Hari ni CKak blur nak masak apa. Hari-hari makan nasik pun boring gak. Fikir punya fikir, selak segala buku resepi, jumpa la ayam korea ni. Lama juga tak buat. Ok, onzzz !
Mula-mula, kalian kena buat sos koreanya atau Sos Gochujang. Kalau malas nak buat, boleh beli di Aeon di bahagian makanan Jepun.
Resepi sos gochujang halal
- 1 senduk tauchu di kisar halus
- 3 senduk tepung pulut
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan serbuk cili babas
- 3 senduk senduk madu
- 1 senduk sos tiram
- 1 senduk kicap manis
- 2 sudu gula pasir
- 1 sudu garam halus
- 2 biji balang saiz sederhana
Cara buat sos gochujang halal.
- masukkan tepung pulut bersama tauchu di kisar ke dlm periuk atau kuali. Jgn hidupkan api lagi
- masukkan air dan kacau sebati, selepas tu masukkan madu & gula
- hidup kan api sederhana pelahan sambil
Gaul2 sebati masukkan sos tiram dan
kicap manis
- masukkan garam dan kacau hingga mendidih likat kuah sos gochujang
- sejukkan dan masukkan kedalam balang
Bahan bahan perap ayam :-
- 15 ketul sayap / drummet dicuci bersih
- halia di tumbuk halus
- bawang putih 5 ulas ditumbuk halus
- serbuk lada hitam 1 sudu
- garam 2 sudu kecil
Cara :-
- gaul sekata dan perap selama 15-20minit
Bahan utk goreng ayam :-
- Telur ayam 2 biji
- Semangkuk tepung bestari pedas
Cara mengoreng :-
- Celup ayam yg diperap ke dalam telur & sadur dengan tepung bestari
- Goreng dgn api sederhana besar ( supaya minyak xmenyerap dlm tepung )
- angkat dan toskan minyak apabila ayam sudah masak garing kekuningan.
********************
Bahan utk mengaul:-
- hirisan halia 1 inchi
- hirisan bawang putih 3 ulas
- hirisan cili api 3 tangkai ( option kalau suka pedas )
- 3 sudu minyak masak
- 3 senduk sos gochujang
- satu sudu bijan
- air 1 senduk
Cara memasak & mengaulkan ayam bersama sos gochujang:-
- panaskan kuali dgn api sederhana, masukkan 3 sudu besar minyak
- masukkan hirisan halia dan bawang putih...
- tumis naik bau, masukkan sos gochujang 3 senduk, masukkan air 1 senduk.
- Gaul2 dan masukkan hirisan cili api dan gaul sebati
- masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul sebati
- angkat ayam yg telah bersalut sos gochujang kedalam bekas, dan taburkan bijan diatas ayam..
Ok, bila ayam dah siap, kita ketepikan dulu. Nak makan dengan apa yer? nasi dah boring, so kita makan dengan mee ramen.
Ramen ni Ckak buat tak pedas pun. Kalau nak dibandingkan dengan yang dalam cup tu memang pedas nak mati. Hehehehe.... Ni tumis bawang putih bersama minyak bijan, masukkan gochujang sos sikit, kemudian tambah la sesedap rasa segala sos tiram dan kicap. Kang tak hitam, anak-anak akan pertikaikan plak 😛 Ok..siap. Tak perlu sotong, udang ayam bagai sebab kita nak makan dengan ayam korea tadi.
Bagi yang nak share resepi di FB dan socmed yang lain, silakan, tp beri kredit kepada yang empunya gambar. Ini pakai ambil jer, pastu claim gambar dia.
Ilham Resepi, Buku Resepi, Koleksi Resepi Kuih Muih, jadilah admin yang bertanggungjawab !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡