Selasa, 31 Ogos 2010

Strawberry Stick Cookies


Salam... hari ni buat sekut lagi. Ni sekut raya baru. Asalnya sekut ni takde inti kat dalamnya, tp aku letak jem stoberi untuk lebih rasa sedap.

Bahan-bahan ( 60-80 biji bergantung pada saiz )
BAHAN A
250gm mentega
100gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu kecil pes strawberry
1 sudu kecil perwarna pink/merah

BAHAN B
350gm tepung gandum
20gm tepung kastat
40gm tepung jagung
30gm tepung beras
1/8 sudu kecil emplex
30gm susu tepung

BAHAN C
Coklat perisa strawberry
Jem strawberry (jem utk buat tart-boleh dibeli dikedai menjual barang2 kek/biskut
Kelapa parut kering (dlm tin)

Cara-cara
1.Putar Bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B ke dalam mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut
2.Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti strawberry ke dalamnya. Kemudian tutup kemas.
3.Gelekkan menjadi jejari panjang.
4.Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.
5.Biarkan sejuk dan kemudian celupkan biskut ke dalam coklat strawberry yang telah dicairkan.
6.Golekkan atas kelapa parut kering agar menyeliputi seluruh biskut.




Ceritaku: Ni biskut untuk rumah aku ler..bukan dijual pun. Dan tempahan biskut/coklat SUDAH DITUTUP...sebabnya aku nk kemas rumah plak. Dah macam kapal pecah tu...MAAF...untuk order coklat, lepas raya lah yer...

Isnin, 30 Ogos 2010

Cucur Udang

Salam...


Terlebih dahulu aku nk mohon maaf kerana atas kesilapan teknikal, semua mesej kat ShoutCamp telah ter'delete'. Sebenarnya aku nk tinggalkan 10 komen terbaru, tapi bila tekan butang "keep 10 latest post and delete the rest" tup tup...sume mesej hilang...Minta Maaf Bebanyak. Bagi Shazila (kalo tak silap...) tempahan tart tu boleh laaa...tp time pick up jangan ler suruh akak hanto kat jauh2...akak ni area Sri Kembangan dan Kinrara lepas ler..kalo tempat lain tak brapa lulus lagi..hehehe... ok..apapun email akak yer di noorma7857@hotmail.com.
Untuk Qelissa/Azura yg order Almond Cluster tu, bila nk yer?? dalam minggu depan boleh. Minggu ni dh macam nk pengsan laa..... Shazila pun sama ler..minggu depan gak laa....boleh???

Dan bagi komen2 yang lain tu - terima kasih kerana berkunjung ke blog ni yer.. Silalah jamu mata dengan biskut2 raya. Kalo nk rasa, kena datang umah raya nanti..

Ok....hari ni tak mengukis, tapi kemas umah mana yang patut. Tinggal lagi 10 hari kan, so aku dah gantung langsir raya. Pas tu cuci langsir lama tu. Pukul 3.30 tadi, ujan la plak..so tak brapa kering la langsir tu.

Ini jer lah juadah kuih untuk berbuka hari ni. Aku masak pun simple2 jer, sume goreng-goreng. Daging goreng, sayur goreng dan ikan goreng. Cukup laa... letih bermain habuk. Sib baik tak kena asma. Kalo idak, habis puasa aku. Aku plak tak sahur pagi tadi, sbb sakit tekak, dah tak brapa nk selera nk makan nasi. Gamaknya kalo laki aku ajak ke McD mesti selera kan..kahkahkah....

Ok...resipi cucur udang ni boleh klik sini yer..



Ahad, 29 Ogos 2010

Coconut Almond Cookies

Salam hujung minggu untuk semua pengunjung blog.

Sekarang dapatlah menarik nafas lega, tempahan semua dh dihantar, dan skang ni tumpu persiapan untuk raya plak. Ni projek sekut raya ngan anak dara aku tu. Disebabkan untuk makan2 keluarga, aku bagi ler dia tolong (setakat sapu kuning telur atas biskut dan tabur badam jer. Dia beria2 sangat nk tolong. Nasib baik si Ryan tengah tido. Dapatlah dia tolong )



Resipi (boleh dapat sampai 80-100 biji biskut, bergantung pada penerap laa...)
Bahan A
250gm mentega
40gm shortening
120gm gula aising
1/4 st esen vanila

Bahan B
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastat

Bahan C
60gm serbuk badam
40gm kelapa kering

Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan C
Uli hingga menjadi doh
Rehatkan selama 1/2 jam kemudian barulah dicanai/terap dengan acuan kesukaan
Sapu kuning telur, taburkan almond nibs
Bakar 150'C selama 20-25 minit

*Resipi ni aku dapat dari blog masakan jugak. Tapi tak ingat blog sapa. Sebaik saja nampak, terus salin dalam buku. Tapi resipi asal menggunakan gajus, tapi aku ganti dengan badam.





Ceritaku: Minggu ni banyak masyuk duit, tapi keluar duit pun banyak. Tak sanggup nk kira....sebab minggu ni aku dh sambar satu flat skrin dan GPS idaman ku. Mmg kumpul duit nk beli benda tu pun. So... AKU PIKIRLAH SENDIRI !!!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tempahan Coklat pun dah siap

Maaflah kengkawan, sehari dua ni tak dapat nk posting gambar lauk2 berbuka atau kuih muih. Sume gara2 aku menyiapkan tempahan coklat plak hari ini. Badan pun dh rasa macam nk demam ni...

Kengkadang terfikir gak, mmg tabik spring la pada Fiza Nordin dan Rozaida sbb selalu dapat tempahan berjumlah besar dan berupaya menyiapkannya. Aku ni baru sekali buat, dah rasa macam nk pengsan. Weeiii...korang pakai ubat kuat apa yer??

Akhirnya setelah bertungkus lumus dari lepas bersahur hingga ke pukul 1 petang, siap jugak 1500 pcs coklat yang ditempah oleh sedara aku, sedara jebat dan kengkawan aku. Ada pelbagai inti kat dalam coklat tu, antaranya strawberry praline, blueberri praline, inti badam. gajus dan perasa hazelnut. Diorang ni tak kisah apa perasa pun, janji coklat. So aku suggest perasa campur2 ler..idak ler jemu makan satu jenis jer.

Yang merah jambu tu inti strawberri kat dalamnya.

Almond Cluster. Ni dapat permintaan tinggi, sedap la gamaknyer. Sebab ada hirisan badam dan buah cranberi kat dalamnya. Aku pun suka yang ni.

Oreo Chocolate - Ada biskut oreo kat dalamnya. Ni order dari mak mertua aku. Dia order 50 bijik. Satu biji coklat aku kira rm0.80. Boleh laa... kalo kengkawan lain, diorang jual satu=rm1.20. Aku takut ler nk letak harga mahal2 kat mak mertua aku, kang dia kata menantu cekik leher plak... so ni kira harga mak mertua-menantu ler.. (harga ni utk MIL aku jer tawww !! jebat yang letak harga tu..lagipun kos beli coklat duit dia..hehehe)

Coklat dengan inti badam.

Lolichoc - untuk anak2 ler..




Ceritaku: Tahun ini ada tahun pengenalan untuk coklat aku. So aku bagi harga murah la sikit..kengkonon nk promosi ler.. tapi lepas ni, aku akan ikut harga yang macam biasa yg ditetapkan oleh rakan penjual coklat yang lain....kang marah plak kengkawan aku yang jual coklat, takut deme sangka aku nk potong bisness diorang...Sori yer Rozaida, Zarina..aku ni masih baru dan tak tau harga coklat. Ni pun rujuk kat kome harga coklat ni...

Khamis, 26 Ogos 2010

Tempahan Dah Siap


Salam...rindunyer kat blog aku ni.. tiga hari menyepi, bukan pegi mana pon, tapi terperok cerok dapur tu, siapkan 1500 bijik sekut raya yang ditempah. Masa entri ni ditulis, aku baru jer siap kemas dapur tu. Paling banyak order ialah biskut tart gulung bluebery kat atas tu, dapat 1000 biji tempahan dari sepupu aku di Syah Alam. Esok baru nk delivery. Hari ni dh tak larat dh...


Biskut tart bunga. Skang orang dah tak nk tart nenas gulung. Diorang nk fesyen baru plak.

Biskut Arabian Night. Kalo dulu dipanggil biskut suji arab. Tapi sekarang dimodenkan dengan letak pelbagai warna.

Dan... inilah yg special.Setiap tempahan biskut, tak kiralah 50 bijik ker, 100 bijik jer, akan mendapat coklat dengan PERCUMA.. (hehehe..promosi ler sikit produk terbaru aku ni

Tapi, sapa yang order coklat, idak ler dapat coklat, tp dapat Blueberry Cheese Tart. Bagi yg order dalam kotak, akan dapat percuma Potpouri. Itulah dia promosi terkini dari dapur aku...Cewah !!!!






Ceritaku: Esok kena siapkan 1000 pcs tempahan coklat plak untuk sepupu Jebat di Hulu Langat. Lepas tu plak siapkan oreo choc oleh mak mertua aku. Haaiiiii..nampaknyer hari2 lepas bersahur jer terus ngan projek sekut dan coklat. Tak leh nk tido dah...

Isnin, 23 Ogos 2010

Kuih Ee


Ni dessert SEMALAM yer..bukan buat hari ni...
Malas nak ke pasar ramadhan, so kita buat dessert yang simple2 jer. Hari tu nampak kuih ni kat rumah CikManggis. Terus tergoda. Semalam baru dapat merealisasikan keinginan itu. Cewah !!!

Ni sebenarnya chinese dessert.Pernah gak tengok dalam rancangan masakan cina. Betullah kata akak CikManggis, rasa hirisan halia bergabung plak dengan rasa manis gula tu..wallah...mmg best..Tak sedar diri makan. Terima kasih akak CikManggis.

Ingredients
•250g glutinous rice flour
•230ml water
•Pink and red colouring

Syrup:
•200g sugar
•1,200ml water
•3 pandan leaves, knotted
•2 thin slices of old ginger

Method
>Put glutinous rice flour in a basin. Make a well in the centre, add water gradually and mix until a soft dough is formed. Divide dough into 3 equal portions.
>Leave 1 portion uncoloured, add pink colouring to another, and red to the other.
>Roll each portion out into a long strip, then pinch off small, equal portions; roll each small portion between the palms of both hands to form round balls.
>Bring the water to a boil and add the balls. When the kuih ee is cooked, they will float to the surface. Remove the balls with a wire mesh ladle or slotted spoon and drop into a basin of cold water; leave to cool, then drain.

To make syrup:
>In a large saucepan, mix water and sugar and bring to a slow boil. When the sugar dissolves, add pandan leaves and ginger slices.
>Boil over low heat for 5 minutes, then add the cooked kuih ee. Bring the syrup to a boil, remove from heat, and serve as a hot or cold dessert.

Note
For a change, serve the glutinous rice flour balls with chilled fruit cocktail.



** Lain kali boleh buat lagi dessert ni. Tapi aku nk ubah sikit.Nk letak inti plak kat dalam bebola tu. Mungkin inti kacang merah kot. Lebih sedap...

Sambal Tumis Udang + Petai

Salah satu lauk untuk berbuka petang ini. Peberet Along sebenarnya. Bulan puasa ni lebih suka masak lauk kegemaran anak2 (macam bagi semangat untuk diorang berpuasa laaa...) Si Irfan masih puasa setengah hari. Kesian, tak tahan perut.

Rasanya sume pandai buat sambal tumis kan. Tapi memandangkan ada adik2 dan seorang kawan aku yang sentiasa skodeng blog aku untuk cari resipi, aku letaklah jugak resipi sambal tumis ni. Untuk Sharmini, rajin2 memasak yer.

Bahan-bahan
•Lebih kurang 300g Udang
•1-3 keping petai - di kopek
•4-5 ulas bawang merah kecil
•6-7 sudu besar cili kering mesin - boleh kebih/kurangkan
•Seketul kecil belacan
•Sedikit asam jawa
•1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal bulat
•Garam, gula, perasa

Cara-cara
1.Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
2.Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
3.Hidangkan.




Ceritaku: Dah malas plak nk ke pasar ramadhan. Asyik2 beli benda yang sama jer, balik-balik tepung pelita dan murtabak. Sampai pakcik jual kuih kat flat tu pun dah kenal aku. Malu plak..mesti dia kata aku malas nk buat kuih (mmg malas pon..hahaha....)

Ahad, 22 Ogos 2010

Tau Hu Far Gula Melaka

Salam... hari ni buat tau hu far plak. Ni request dari hubby. Orang sakit ni mmg macam2 nk makan. So layan jer lah...
Aku dh selalu buat tau hu far ni. Kengkadang malas nk entri kat sini, takut orang termuntah plak tengok hari2 aku buat mende yang sama.

Bahan-bahan
-300 gm kacang soya -rendam semalaman
-12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
-1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
-2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
-1/2 gelas air suam

Cara-cara
-Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
-Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
-Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
-Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
-Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
-Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
-Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
-Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

>>Sapa yang nk kelainan, boleh gantikan dengan perisa pandan/strawberi atau jagung. Sukati lah yer...yang penting boleh makan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Popia Goreng Sedap

Tiap kali ada party/open house, mesti buat popia goreng. Ini jer yang senang. Kalo tak buat, mesti tetamu tanya (jiran2 aku ler..) Ada yang cakap, sos cilinya sedap, dan ada pula cakap inti popianyer special. Entah ler...

Kali ni buat popia goreng special plak untuk berbuka. Kalo karipap special ada telur rebus kat dalamnya, popia special plak ada crabstik kat dalamnya. Mencari kelainan..

Inilah bahan2 untuk membuat popia goreng special ni.

Bahan-bahan
-kulit popia secukupnya
-sengkuang-diparut halus
-taugeh
-karot-disagat halus
-udang kering-disangai dan ditumbuk halus
-kacang tanah goreng-tumbuk halus
-bawang goreng
-gula, garam,perasa

Cara-cara
-sengkuang, taugeh, dan karot di celur sebentar. Perah sedikit untuk keluarkan airnya (ni untuk elakkan popia cepat lembik/lemau bila dh masak. Kalo diperah keluarkan airnya, popia akan kekal rangup dan garing dalam tempoh 2-3 jam...insyaalah...)
-Campurkan semua bahan2 lain, dan siap.

-Letak sedikit inti popia di atas kulit popia. Letakkan crab stik.
-Gulung popia tadi
-Gamkan dengan kuning telur
-Siap dan bolehlah digoreng.

Untuk sos popia
>3 sudu besar cili kering kisar
>1 ulas bawang putih
>1 sudu besar gula
>1 sudu besar gula perang/merah
>1 sudu kecil cuka
>1 sudu kecil sos ikan
>sedikit garam
>tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
>bijan dan kacang tanah tumbuk* untuk ditabur di atas kuah

Cara-cara
Kisar semua bahan2 kecuali bahan *
Rasakan garam dan gulanya
Panaskan sekejap di atas api
Tambah tepung jagung untuk pekatkan kuah
Akhir sekali, bolehlah ditabur dengan bijan dan kacang tanah.


Inilah dia rupa isi perut popia ni. Enak dimakan panas2.

Air Gembira

Dua tiga menjak ni asyik nk posting air jer.. itu yg menarik pun dan ingin dikongsi bersama rakan blogger sekalian. Kali ni minuman istimewa diberi nama Air Gembira.

Best air ni. Mmg gembira lah bila minum. Amik dr rumah Hazila. Thanks Zila.



Bahan bahan
1 tin air perisa strawberry (soda)
Aiskrim perisa vanilla
ice cube
sedikit cincau

Cara cara
1. Masukkan ice cube dalam gelas, tuang air tin. Scoop aiskrim ke dalam gelas.
2. Taburkan cincau yang telah dipotong halus.
3. Sedia untuk dinikmati.



Rugi sapa tak cuba. Mmg sedap !! Ala float gitu.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Teh O Laici

Salam...kat rumah kami ni mmg hari2 buat air teh O. Stok teh plak ada macam2, ada teh bunga, teh rose, teh hijau dan teh dengan pelbagai perisa spt markisa, lemon dll

Buka puasa semalam, kami minum teh o laici.Beberapa tahun lepas tgk rancangan Chef Diva Erra Fazira kat Astro. Dia buat teh ni. Tapi masa tu idak ler aku praktikkan plak. Hinggalah kini, dah tak tau nk buat minuman apa untuk berbuka.

Mcm mana nk buat?? senang jer. Bancuh la air teh o macam biasa. Pas tu campurkan laici dan jusnya sekali. Kacau rata dan tambah ketulan ais. Siap



Lepas ni nk buat air apa plak yer???

Selasa, 17 Ogos 2010

Cincau Soda Bandung



Kami memang suka minum soda bandung. Kali ni tambah plak nk cincau. Apa rasanyer ek?? emmm... sedap !!! tak percaya? CUBALAH !!

Bahan-bahan
-aiskrim soda
-susu cair
-sirap ros
-gula
-cincau-dipotong halus

Cara-cara
-Pertama, buat air bandung dulu.
-Pas tu campur dnegan aiskrim soda
-Masukkan cincau ke dalam gelas
-Tuang air soda bandung
-Tambah ais batu
-Siap



Isnin, 16 Ogos 2010

Nothing Special

Hari ini tak ada lauk special mahupun kuih/pencuci mulut. Aku masak 3 jenis ni jer. Mood malas dah melanda. Jap lagi kenalah keluar ke pasar ramadhan mencari kuih untuk Along. Kesian plak kat dia. Takkan makan ni jer. Kang takde semangat nk puasa penuh.

Sup ayam. Idea datang last minit jer. Nk masak kari dh jemu, nk buat masak lemak cili api kang anak2 takleh makan. So buat sup jer lah. Boleh masuk sume tekak, termasuk Ryan. (hah? Ryan dh makan ker? sikit2 la, lenyek ubi kentang, karot bagi dia makan. Makan nasi lauk asam pedas tu belum la lagi..kahkahkah...)


Sambal ikan merah. Alahai..ikan lagi.. apa nk buat. Takkan nk buang plak ikan2 yang ada dalam freezer tu. Kalo buat sambal cenggini laku la sikit.

Sayur taugeh ni aku beli kat Pasaraya pagi tadi, berdua jer ngan Ryan kami merayap ke pasaraya. Aku letakkan dia dalam stroller dan sebelah tangan lagi kendong bakul. Agh..apa kisah..janji merayap..hehehe

Ahad, 15 Ogos 2010

Katlik Daging Bersos

Salam semua... dh ready ke untuk berbuka. Mesti banyak lauk kan. Ni lauk paberet aku dengan arwah abah. Kalo mak masak, mesti buat lebih. Dapat makan sampai 2 hari/sampai muak. Tapi tak pernah jemu pun sbb sedap.




Meh tengok resipi.
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar-dicincang
1 biji telur
1 tangkai daun sup -dicincang
1 tangkai daun bawang- dicincang
1 sudu kecil mix spicies*
2 sudu besar minyak sapi
gula, garam, perasa
sedikit tepung gandum

-Gaulkan semua bahan2 dan kepal menjadi bebola kecil. Panaskan minyak dan goreng sampai masak/garing. Toskan

bahan sos
3 ulas bwang kecil
1 inci halis
(kedua bahan ini ditumbuk halus)
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
gula, garam, perasa secukupnya

Cara-cara
tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili kisar
tumis lagi dan masukkan sos
boleh tambah air
masukkan gula, garam , perasa (lauk ni kena ada rasa manis2)
akhir sekali masukkan bebola daging tadi.
Gaul rata dan siap


Buah Melaka


Inilah kuih paberet Hang Jebat. Tau ler orang Melaka, nk makan pun buah Melaka. Abis tu orang negeri Sembilan, Johor...takde kuih dengan nama negeri ke?? hehehe....

Balik dari pasar ramadhan, kami merempit jap ke kedai runcit, beli kelapa parut. Jebat dan Along teringin nk makan buah Melaka. Memang tiap kali bulan puasa, diorang akan request kuih ni. Alaa...bukannya susah nk membuatnyer..cuma malas dan rajin jer.. Sib baik hari ni aku 'ter-rajin sikit...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bubur Lambuk Kampung Baru


Ni sebenarnya projek yang tak dirancang, gara2 ter'ngences' tengok bubur lambuk kat rumah Kak Intan. Nk keluar merayap sampai ke masjid2 sini mmg tobat ler..apatahlagi ke Kampung Baru.. kucing tumbuk tanduk pun memang tak akan sampai sana punyer...


Resipi ni aku dapat dari sini, setelah menggoogle dari beberapa blog dan laman web.

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan


Pukul 2 tadi, kawanku Ida ada datang rumah. Dia on d way balik Melaka, singgah umah aku kejap nk beli ikan tilapia, katanya nk buat kukus. Sempat jugaklah bagi bubur lambuk sikit kat dia. Entah apa la rasanya. Masin ker, tawar ker.. Untuk orang2 Jasin, kalo tak sedap tu, diam jer lah yer...hehehe....

Kerapu Tiga Rasa


Lauk pertama hari ni dh siap. Pepagi tadi dok skodeng kat rumah kengkawan..akhirnya jumpa jugak satu resipi. Kebetulan bahan2 pun ada.Sebelum ni pernah makan kat kedai jer lauk ni. Kali ni buat sendiri plak..Senang jugak cara membuatnya.


Resipi amik kat rumah Dayangjack.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal (digoreng hingga masak), aku guna ikan kerapu
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
10 biji cili padi (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
Hidangkan.

Air Cendanakasih


Salam...jangan terliur plak tengok air ni yer.. Sabo... kang dh nak berbuka bolehlah buat yer...




Waktu berbuka kat rumah ni memang diorang nk air yang sedap. Jenuh gak nk mencipta minuman yang sedap dan sekaligus dapat menghilangkan dahaga.

Ni variasi air soda bandung + laici kang. Cuma takde laici jer..tak sempat nk letak. Malas dh nk tebuk tin laici tu.

Bahan-bahan
-aiskrim soda secukupnya
-air sirap
-susu cair
-cincau
-selasih
-kembang semangkuk

*campur semua bahan dan sejukkan. Masa menghidang, bolehlah tambah ais batu kalo suka.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Gulai Kacang Kelo + Ikan Masin

Salam...korang pernah tengok/makan/rasa KACANG KELO tak? aku pun tak brapa tau nama saintifik menatang ni, tp kacang ni memang kesukaan kaum India. Ada yang panggil batang Ramunggai. Entah ler...

Dah lama nk makan lauk ni, tp menunggu kacang kelo tak berjumpa2. Dah lama aku simpan tulang ikan masin ni. Tiap2 minggu pegi mencari kat pasar malam hari Ahad Bandar Kinrara tu, tapi masih tak berjumpa.

Hinggalah pada suatu hari...jumpa jugaklah kcang ni. Itupun kat pasar malam kat umah mak mertua aku.

Inilah rupanya kacang kelo tu. Aku gulaikan dengan ikan duri masin. Boleh jugak digulaikan dengan ikan sardin tin, ikan biasa dan dibuat dalca. Sesetengah orang tu, buat gulai semata2 kacang kelo ni pun ada.Terpulanglah pada citarasa seseorang tu. Kalo ngan daging buaya boleh tak?? kahkahkah

Kacang tu kena disagat dulu kulitnya (mcm yang aku buat kat atas tu...) lepas tu potong pendek. Kemudian, bolehlah masak macam biasa.

Hari ini aku gulaikan dengan ikan masin. Campur sedikit kentang dan karot. Resipi kari ikan masin korang dh pandai kan...




Khamis, 12 Ogos 2010

Roti John Kurma Ayam dll

Salam... Juadah hari ni simple jer. Ada kurma ayam untuk anak2. Untuk tekak orang tua, buatkan pajeri nenas. Sambal tempe tu buat tambah2 lauk. Dah lama tak makan tempe.

Malas plak nk beratur kat pasar ramadhan tu. Jadi masuk Maidin, beli roti sosej, balik umah buat roti john. Puas hati.

Kurma Ayam, lauk kegemaran anak2. Sesekali buat kurma, laku jugak.

Pajeri Nenas. Nak lawankan dengan kurma ayam tu. Kalo pekena ngan nasi minyak lagi best rasanya. Tapi idak ler rajin nk masak nasi minyak... kalo nasi tuang minyak boleh ler..kahkahkah...


Sambal tempe. Lama dh tak makan tempe

Ikan pekasam, ni utk aku jer...