Selasa, 31 Ogos 2010

Strawberry Stick Cookies


Salam... hari ni buat sekut lagi. Ni sekut raya baru. Asalnya sekut ni takde inti kat dalamnya, tp aku letak jem stoberi untuk lebih rasa sedap.

Bahan-bahan ( 60-80 biji bergantung pada saiz )
BAHAN A
250gm mentega
100gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu kecil pes strawberry
1 sudu kecil perwarna pink/merah

BAHAN B
350gm tepung gandum
20gm tepung kastat
40gm tepung jagung
30gm tepung beras
1/8 sudu kecil emplex
30gm susu tepung

BAHAN C
Coklat perisa strawberry
Jem strawberry (jem utk buat tart-boleh dibeli dikedai menjual barang2 kek/biskut
Kelapa parut kering (dlm tin)

Cara-cara
1.Putar Bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B ke dalam mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut
2.Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti strawberry ke dalamnya. Kemudian tutup kemas.
3.Gelekkan menjadi jejari panjang.
4.Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.
5.Biarkan sejuk dan kemudian celupkan biskut ke dalam coklat strawberry yang telah dicairkan.
6.Golekkan atas kelapa parut kering agar menyeliputi seluruh biskut.




Ceritaku: Ni biskut untuk rumah aku ler..bukan dijual pun. Dan tempahan biskut/coklat SUDAH DITUTUP...sebabnya aku nk kemas rumah plak. Dah macam kapal pecah tu...MAAF...untuk order coklat, lepas raya lah yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡