Jumaat, 28 September 2012

Limas

Salam...

Ni kuih kegemaran CK sejak kecil sampai la ni... kalau jumpa kat mana2 pun, mesti beli, sedap atau tidak belakang cerita...


Selalu CK buat dalam bekas plastik kecil2 tu, tp kali ini dalam daun pisang la plak...fuh..punyalah tragis nk buat sampan2 tu...ni jer yang senonoh sikit kejadian...so boleh la snap gambar...yang lain tu bukan rupa sampan lagi, dah macam tongkang pecah...hahaha...

Bahan A (lapisan bawah-hijau)
-1 cawan tepung beras
-1 cawan air daun pandan (boleh gak guna pandan emulco)
-4 cawan air
-1 sudu besar air kapur makan
-1 cawan gula
- sedikit pewarna hijau

Bahan B
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung beras
-1 cawan santan pekat
-1 cawan santan cair
-3 setengah cawan air
-sedikit garam

Cara-cara
Sebatikan semua bahan-bahan A. Kacau atas api sederhana hingga pekat
Begitu juga dengan bahan B. Dalam kuali lain, kacau bahan B hingga pekat.
Sediakan bekas plastik yang secukupnya
Letak 1 sudu kecil gula pasir ke dalam setiap bekas plastik
Masukkan 2 sudu besar bahan A yang sudah dimasak tadi.Kemudian 2 sudu besar bahan B
Buat sehingga habis semua adunan
Kukus kuih selama 20 minit. Siap !!


Erm...nk rasa??


♥ ♥ ♥

Rabu, 26 September 2012

Apple Pie

Salam... hari ni sejuk jer kan...ujan sejak subuh sampai la skang ni...bestnyer kalo dapat tido (kalau lah )

Sejuk2 ni kalau makan pie apple panas sure sedap kan. Dua hari lepas nampak kat rumah Mala, terus carik buah apple kat pasar malam...


 Resipi asal dari MYR oleh  fidadaud . CK copy dari rumah Mala. TQ semua !!

Bahan-bahan ( 12-14 biji )
Bahan Inti:

2 biji epal merah - potong dadu (ganti epal hijau)
1/3 cawan gula (ganti gula perang)
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sb perahan jus lemon
1 sk tepung jagung + 1 sb air

Bahan Pastri:

2 cwn tepung gandum
1 sk garam
1/2 cwn butter - beku (sejuk)
1/2 cwn susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng (I baked)

Cara-cara
1. Inti: Dalam kuali leper, campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal. Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam atau inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
3. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
5. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
6. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
7. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

Tapi kan, kalau malas nk buat kulit pastri tu, guna Pastri Puff yang segera tu pun bleh gak...dan lagi sedap laaa...beli jer kat Pasaraya, jenama Kawan. Harga dalam rm4.80- rm5.50 untuk satu paket (bergantung kepada harga di pasaraya lah...Tesco murah sikit )Ada 10 keping pastri kat dalam tu...senang dan mudah.

Macam apple pie mekdi pun ada...hehehe...


♥ ♥ ♥

Isnin, 24 September 2012

Kuih Siput Rangup

Salam...hari ni Ck terlebih rajin la plak...lepas siapkan tempahan pie ayam dan epal, buat plak kuih siput ni...


 Kuih siput rangup
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-100gm butter
-2 cawan tepung gandum

Bahan Kisar
-10 tangkai cili kering-dibuang biji
-2 tangkai daun kari
-1/2 biji telur
-1 sudu teh jintan manis
- satu paket udang kering (dlm 20 ekor)
-2 biji bawang kecil
-1 cawan air
-garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Gaul butter dan tepung hingga menjadi serbuk roti
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam tepung dan butter tadi
Tambah garam dan serbuk perasa
Uli bahan2 hingga sebati
(kalau adunan agak lembik, tambah tepung hingga adunan elok)
Cubit sedikit tepung dan gelek atas acuan kuih siput
Goreng dengan minyak panas hingga kekuningan
(CK guna api 160' jer... kalo api kuat, dalamnya tak masak)

Copy resipi kat sini yer 

Teringat pada kawan baik CK, Baiyah ...time raya ari tu CK tak sempat buatkan untuk dia... tahun lepas CK terpaksa buat sbb dia mengandung...tp tahun ni?? hehehe.. sendiri mau ingat...

Dan masa raya ari tu, ada gak sorang customer request nk beli kuih siput ni...tp masa tu dah nak dekat raya, dan CK pun dah tutup semua order....tp sempat gak CK tanya, "adik nk sangat makan kuih siput ni, mengandung ke".... CK ni mmg kalah kalo seseorang tu bagi alasan mengandung...mesti buat....tp adik tu cakap takde...saja la teringin nk makan.... fuh...lega !!  hehehe


Ahad, 23 September 2012

Rendang Ayam Hijau Kuning

Salam hujung minggu.

Hari ini CK merendang la plak. Dan kali ini rendangnya spesel sikit sebab berwarna kuning kehijauan.  Rendang yang penuh nostalgia bagi CK sebab arwah mak CK selalu masak bersama burung ruak-ruak. Ermm...sedapnyer.. Tapi kat KL ni mana nk cari burung ruak2 kan.. burung puyuh pun payah nk jumpa. Kengkadang tu, yang frozen pun cepat habis. Dan..CK guna jer la ayam bando. Kalo ayam kampung mungkin sedap la kot...tp CK mmg tak makan ayam kampung :( teringat kenangan bersama ayam2 yang pernah CK bela...so kalo makan ayam kampung, macam makan member sendiri la plak...hahaha

 Rendang ini tidak menggunakan kerisik dan hanya menggunakan cili padi hijau untuk menaikkan  warna kehijauan. Kalau ikut cara kampung, santan pekat tadi dimasak hingga naik minyak kemudian barulah ditumis bahan2 yang dikisar. Kemudian, tambah lagi dengan santan ..Masak hingga betul2 pekat melekat....barulah rendang ini benar2 sedap.

Bahannya
* 1 ekor ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 3 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 1/2 inci lengkuas*
**12 biji cili api siam*(terpulang kepada kepedasan masing2)
* 1 cawan santan pekat
* 2 keping asam keping
* 2 helai daun kunyit- dihiris halus
* Garam, gula, perasa
* 1 batang serai- diketuk
* 1/2 senduk minyak masak

Cara2:
Kisar semua bhn yg betanda *
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
Masukan santan pekat dan serai yang diketuk, kacau lagi
Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
Masukan asam keping , garam, perasa
Masak hingga kuah pekat dan akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris

Dalam kuali lagi...baru lepas tutup api

Jeng jeng jeng...dh siap hidang.... kita makan dengan nasi himpit


♥♥♥

Sabtu, 22 September 2012

Nasi Lemak Pelangi

Salam...selamat pagi kepada pengunjung hari Sabtu ni. Dah breakfast? Pagi ni CK buat nasi lemak....dan nak cantikkan lagi nasi lemak ni, CK letak kaler plak..jadilah Nasi Lemak Pelangi (gelaran diberi leh anak-anak)


Takde sebarang lauk special, cuma sambal tumis ikan bilis, telur goreng mata kerbau dan paru goreng rangup. Timun dan kacang goreng pun takde...tak sempat dah nak buat...
Macam biasa, kalau masak nasi lemak CK suka tumbuk bwang merah, bawang putih dan halia. Titikkan sebatang serai dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama santan. Letak secubit garam dan masak ler nasi macam biasa. Haaa...daun pandan jangan lupa yer....takbleh letak daun kunyit/daun magga plak tauuu....hehe


Tak brapa nk pelangi lah ... CK letak 3 warna jer, hijau, kuning dan merah


♥♥♥

Khamis, 20 September 2012

Soto Makasar

Salam...

Hari ni CK mencuba makanan orang Sabah plak iaitu Soto Makasar. First time makan masa open house rumah jiran minggu lepas. Ermm...sedap la plak. Dan hari ini CK buat la sendiri plak. Mana la tau, kot2 berjaya menambat hati si Jebat dan boleh buat untuk hari raya nanti
 

Tanya2 respi dan google kat internet, akhirnya jumpa respi ni. Daripada Naib Juara Masterchef musim pertama, Wahidan. Resipinya menggunakan lidah lembu, tp CK gantikan dengan hirisan daging dan perut lembu (babat)- ni seperti yang CK makan di rumah kawan ari tu. Sebenarnya Soto Makasar ni menggunakan organ dalaman lembu. So sukati ler yang letak bahagian mana.

Soto Makasar
dicuba masak oleh  Cendanakasih

Bahan-bahan :
  • Daging dan perut lembu - rebus hingga empuk dan hiris. (simpan air rebusan)
  • Rempah 4 Sekawan
  • 2 labu Bawang Besar (dihiris)
  • 100gm Kacang Tanah
  • 50gm Halia (dihiris)
  • 30gm Lengkuas (dihiris)
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 2 sudu teh Serbuk Ketumbar
  • 1 paket Maggi Cukup Rasa

Cara-cara :


  • Sangai kacang tanah selama 15 minit dan kisarkan. Selepas itu, tapiskan supaya halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, halia dan lengkuas sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan rempah 4 secawan, serbuk ketumbar dan ahkir sekali serai.
  • Gaul sehingga keperangan dan masukkan air rebusan daging tadi.  Biarkan masak sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan daging+perut lembu tadi  ke dalam bahan tumisan tadi. Gaul sehingga sebati.
  • Perasakan bersama garam, gula, lada hitam dan akhir sekali Maggi Cukup Rasa.

Sambal
2 biji cili merah( ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
110 gm taucu
minyak untuk menumis
50 ml air
gula secukup rasa


Bahan pelengkap
Nasi impit
Daun bawang
bawang goreng
limau nipis

boleh copy resipi di CK Food yer... klik sini

 Kuah soto makasar ni mmg berwarna putih. Rupa tak cantik, tp rasa ummphh !!!

Dah nama pun soto, tentulah dihidangkan bersama nasi himpit

Sekali rasa, hati dah terpikat...(mungkin sebab CK ni peminat babat (perut) kot.. )


♥ ♥ ♥


Rabu, 19 September 2012

Rojak Buah berTauhu

Salam..
CK ni suka sangat makan tauhu. Especially tauhu bakar dimakan dengan rojak sotong kangkung. Wallah... takde nasi pun takpe...
Dan hari ni, CK buat rojak buah campur tauhu plak. Resipi kuah rojak ciptaan CK ni berjaya menawan hati kawan2...sampaikan tiap2 minggu CK kena buat kuah rojak atas permintaan diorang. Eermmm...meh la tengok respi nyer... lepas ni boleh buat sendiri yer....


Resipi kuah rojak ni sesuai dimakan dengan tauhu bakar ataupun rojak buah. Sesuai juga sebagai pencicah untuk buah-buahan ataupun disapu atas sengkuang kemudian ditabur kacang tanah

Resipi Kuah Rojak
sumber: Cendanakasih

 Bahan-bahan
1 senduk cili boh (kena pakai cili boh, baru sedap), ikut kepedasan masing2
2 sb kicap pekat
1 sb sos cili
1 sb sos plum
1 sk tauchu (kisar halus)
1 sb sos tiram
1 senduk kicap manis (Kipas Udang, Jalen,  atau apa2 laaa)
1 sk pes udang (boleh ganti dengan belacan)
2 sb otak udang 
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir ** kuantiti gula boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing2.
3sb tepung jagung-dilarutkan dengan 1/2 cawan air

** CK guna pes belacan yang diberi oleh Anna Qawina. Special dari Sabah katanya...heheh... Kalau takde, boleh gantikan dengan belacan biasa. Cuma belacan tu perlu dibakar dahulu dan kemudiannya ditumbuk halus. Lepas itu barulah boleh dimasukkan ke dalam kuah rojak dan masak dengan bahan lain.

Cara-cara
Dalam periuk, masukkan cili boh bersama 1 cawan air dan didihkan sebentar. Kemudian masukkan bahan2 lain kecuali tepung jagung.
Rasa kuah. Mesti ada pedas, manis, masin, hitam pekat, dll. Biar kuah mereneh selama 10 minit.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung dan biar kuah memekat mengikut keinginan masing2. Kalau agak masih cair, boleh tambah larutan tepung jagung tu. 
Tutup api dan biarkan sejuk
Boleh saji kuah bersama taburan bijan dan kacang tanah goreng yang ditumbuk kasar. 

*** Kat blog ni mmg tak boleh copy paste resipi. Anda bolehlah pergi ke CK Food (like jika sudi) dan copy paste dari sana. Untuk resipi kuah rojak ni, boleh klik sini



Rojak buah merupakan hidangan yang mesti ada tiap kali CK buat makan2 atau jamuan hari raya. Macam minggu lepas, masa CK buat jamuan hari raya, rojak buah ni dah settle awal. Kesian...sampaikan ada kawan terpaksa tapau kuahnyer sahaja tanpa buah. Dan ada gak yang mintak respi. So adik2 sekalian, ni akak dah letak resipi kuah rojak. Boleh la suruh bini masing2 buat yer.....hehehe

♥ ♥ ♥



Sabtu, 15 September 2012

Tempahan Sepanjang Minggu

Salam...apa khabar semua !! 

Minggu ni CK mmg sibuk tahap maksima. Full order. Meh kita jamu mata tengok mende2 yang CK buat. 

 Ok...bermula hari Isnin, CK terima tempahan apam polkadot. Satu untuk majlis makan2 di UPM, dengan tema hitam putih.

 Ni plak tempahan dari Kak Jamiah Putrajaya, sebagai goodies pek untuk majlis hari raya kat opis dia. Tema biru turkoise (eh..betul ke ejaan tekois ni, macam turtle pun ada....hehehe) Siap letak dalam kotak beso, senang nk mengangkut

 Ni tempahan Pavlova dari regular customer CK, adik Yun dari UPM. Alhamdulillah...dapat feed back yang baik dari dia selepas makan.

 Dan hari Rabu plak, CK terima tempahan roti jala dari kawan sekampung CK, Puan Fauziah di Putrajaya. Dia order 200bj roti jala bersama kari ayam, Untuk rumah terbuka Aidilfitri...sempat gak CK beraya dirumah dia yang cantik ala2 Inggeris tu....

 Dan hari Khamis plak, CK siapkan tempahan dari kawan CK di UM untuk Majlis Hari Raya di Jabatan Pengajian Media.  Terima kasih buat Dr. Siti Ezaleila Mustafa. Namun tuan yang mengorder tak sempat nk rasa. Cian....takpe, lain kali order banyak2 lagi yer.... hehehe.... Dr Siti juga mengorder 10 pie ayam, tapi CK tak sempat nk ambik gambar, keluar jer oven, terus masuk kotak, dan mat despes CK pun terus memecut moto nyer.... hehehe.....

 Dan...penutup tempahan pada hari Jumaat, CK siapkan plak tempahan dari kawan satu taman ni, 200 pcs cheese tart dari Puan Ida Suzana. Katanya nk bawak balik kampung untuk kenduri kahwin. Siap pesan suruh buat cantik2....hehehe.... ini jer la yang mampu dihasilkan oleh tangan CK yang keras ni :(


 Selain cheese tart, Ida juga mengorder 10 bj pie ayam dan 10 bj pie epal. Untuk makan2 family katanya

 Pie epal yang baru keluar dari oven dan terus masuk kotak....pastu terus deliveri panas2....


Dan...terakhir, 2 biji budget choc cake,  order dari regular kastemer CK merangkap jiran satu taman... Yan, untuk majlis makan2 hari raya kawan2 ofisnyer hari ni. Ck hantar petang semalam jugak, sbb kalo hantar pagi ni, kek masih panas2 dan tak brapa sedap. Kek coklat ni elok disimpan semalam agar rasanyer lebih moist dan terasa kecoklatannyer :)

Ok lah...hari ni CK boleh la berehat sambil layan movie kat tv...tak mo masak ler....nk rilex jer....petangnya nk pegi open house dan bawak anak2 jalan2 kat taman...lepas tu makan2 , jalan2 KLCC...ronda2....hahaha.....

BYE !!!! ♥ ♥ ♥


Selasa, 4 September 2012

Red Velvet In a Jar

Salam...  apa khabar? 

Kek dalam bekas kaca?? skrg ni mmg tren kan...sebagai buah tangan atau hantaran... ni CK saja2 la buat...nk test jer dulu...almaklum ler..anak2 buah sume dah bujang panjang, berkapel-kapel...skit ari lagi, tumbanglah lembu ... so sbg mak sedara, kita bagi la apa yang patut....hehehe...


 Test...test.... opsss....oleh kerana ni projek main2, so CK takde la riben/excessories yang lawa2...main bedal jer apa yang ada.... (ADA AKU KISAH?? )... hahaha...


Untuk yang dalam kaca tu, CK buat 2 bekas jer...selebihnya CK masuk dalam container plastik ni..senang nk makan kan... .Terima kasih Anna Qawina sbb bagi idea (tapi mana leh lawan ngan tokeh tu kan...) 

Resipinya CK ambik kat rumah Anna gak

RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u
                 : Anna Qawina

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar CK guna buttercup
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk CK guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.


Sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk ke majlis rumah terbuka kan. Rasanya pun sedap.


♥ ♥ ♥

Ahad, 2 September 2012

Lontong

Salam... apa khabar semua

Hari ni CK jamu lontong plak. Hidangan hari raya. Masa rasa ari tu tak sempat nk buat sbb bahan2 takde. Bila pasar dah bukak semula, barulah dapat beli barang2nya.


Raya ari tu CK makan lontong yang sedap kat rumah Pak Ngah CK di seksyen 18 Shah Alam. Tapi tak ingat sepupu yang mana masakkan. Serius sedap...penuh dengan segala excessories...hehehe... diganding plak dengan rendang paru kegemaran CK...aduh...sendat perut ni. Terus naik 2 kg berat CK lepas puasa ni...adoiii....


Hari ni CK hidangkan lontong bersama sambal tumis sotong kembang+kacang. Ada gak serunding ayam, tp lupa plak nk snap. Boleh tgk kat atas lontong tu, CK tabur jer...

Jemput makan !!!



♥ ♥ ♥