Sekarang dapatlah menarik nafas lega, tempahan semua dh dihantar, dan skang ni tumpu persiapan untuk raya plak. Ni projek sekut raya ngan anak dara aku tu. Disebabkan untuk makan2 keluarga, aku bagi ler dia tolong (setakat sapu kuning telur atas biskut dan tabur badam jer. Dia beria2 sangat nk tolong. Nasib baik si Ryan tengah tido. Dapatlah dia tolong )
Resipi (boleh dapat sampai 80-100 biji biskut, bergantung pada penerap laa...)
Bahan A
250gm mentega
40gm shortening
120gm gula aising
1/4 st esen vanila
Bahan B
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastat
Bahan C
60gm serbuk badam
40gm kelapa kering
Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan C
Uli hingga menjadi doh
Rehatkan selama 1/2 jam kemudian barulah dicanai/terap dengan acuan kesukaan
Sapu kuning telur, taburkan almond nibs
Bakar 150'C selama 20-25 minit
*Resipi ni aku dapat dari blog masakan jugak. Tapi tak ingat blog sapa. Sebaik saja nampak, terus salin dalam buku. Tapi resipi asal menggunakan gajus, tapi aku ganti dengan badam.
Ceritaku: Minggu ni banyak masyuk duit, tapi keluar duit pun banyak. Tak sanggup nk kira....sebab minggu ni aku dh sambar satu flat skrin dan GPS idaman ku. Mmg kumpul duit nk beli benda tu pun. So... AKU PIKIRLAH SENDIRI !!!
Salam kak noorma,
BalasPadamapa khabar kak? berderet biskut kak noorma. biskut badam ni nampak sedap. saya berkena juga dgn tart blueberry tu. rasa nak buat juga.
Nurindah- yer,,biskut badam ni mmg sedap, ada rasa kelapa dan badam..masuk mulut jer terus cair..kami sekeluarga dh cuba lepas berbuka semalam.. dah settle setengah balang...
BalasPadam