Khamis, 22 Januari 2009

Sup Ikan

Rumah ni kalo buat sup, memang laku jer, maklumlah anak-anak boleh makan sebab tak pedas. Memang aku tak galakkan anak-anak makan pedas, biarlah diorang besar sikit baru makan pedas.


Resepi sup kali ini dibuat sendiri. Sebelum ni pernah beli sup bunjut untuk ikan, aku baca ramuan tu dan buat sendiri. Wallah..sama jer rasanya.

Bahan-bahan
>ikan (sukahati ler nk ikan apa, ikan merah, jenahak, dll)
>bawang merah *
>bawang putih *
>halia *(Bahan-bahan* dihiris halus)
>bahan penumis

  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • buah keras
  • daun bay (aku guna yg kering)
  • >tomato
    >batang saderi
    >ubi kentang
    >karot
    >cendawan
    >air secukupnya
    >garam, perasa

    Cara-cara
    1.Tumis bahan * bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
    2.Masukkan air sebanyak mana yang dikehendaki.
    3.Masukkan juga kentang dan karot untuk melembutkannya.
    4.Bila kuah dh mendidih, masukkan ikan, diikuti sayuran lain. Biar kuah mendidih sekali lagi
    5.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, kacau dan angkat. Siap


    3 ulasan:

    1. ok la, ok la ok la....

      Pendek kata bila nak masak macam dlm pic tu.... ? nie nak datang nie bawak perut kosong... ! hehe

      BalasPadam
    2. Sheikh, jangan risau, kalo datang umah kita ni, pasti akan balik dengan perut yang kenyang...tp kena bgtau awal2 la...

      BalasPadam
    3. slurpppppp...sedapnye ikan siakap sup ni......bagus2....boleh nnt anta semangkuk ye...nak tang ekor....

      BalasPadam

    Hello ♥♥
    Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡