Jumaat, 13 Ogos 2010

Gulai Kacang Kelo + Ikan Masin

Salam...korang pernah tengok/makan/rasa KACANG KELO tak? aku pun tak brapa tau nama saintifik menatang ni, tp kacang ni memang kesukaan kaum India. Ada yang panggil batang Ramunggai. Entah ler...

Dah lama nk makan lauk ni, tp menunggu kacang kelo tak berjumpa2. Dah lama aku simpan tulang ikan masin ni. Tiap2 minggu pegi mencari kat pasar malam hari Ahad Bandar Kinrara tu, tapi masih tak berjumpa.

Hinggalah pada suatu hari...jumpa jugaklah kcang ni. Itupun kat pasar malam kat umah mak mertua aku.

Inilah rupanya kacang kelo tu. Aku gulaikan dengan ikan duri masin. Boleh jugak digulaikan dengan ikan sardin tin, ikan biasa dan dibuat dalca. Sesetengah orang tu, buat gulai semata2 kacang kelo ni pun ada.Terpulanglah pada citarasa seseorang tu. Kalo ngan daging buaya boleh tak?? kahkahkah

Kacang tu kena disagat dulu kulitnya (mcm yang aku buat kat atas tu...) lepas tu potong pendek. Kemudian, bolehlah masak macam biasa.

Hari ini aku gulaikan dengan ikan masin. Campur sedikit kentang dan karot. Resipi kari ikan masin korang dh pandai kan...




3 ulasan:

  1. salam tn umah
    thanx singgah blog sy...Ya Allah sedapnya kcg munggai tuh dah lama xmkn...suka ngat kcg tuh buat dalca...

    BalasPadam
  2. Munggai...me selalu buat gulai munggai ngan udang...rebus kacang dal dulu then boh serbuk kari..last tumis darat bwg...sedapppp..!!! tapi sapa2 yg ada angin hahahaha ni mmg 'ubatnya' lah...kompom lepas tu sakit2 badan...

    BalasPadam
  3. salam...kekenyangan ke?hehe cm suka sangat gulai ikan masin tak kiralah campur munggai ke ,nenas ke..memang sedap:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡