Selasa, 13 Januari 2009

Asam Pedas Ikan Kembung

Lauk ni peberet arwah ayah aku. Masak lauk ni pun sebab teringatkan arwah ayah. Sesapa yang nk diet, leh ler try lauk ni. Aku skang ni pun tengah diet ni....tak mo makan benda2 berminyak, berlemak,,,tp leh tahan sampai bila yer?


Ada berbagai jenis asam pedas. Ni kira asam pedas rebus ler sebab tak pakai minyak. Tapi kalo ikut style mak mertua aku, dia campak jer bawang, pes cili dan asam keping. Tak pakai serai dll. Tapi respi ni original dr mak aku (kedah style)

Bahan-bahan
>ikan kembung
>bawang merah*
>belacan*
>kunyit serbuk
>biji ketumbar (rempah biji)
>serai*
>pes cili kering
>asam keping
>daun kesum
>bunga kantan-dibelah 4
>garam, perasa
>bendi (kalo suka)

Cara-cara
1.Bahan bertanda * ditumbuk/blender halus
2.Ikan dicuci bersih dan ketepikan
3.Masukkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam periuk, bersama dengan garam, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasa. Tambah sedikit air.
4.Rebus sebentar bahan-bahan tadi. (untuk hilangkan bau cili kering, dll)
5.Tambah air untuk sebanyak mana kuah yang dikehendaki.
6.Biar kuah menggelegak dulu, baru masukkan ikan.
7.Kemudian, masukkan bendi / sayur2 lain.
8. Siap
(untuk lagi sedap, semasa menghidang, hiris halus daun kesum dan tabur diatas kuah)

6 ulasan:

  1. Cik Abe suka sangat ni lauk asam pedas ni tapi kakchik ni yang kurang rajin sikit nak masak lauk ikan. Bukan tak suka, sukaaaa sampai dihirup-hirup kuah tu cuma malas sikit nak siang ikan, hehehe.
    Memang sesuai untuk orang diet.
    Lepas ni singgang ikan pulak ya Noorma. Gilir2, insya-Allah kempislah perut tu.

    BalasPadam
  2. kak chik kalo makan lauk asam pedas ke, singgang ker best kalo cicah ngan budu, ada plak ulam jantng pisang, ulam kacang botol...fuh..bertambah-tambah..ni dh bukan diet dh ni...hi,hi,hi

    BalasPadam
  3. laaa ko yg kerempeng tu pun nak diat ke noorma (mcm aku penah tgk ko depan2 kan???) aku ni kate je nak diet tp pantang je nampak makanan yg sedap,mesti nak.naknye tu bukan sikit pulak tuh, heeee
    xpelah...aku diet pelan2...smoga aku berjaya, kahhhhhhh

    BalasPadam
  4. Fiza,diet kita ni pun kengkadang hancus gak,,tp demi nk pakai pakaian up to date, pejam mata dan telan air liur jer lah..lalu tepi kfc, mc donnal, cium bau jer...sian kan! bukan takde duit, tp sayangkan badan kalo tembun,...

    BalasPadam
  5. ooo panggey asam pedas rebus erk? kita panggey asam rebus jerk..tp mmg sedap nih! seshuai utk diet! a'ah la kan fiza, kerempeng dh tuh! nk jadi camno laie?? sib baik hb ku pesan jgn kuruih cam papan.. dier tk suko! agaknyer tk syedap nk kelon! hahahahaa...

    BalasPadam
  6. weeiiiii...badan kita ni gemuk lah..entah la..sebab time jalan-jalan kat shopping complex tu, ada jer promoter slimming produk datang menerpa kat kita. Hubby kata 'awak tu gemuk lah, sebab tu orang tu datang kat awak' hu,hu,hu..sedihnyer!!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡