Isnin, 28 Disember 2020

Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum !

Inilah menu yang sering CKak order bila lepak mamak 😛 hahaha. Tapi kan, bukan semua kedai dapat jual mee goreng mamak yang sedap. Dulu ada satu kedai mamak di Taman Kota Cheras. Ckak suka mee goreng dia. Sekarang ni plak Mee Goreng dari restoren Miraasa Taman Puncak Jalil. Kedai lain kureng kick.


Kadang-kadang bila kerja banyak, Ckak suruh jer si along gi tapau Mee Goreng. Tapi makan depan pc ni agak bahaya. Perut tengah lapar, dan kerja yang menimbun memaksa kita habiskan mee goreng tanpa sedar 😜

ok lah...kat sini Ckak share resepi mee goreng mamak dari arwah Mamak Haji. Alfatihah buat Mamak Haji yang tak lokek kongsi resepi hinggalah ke akhir nafasnya.

RESEPI MEE GORENG MAMAK
.
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:
.
Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai.
.
RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
.
Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
.
Selamat Mencuba 😘 ~~
.
credit:Mamak Haji-Original


 
 
Ok lah, sampai sini dulu. Selamat Mencuba !

1 ulasan:

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡