Isnin, 18 Januari 2016

Asam Rebus Keladi

Salam... hari isnin ni bukan saja pekerja2 sektor awam dah swasta jer yang bad monday, tp surirumah juga yer....biasanya takde mood nk masak lauk gempak2 sbb sabtu ahad dah masak special kan... hahahahah... 

Hari ni CK masak sardin jer... (fuh..lama gak tak masak ikan kurung ni...hahahaha) Dilawankan dengan asam rebus batang keladi dan daging goreng kunyit...Udah ler.... 





















Ni style CK masak la asam rebus keladi ni yer...Kedah Style...negeri lain den tak tau yo... hahahahaha

Bahan-bahan
Keladi-dibersihkan, dan direbus sekejap
(utk hilangkan gatal/miang keladi, semasa merebus keladi, letakkan asam keping atau pinang yang diracik...setelah keladi empuk, keluarkanlah pinang dan asam keping tu)
ikan bilis (ditumbuk kasar2)

Ditumbuk bersama
bawang merah
cili kering
kunyit serbuk
bijik ketumbar
sedikit belacan

Bahan lain
serai-diketuk
daun kesum
bunga kantan (kalo suka)
asam keping
garam, perasa

Cara-cara
masukkan semua bahan2 kecuali keladi. Masak hingga mendidih. Last skali, barulah dimasukkan keladi, dan tunggu hingga mendidih sekali lagi. Tambah garam dan perasa secukupnya, matikan api adn siap !!!


snap gambar time nk makan jer.... hahaha
























Daging goreng kunyit utk anak2 ku



Siap, hidangan makan tengahari, membawak ke malam utk hari isnin yg malas... hahahahaha 



BYE!! 

Khamis, 14 Januari 2016

Mee Celup

Salam 

CK mmg suka makan mee/bihun/kuetiau celup. Kalo tak buat kat rumah, ke kedai tomyam pun, inilah pilihan utama. So kali ni kita share plak la respi mee celup ni. Moga boleh dijadikan hidangan sewaktu rakan-rakan datang bertandang ke rumah nanti. 

 Mee Celup
Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuetiaw 
lobak jeruk ikan bilis goreng kangkung kacang tanah tumbuk garam gula perasa limau nipis bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

bahan-bahan sup :
perut lembu
daging lembu
rempah sup
Cara:
terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Cara-cara menyediakan mee celup :
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis. Sedia dihidangkan.























Ok...sampai sini dulu

Selasa, 12 Januari 2016

Homemade Kuetiau

Salam...apa khabar?

Hari ni CK goreng kuetiau untuk bekal dan sarapan anak2 dan suami. Tapi kali ini agak special, sbb kuetiaunya CK hasilkan sendiri. Haaaaa...best kan...tak perlu diragui lagi


OK..mari semak resipinya

Bahan-bahan
2 setengah cawan Tepung gandum
1 Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur
1 Cwn Air (air ni agak2, jangan curah semua)
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama kuetiau
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kuetiau

Caranya: 
1.Satukan semua bahan tepung bersama  putih telur, garam dan air
Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.
 *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.
Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kuetiau menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.
Ketebalan kuetiau sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuetiau
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan kuetiau yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kuetiau akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan kuetiau dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit
Kemudian toskan kuetiau hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya kuetiau tidak melekat.
Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba. 


Untuk pagi ni CK buat kuetiau goreng kerang la dulu. Nanti buat charkuetiau plak


OK..sampai sini dulu....











Isnin, 4 Januari 2016

Donut Gebu Tanpa Uli

Salam... 

Hari ini, pasti semua ibu-ibu sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Tapi anak-anak CK semuanya dah besar, tak perlu lagi nak menjengah ke sekolah atau tadika. Diorang pergi dan balik sendiri dengan van/bas sekolah.

Hari ni mcm teringin jer nak makan donut... kesnyer selepas tgk donut viral 10sen kat FB tuh. Ada gak ajak Jebat ke Cheras untuk beli donut tu, tp kami tak tau lokasinya di mana, walaupun ada diberikan trademark "baitulmal cheras" Takpe laaa...takde rezeki

Bila boring, main FB, nampak plak satu resipi donut yang dikatakan tidak perlu diuli. Tengok bahan-bahannya pun mudah jer...so apa lagi...jalan la projek Donut


DONUT GEBU TANPA ULI
BY Che Eda
daridapuraida blogspot.com
Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

 Kebetulan, masa CK elok jer nk mula buat donut ni, kawan Jebat call, kata nak datang rumah... so rezeki dia lah... habis 3 bijik dia makan... hahahahaha....






















The best la donut ni, tak banyak bahan, dan hasilnyer...wallah.. gebus gebas....   tapi kan, untuk menghasilkan donut yang lembut sampai ke petang, serta tidak serap minyak, ada kaedah dan tekniknya. Nanti CK cerita yer... 



Sabtu, 2 Januari 2016

Swedish Meatball with Lingonberry Sauce

SALAM


Ck buat lagi peberet food ni..almaklum la kan...orang Atkins tak makan karbo...hehehehe.... tp ni bukan versi Atkins pun.. saja la enjoy makan mende2 sedap gini...




BAHAN-BAHAN MEATBALL
500 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
1 sudu besar mentega(*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar atau 
mixed spices
1/3 sudu teh serbu
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu besar bread crumb – kisar halus
30 ml susu segar
1 biji telur


Cara-cara
1) Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
2) Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
3) Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.
k kayu manis
1/3 sudu teh gula
Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.




Bahan-bahan kuah
lebihan mentega
2 cawan stok ayam
2 cawan krim whipping(*)
1 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada hitam
bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.
Boleh tambahkan jem lingon atau jem campuran buah-buahan bersama-sama kentang.
Pasti terangkat!


CK buat stok meatball ni banyak2 dan frozenkan...bila nk makan, senang...takyah nk keluarkan food processor segala bagai.


Sos Lingonberry tu jangan tanya CK respi nyer ek? sbb CK beli kat IKEA jer... hahahahaha.....