buah yg lain.

    Pir atau nama saintifiknya Pyrus communist antara buah terawal ditanam di Asia Barat dan Eropah. Ia dipercayai bahawa pir berasal dari kaki gunung India Selatan dan Afganistan.

    Buah ini tidak boleh hidup dengan cuaca melampau sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas. Seperti epal, pir dipetik sebelum ia masak ranum. Pir jenis Bartlett adalah paling sedap dimakan dan dibuat jus.

    Tahukah anda, pir paling mujarab utk melegakan sakit dada akibat batuk yg keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasai sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk yg berlanjutan. Pir dipercayai dapat melegakan kesakitan itu walaupun untuk sementara.

    Selain itu, pir juga bersifat diuretik dan laxcitive. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadman terganggu akibat pengambilan makanan yg terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pir baik utk alat pencernaan dan saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yg sebu akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir.

    Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.Jika anda bercadang untuk membuat sendiri jus pir, hampasnya jangan dibuang begitu saja. Ia boleh dibuat bahan dalam roti atau boleh dijadikan baja untuk tanaman.

    Asam Pedas Ikan Kembung

    Lauk ni peberet arwah ayah aku. Masak lauk ni pun sebab teringatkan arwah ayah. Sesapa yang nk diet, leh ler try lauk ni. Aku skang ni pun tengah diet ni....tak mo makan benda2 berminyak, berlemak,,,tp leh tahan sampai bila yer?


    Ada berbagai jenis asam pedas. Ni kira asam pedas rebus ler sebab tak pakai minyak. Tapi kalo ikut style mak mertua aku, dia campak jer bawang, pes cili dan asam keping. Tak pakai serai dll. Tapi respi ni original dr mak aku (kedah style)

    Bahan-bahan
    >ikan kembung
    >bawang merah*
    >belacan*
    >kunyit serbuk
    >biji ketumbar (rempah biji)
    >serai*
    >pes cili kering
    >asam keping
    >daun kesum
    >bunga kantan-dibelah 4
    >garam, perasa
    >bendi (kalo suka)

    Cara-cara
    1.Bahan bertanda * ditumbuk/blender halus
    2.Ikan dicuci bersih dan ketepikan
    3.Masukkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam periuk, bersama dengan garam, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasa. Tambah sedikit air.
    4.Rebus sebentar bahan-bahan tadi. (untuk hilangkan bau cili kering, dll)
    5.Tambah air untuk sebanyak mana kuah yang dikehendaki.
    6.Biar kuah menggelegak dulu, baru masukkan ikan.
    7.Kemudian, masukkan bendi / sayur2 lain.
    8. Siap
    (untuk lagi sedap, semasa menghidang, hiris halus daun kesum dan tabur diatas kuah)

    Isnin, 12 Januari 2009

    Stimboat

    Asyik makan nasi jer, malam ni ubah selera plak, malam ni kita makan stimboat. Dah lama plan, tp tak kesampaian, hinggalah malam ni.
    Dulu selalulah makan kat restoren favourite kami kat brickfield, tapi skang ni dh jarang pegi, mana idaknyer, keluar rumah pun malas, aku asyik mengadap internet ajer, dan sebelah malamnya sibuk dengan drama melayu aku tuh... tiap hari ada jer drama, tak boleh mis.


    Sup untuk stimboat ni aku buat sup ayam. Ada setengah orang suka sup tomyam, tp tekak kami sefamily takleh plak...so buatlah yang ikut suka tekak.

    Bahan-bahan
    kiub ayam
    bawang putih-dicincang
    lada sulah
    rangka/tulang ayam
    saleri
    daun sup, daun bawang
    minyak bijan

    Cara-cara
    1.Tulang ayam direbus dahulu bersama kiub ayam
    2.Tapis airnya dan buang tulang
    3.Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tambah setitik dua minyak bijan
    4.Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada sulah. Kacau lagi dan masukkan stok ayam tadi.Biar mendidih
    5.Masukkan batang saleri, sedikit garam dan serbuk perasa.
    6.Siap untuk dibuat kuah stimboat

    Sos untuk cicah tu plak, aku beli jer kat 'Giant' tuh. Malas dh nk buat sos yong tau foo, sebab dok mencari sos plum, sos hoi sin, dan rempah lima, asyik tak jumpa jer.. dan sos segera inilah penyelesaiannya. Aku letak plak kacang tanah tumbuk untuk bagi rasa lemak-lemak sikit....emm...walllah....

    Sambil makan stimboat, aku bakolah ayam ni...ambik kepak dan tulang2 jer..saja untuk gigit-gigit. Sedap la plak...resepi sendiri.... Sorrylah, ayam untuk possing kat blog ni tinggal banyak ni jer. Masa ayam dh masak dan diangkat tu, masing-masing serbu ayam ni dulu, sampai lupa nk snap gambar. Ada yang hangit sikit (ikut kulit tuan yang membako nyer..ha,ha,ha....)

    Bahan-bahan
    bawang putih*
    bawang merah*
    halia*
    sos cili
    sos tomato
    sos tiram
    minyak bijan
    madu
    sedikit garam dan perasa

    Cara-cara
    1.Bahan-bahan bertanda* ditumbuk lumat, kemudian gaul sume bahan hingga sebati dan perap pada ayam selama sejam atau lebih
    2. Bakar


    Untuk kuah yong tau foo plak,

    SOS HITAM:
    560ml air
    1 kiub stok bilis
    1 camb kicap pekat/hitam
    2 camb sos kacang hitam ( OR taucu )
    1 camb sos hoisin
    2 camb gula pasir
    1/8 camt serbuk rempah lima
    garam secukupnya
    3 camb air, dicampur 1½ camb tepung jagung (atau ikut kepekatan tersendiri)

    SOS CILI:
    8 biji cili merah, dibuang biji
    2 camt bijan goreng/bakar
    100ml cuka
    2 camb sos plam
    3 camb gula
    garam secukupnya

    Cara-cara
    SOS HITAM YONG TAU FOO:
    Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.

    SOS CILI YONG TAU FOO:
    Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk
    note : garam & gula - ikut selera

    note: kalau nak buat 1 sos saja, Sos Hitam Pedas, tambahkan cili boh ke dalam (step 2) mengikut kepedasan masing2 dan sedikit cuka.


    Ahad, 11 Januari 2009

    Roti Sosej

    Buat roti ni untuk breakfast. Tengahari ni macam malas jer nk masak. Entahla...mulalah mood tak bagus tu....

    Resepi roti ni ada dalam kabinet tu... cari kat tag 'roti' yer

    Anak-anak aku kalo buat roti sosej ni memang kejap jer licin. Ni satu untuk along, satu lagi untuk adik....makan ni dulu yer...kalo tak cukup dalam oven tu ada lagi...

    Sabtu, 10 Januari 2009

    Masak Lemak Telur Itik

    Hari ni turn aku plak masak gulai lemak telur itik. Malam tadi pegi pasar borong (pasar borong selangor ni lebih meriah kalo pegi sebelah malam) beli ler telur itik ni, dapat sebiji 60sen. Lepas tu pegi plak bahagian sayur kampung konon nk cari belimbing buluh, tp takde...hu,hu,hu,,tak kesampaian jugak..... kata endon yang jual tu belum musim, nampak beno pembohongnya, setahu aku belimbing buluh ni memang takde musim mcm durian, rambutan tuh. Ada je berbuah 24 jam (kalo kat kg aku, buahnya bersepah jatuh ke tanah)

    Masak lemak ni aku lebih suka ikut style negeri sembilan. Takde bawang ataupun serai. Dh memang itulah selera hubby.

    Bahan-bahan
    >telur itik (suka hati nk letak brapa bijik)
    >santan secukupnya (kalau wat gulai ni, aku suka pekat sikit kuahnya, so lebihkan santan)
    >cili padi kampung*
    >kunyit hidup*
    >garam kasar*
    >asam keping
    >serbuk perisa

    Cara-cara
    1.Bahan-bahan * ditumbuk lumat (awas kena mata, nk selamat pakai spec)
    2.Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dalam periuk. Tambah sedikit air dan masukkan asam keping.
    3.Didihkan sebentar
    4.Kemudian, masukkan santan pekat. Leh tambah air sedikit.Biar kuah mendidih.
    5.Perlahankan api dan pecahkan telur perlahan-lahan ke dalam kuah. Jangan dikacau
    6.Biar hingga telur keras dan boleh tambah perisa.
    Siap

    Masak lemak telur itik ni aku hidangkan bersama sambal bacang dan ulam daun selom. Goreng plak ikan kembung rebus. Kebetulan ada telur itik masin. So bedal jer lah.... JEMPUT MAKAN SUME !

    Jumaat, 9 Januari 2009

    Cucur Udang

    Hari ni buat cucur udang plak. Kebetulan ada taugeh dan kucai dalam esbox (lebih wat char kuetiau semalam). Tengok sume barang ada, dan terhasillah cucur udang untuk minum petang hari ini.


    Bahan-bahan
    >Tepung gandum
    >udang secukupnya
    >taugeh-dibuang ekor
    >kucai-dipotong pendek
    >soda bicarbonat (kalo suka, ini untuk mengembungkan kuih tu)
    >garam
    >barang merah-dicincang -ini aku memandai jer tambah
    >air secukupnya

    *Semua bahan-bahan di atas, kecuali udang, dicampur sebati (seperti buah cucur tu)

    Cara-cara
    1. Panaskan minyak dalam kuali. Rendam senduk bulat dalam minyak panas tu.
    2.Bila minyak dh panas, keluarkan senduk bulat dan masukkan adunan tepung. Letak udang kat atas tepung. Tekan sedikit udang tu agar melekat kuat dengan tepung dan tidak tertanggal semasa menggoreng nanti.(aku sorokkan udang dalam tepung, sbb nanti anak2 suka kopek kuarkan udang)
    3.Goreng hingga garing, dan bolehlah diangkat

    Resepi kuah kacang, leh klik sini yer

    Tapi ada juga orang suka cicah cucur udang ni dengan sos cili. So suka ati ler nk cicah dengan apa.


    Ni version bulat-bulat, sebelum kena potong.

    Bendi Goreng Telur

    Walaupun kat umah ni hanya aku sorang jer yang makan sayur (hubby makan sikit jer, sekadar memenuhi syarat) tapi tiap hari mesti masak sayur. Kalo takde kira tak lengkap aje lauk untuk hari tu. hari ni bendi goreng telur plak. Terjumpa respi ni dr rakan blogger gak (lupa sapa nama)

    Bahan-bahan
    >bendi secukupnya-dibersihkan dan dipotong
    >bawang merah-dihiris
    >bawang putih-dihiris
    >cili merah-dihiris
    >udang sayur
    >telur
    >garam
    >perasa

    Cara-cara
    1.Tumis bawang merah, dan bawang putih sampai naik bau
    2. Masukkan udang dan kacang bendi. Goreng hingga sayur layu
    3.Pecahkan telur dan kacau lagi.
    4.Masukkan garam, perasa, kacau dan bolehlah diangkat.

    Ikan Grill

    Hari ni wat ikan kembung grill, pas tu curah air asam kat atas dia. Ni sume si Fiza ler, suka tayang resipi yang sedap-sedap. Aku plak mudah tergoda. Bantai jer la guna ikan kembung ni. 2 ekor cukup la, sekor untuk aku, sekor untuk hubby. Janji leh makan untuk tengahari ni. Malam kang lain citer.



    Bahan-bahan
    >2 ekor ikan kembung-bersihkan, lumur dengan garam
    >tomato
    >bwang merah
    >cili merah
    >cili padi
    >belacan
    >garam
    >sedikit air (kalau nk air asam lebih)
    >jus limau nipis

    Cara-cara
    1.Ikan tadi di grill atau kalo nk sedap lagi, boleh bakar hingga masak dan ketepikan.
    2.Bawang merah, tomato cili merah dan cili padi dihiris halus
    3.Kemudian, gaul bersama garam, belacan jus limau nipis. (aku tengeh jer sume bahan-bahan ni dalam lesung batu, so tangan pun tak berbau belacan, ha,ha,ha )
    4.Kemudian, siram atas ikan....dh siap, leh makan.

    Khamis, 8 Januari 2009

    Hotdog Sweet and Sour

    Tak tau nk bagi nama apa kat masakan ni. Sebenarnya lauk ni aku ternampak kat umah Farah, dia masak untuk anaknya 'cha'. Nampak sedap la plak.

    Malam ni aku masak la lauk ni. Bungkus plak ngan telo. Hidangkan bersama nasi ayam tengahari tadi tuh. Fuh, selera sungguh si Irfan makan. Sampai berebut dengan si alongnya. Sian kat hubby aku, dapat rasa sikit jer.


    Thanks Farah sbb share respi tu. Tapi akak alter sikit (ikut tekak ahli kariah umah ni). Memang sedap, lain kali boleh buat lagi.



    Bahan-bahan
    >4 batang hotdog-dipotong pendek
    >cendawan butang
    >karot
    >kacang pis
    >batang leek
    >bawang merah-dihiris
    >bawang putih-diketuk
    >sos tomato
    >sedikit sos cili
    >sedikit sos tiram
    >daun sup, daun bawang-ditabur
    >telur



    Cara-cara
    1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
    2.Masukkan semua jenis sos tadi, bersama sayur-sayuran dan hotdog.
    3.Letak sedikit garam (jangan banyak sbb sos dh masin)
    4.boleh letak air untuk mengempukkan sayur-sayuran tadi (kalo suka)
    5.biar kering sedikit dan angkat.
    6.Buat telur dadar-pukul telur dan panaskan kuali. Tebarkan telur ke seluruh kuali agar mendapat lapisan yang nipis dan besar.
    7.Biar hingga masak,
    8.padamkan api dan letak hotdog yang dimasak tadi ditengah-tengah. Balut kemas
    9.Ambil pinggan dan tangkupkan diatas telur tadi.
    10.Dengan berhati-hati, terbalikan kuali dan sedia untuk dihidangkan.








    Karipap

    Juadah minum petang hari ini. Kalo jusim sekolah ni, tiap-tiap petang aku kena buat kuih, sbb bila Farisya balik sekolah, dia mesti nk mencari makanan. yelah, sampai umah pun dh pukul 7, lepas tu kelas agama dan fardu ain sampai pukul 9.30. Balik tu baru makan nasi. Kesian kan...zaman aku dulu tak payah ke sekolah agama pun. Mana taknya, zaman aku dulu takde subjek bahasa arab.

    Dh lama aku tak buat karipap, so kalau buat tu kena banyak sikit, sbb anak bujang aku tu memang hantu karipap. Dia sorang jer boleh bedal sampai 5,6 ketul. Belum si kakaknya lagi. Dan bapaknya lagi. Paling sikit pun kena buat dalam 20 biji. Baru cukup.

    Oleh kerana terpaksa buat banyak, rupa bentuk karipap ni pun tak brapa lawa. Setakat leh masuk perut cukuplah. Syukur sbb hubby aku tak banyak songeh. Janji leh makan sudah. Yang penting dia tak payah keluar ke kedai setiap petang untuk beli kuih. Jimat duit laling aku..ha,ha,ha.....

    Respi karipap ni, cari jerlah dalam kichen kabinet aku tuh..gerenti ada, dh selalu buat.

    Nasi Ayam

    Penyelesaian paling mudah kalo malas nk masak lauk yang pelbagai jenis. Buat jer nasi ayam, gerenti habis. Ni faberet kami sekeluarga. Kalo makan kat luar pun mesti order nasi ayam. Pegi pasar malam pun beli nasi ayam.

    Resepi kali ni ambik dr myresipi, Nasi Ayam Mudah dr 'city'. Copy respi tu kat sini yer

    Bahan-bahan
    -1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos

    bahan utk perap ayam
    -4 sudu besar sos cili
    -3 sudu besar kicap manis
    -2 ulas garlic-tumbuk halus
    -garam n gula-perasakan-elok manis skit

    bahan utk sup
    -2 ulas bwg putih, ketuk
    -1 btg serai-ketuk
    -1 inci halia-ketuk
    -1 sup bunjut

    Bahan utk cili
    - 3 bijik tomato masak
    -3 ulas bwg putih
    -3 biji cili merah
    -4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
    -cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
    -garam n gula, aji-sesuaikan

    Cara-cara
    1.Lepas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi. masuk bwg putih, serai yang diketuk, masuk skit garam.
    2.rebus ayam - agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)
    3.utk nasi plak.. basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker, nasi pun dh siap
    4.perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.
    5.utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
    dah agak 1/2 jam.
    6.goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
    7.utk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.


    Hidang nasi ayam bersama timun, salad dan tomato. Senang jer kan!

    Rabu, 7 Januari 2009

    Roti Pita

    Jeles tengok Fiza buat roti pita ni semalam. Tekak ni dh tak sabo-sabo nk makan. Nk g beli kat pasar malam, tp hati ni teringin nk buat sendiri. Dan inilah hasilnya. Thanks Fiza kerana memberi idea nk masak apa untuk minum petang hari ni. (dan sekaligus membanyakkan pengumpulan lemak kat badan, ha,ha,ha....)





    Bahan-bahan (Roti Pita)
    >250 g tepung roti1
    >1/2 camca teh instant yeast
    >1/2 camca teh garam
    >1/4 camca teh gula halus
    >145 ml air
    >15 g lemak sayur (shortening)

    Cara-cara
    1.Gaul tepung dengan yis, garam dan gula hingga rata.
    2.Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh.
    3.Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan lembut.
    4.Bulat2kan doh, tutup dengan plastik cling dan biar 1 jam hingga doh naik.
    5.Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan rehatkan 5 minit.
    6.Bagi doh pada 5 bahagian yang sama besar.
    7.Bulat2kan setiap bahagian.
    8.Ambil satu dan canai nipis lebih kurang 3mm membentuk bulat atau pun bujur.
    9.Alih ke dalam dulang pembakar dan buat hingga siap.
    10.Biar ia naik selama 30 minit.
    11.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 5 - 6 minit atau hingga roti kelihatan mengelembung.
    12.Jangan bakar terlalu lama, nanti roti pecah dan sukar untuk menghasilkan poket
    13.Keluarkan dan dan sejukkan atas jaringan.
    14.Roti akan lembut bila sejuk. Kerat dua dan isikan poket roti dengan bahan2 inti.
    15.Hidangkan.
    Intinya aku marinade isi ayam, kemudian grill. Cincang kecil-kecil mcm kat pasar malam tu. Kemudian letak sos cili, mayonis dan black pepper sos. Em...yummmy!!


    Bihun Goreng Kampung

    Bihun untuk sarapan pagi kami sekeluarga. Kalo wat bihun putih tu, kang banyak citer plak budak2 ni. Nk letak kicap la, sos cili la, dan mcm2 lagi.




    Bahan-bahan
    >bihun-direndam sampai lembut dan toskan
    >bwang merah-ditumbuk halus
    >bwang putih-ditumbuk halus
    >cili kering kisar
    >ikan bilis _ditumbuk kasar
    >daging-dihiris nipis
    >udang putih (yg kecik2, ada panggil udang sayur)
    >sayur taugeh
    >sayur sawi-dipotong dan cuci bersih
    >sedikit cuka
    >garam, perisa


    Cara-cara
    1.Panaskan kuali.Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
    2.Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
    3.Bila cili dh masak/terbit minyak, masukkan daging, ikan bilis tumbuk dan udang. Kacau lagi.
    4.Masa ni bolehlah dimasukkan batang sawi untuk lebih masak.
    5.Letak garam dan perasa. Renjiskan sedikit cuka makan
    6.Masukkan bihun yang telah ditos dan gaul rata.
    7.Masukkan sayur sawi, kacau lagi. Sebelum diangkat,masukkan taugeh.

    Siap..senang jer.

    Selasa, 6 Januari 2009

    Waffle Maker

    Akhirnya berjaya jugak beli waffle maker ni. Ni kes jeles ngan Fiza sebab berjaya buat waffle sendiri kat umah. Aku dan anak2 memang suka makan waffle.
    Ni beli kat tesco Puchong, harga rm55.90, takde brand, tapi takpelah, asalkan boleh buat waffle udah ler....

    Sweet Corn

    Selau beli jagung kukus kat luar/pasar malam, tapi tak pernah buat sendiri. Hari tuh, masa g Hero terpandanglah biji jagung ni. Oh, agaknya benda nilah yang buat corn in cup tu yer. Aku pun belilah...
    Balik rumah dan kukus, letaklah mentega dan garam. Kalo ikut respi Hana tu dia letak susu pekat manis, so aku pun letak ler..dan ngap


    eee...apasal tak sedap? bukan pasal resepi atau bahan-bahan yang aku letak dalam tu, tapi biji jagung ni rasanya tak sedap lah. Masa gigit tu boleh terasa lapisan keras kulit jagung ni. Isinya pun dh tak manis. Harapkan nama jer 'Sweet corn' konon. Tapi rasa hampeh!
    ..inilah akibat pemalas, kalo beli jagung tongkol dan balik rumah kutil sebiji-sebiji isi jagungnya kan boleh makan dengan sedap. Tak payah merungut. Inilah pengajarannya. Jangan ambil jalan mudah!

    Donut @ Big Apple

    Sedap ke donut dr Big Apple ni? Entah la..pada aku biasa je, dan aku lebih suka Donkin Donut (tekak orang berbeza kan!) Beli ni untuk Irfan, sbb dia tu mudah lapo. Aku tak leh makan donut ni, diet maaa!
    Semalam g tesco kan, beli waffle maker dan mixer. Balik umah, mixer tu ada problem sikit. So aku pun mengamuk ler..itulah, nk sangat beli barang letrik kat tesco tu (walaupun jenama Kenwood) dan kena buat kerja dua kali, terpaksa pegi balik ke tesco puchong tu dan tukar(nasib baik dekat jer ngan umah aku ni).
    Kat sana, punyalah lambat servis, dan aku pun dh mcm nk makan jer promoter tu, so aku cakap aku tak nk tukar, dan nk refund jer. Lepas semuanya selesai, aku pun belikanlah donut ni untuk Irfan. (yang setengah tu, dia dh makan dalam kete) Beli 3 ketul jer, cuba dulu

    Donut ni coklat dia cair, melekit-lekit, tak mcm dunkin donut. Tapi ada kengkawan aku yang cakap "Big Apple" ni donut terbaik. Yer ker?