Asyik makan nasi jer, malam ni ubah selera plak, malam ni kita makan stimboat. Dah lama plan, tp tak kesampaian, hinggalah malam ni.
Dulu selalulah makan kat restoren favourite kami kat brickfield, tapi skang ni dh jarang pegi, mana idaknyer, keluar rumah pun malas, aku asyik mengadap internet ajer, dan sebelah malamnya sibuk dengan drama melayu aku tuh... tiap hari ada jer drama, tak boleh mis.
Sup untuk stimboat ni aku buat sup ayam. Ada setengah orang suka sup tomyam, tp tekak kami sefamily takleh plak...so buatlah yang ikut suka tekak.
Bahan-bahan
kiub ayam
bawang putih-dicincang
lada sulah
rangka/tulang ayam
saleri
daun sup, daun bawang
minyak bijan
Cara-cara
1.Tulang ayam direbus dahulu bersama kiub ayam
2.Tapis airnya dan buang tulang
3.Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tambah setitik dua minyak bijan
4.Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada sulah. Kacau lagi dan masukkan stok ayam tadi.Biar mendidih
5.Masukkan batang saleri, sedikit garam dan serbuk perasa.
6.Siap untuk dibuat kuah stimboat
Sos untuk cicah tu plak, aku beli jer kat 'Giant' tuh. Malas dh nk buat sos yong tau foo, sebab dok mencari sos plum, sos hoi sin, dan rempah lima, asyik tak jumpa jer.. dan sos segera inilah penyelesaiannya. Aku letak plak kacang tanah tumbuk untuk bagi rasa lemak-lemak sikit....emm...walllah....
Sos untuk cicah tu plak, aku beli jer kat 'Giant' tuh. Malas dh nk buat sos yong tau foo, sebab dok mencari sos plum, sos hoi sin, dan rempah lima, asyik tak jumpa jer.. dan sos segera inilah penyelesaiannya. Aku letak plak kacang tanah tumbuk untuk bagi rasa lemak-lemak sikit....emm...walllah....
Sambil makan stimboat, aku bakolah ayam ni...ambik kepak dan tulang2 jer..saja untuk gigit-gigit. Sedap la plak...resepi sendiri.... Sorrylah, ayam untuk possing kat blog ni tinggal banyak ni jer. Masa ayam dh masak dan diangkat tu, masing-masing serbu ayam ni dulu, sampai lupa nk snap gambar. Ada yang hangit sikit (ikut kulit tuan yang membako nyer..ha,ha,ha....)
Bahan-bahan
bawang putih*
bawang merah*
halia*
sos cili
sos cili
sos tomato
sos tiram
minyak bijan
madu
sedikit garam dan perasa
Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda* ditumbuk lumat, kemudian gaul sume bahan hingga sebati dan perap pada ayam selama sejam atau lebih
2. Bakar
Untuk kuah yong tau foo plak,
SOS HITAM:
560ml air
1 kiub stok bilis
1 camb kicap pekat/hitam
2 camb sos kacang hitam ( OR taucu )
1 camb sos hoisin
2 camb gula pasir
1/8 camt serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 camb air, dicampur 1½ camb tepung jagung (atau ikut
kepekatan tersendiri)
SOS CILI:
8 biji cili merah, dibuang biji
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
garam secukupnya
Cara-cara
SOS HITAM YONG TAU FOO:
Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam,
sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau
hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3
minit lagi atau hingga pekat.
SOS CILI YONG TAU FOO:
Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas
api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api,
biar sejuk
note : garam & gula - ikut selera
note: kalau nak buat 1 sos saja, Sos Hitam Pedas,
tambahkan cili boh ke dalam (step 2) mengikut kepedasan masing2 dan sedikit
cuka.
amboi syedapnye stimbot.kite pun dah lame berkeinginan nak wat stimbot tp belum tlaksana.aritu dah siap beli bebola campur2 tp x buat2.udahnya bebola tu sume kugoreng je makan cicah ngan sos...
BalasPadamFiza, kita pun sama, dh lama plan, tp malam ni jer terlaksana, selalu tu kalo beli bebola, tak jadi wat stimboat, buat goreng ngan mee jer..
BalasPadamAmboi... pn noorma pun makan stimboat. Baru tadi singgah di Jepun, ada satu family pun makan ni jugak.
BalasPadamEntah bila la blh cuba ni.
umah hana ler tu kak chik...
BalasPadam