Hari rajin CKak, ada apam beras untuk makan-makan depan tv sambil tengok ulangan drama-drama Kampung Pisang 😛 hahaha
Sebenarnya CKak suka mencuba pelbagai resepi apam. Kali ni lain pula resepinya
Apam Beras
Bahan-bahannya:
1 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg beras cap teratai.
1 1/4 cawan air (satu + satu per empat cwn air)
3/4 cwn gula
1 sudu kecil mauripan
1 peket eno biru
Kisar nasi, gula dan mauripan bersama air hingga halus.
Tuang dalam bekas besar. Letak tepung kacau sebati. Perap hingga nampak naik atau berbuih.
Kacau-kacau hingga buih tu turun, tuang eno sampai habis. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Biarkan.
Masak air kukusan hingga naik wap. Sebelum kukus, kacau-kaca dulu, tuang dalam acuan. Kukus selama 10 minit.
Selamat mencuba!
Ikut kreativiti lah korang nak warnakan apam ni yer. Ckak suka 2 warna. Dan kalau tak mahu letak dalam bekas berbunga ni pun boleh. Masuk jer dalam bekas lompang.
Hanya
ini sahaja yang dapat diselamatkan. Kalau buat kuih dan si tahu,
kejap-kejap dia akan ke dapur, belum sempat sejuk dia dah ambil 1, bawak
ke depan dan kemudian makan. Adik-adik pun tengok dan ikut jejak
langkahnya. Di suruh belajar buat tak nak plak. 😩 Adoiii siapalah nak
kawin dengan anak aku ni? 😥
Ok..sampai sini dulu. BYE !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡