Sabtu, 25 Januari 2014

Kacang Phool dan Roti Perancis

Salam... sesekali makan sedap2 gini best kan !! ni CK buat minggu lepas kot... (opsss..tak ingat bila, tp bila seorang rakan bertanyakan resipi ni, baru CK teringat nk buat entri ni.. hehehe... ) 


CK dah pernah buat sebelum ni.. tp CK ni jenis nk cepat masak, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar tu CK gantikan dengan serbuk kari jer.. senang citer !! hahaha 

Bahan-bahan
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa



Cara-cara
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama 
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata (lembu, kerbau,sapi,badak) hahaha
Limau nipis 


Telur mata ni mmg tak bleh tahan...


Roti Perancis ni CK sapu dengan garlic butter dan bakar sekejap dlm oven...Mmg best la !! 



Ok...sampai sini dulu !! 

Isnin, 20 Januari 2014

Kek Kurma

Salam...

Kek Kurma ni terhasil apabila jiran CK minta buatkan kek kurma. Dan CK bgtau tak pernah makan apatahlagi buat kek kurma. Namun katanya pembuatan kek kurma lebih kurang kek pisang jer.. oh yer ke??
Dan CK pun terpandanglah kurma yang sunyi sepi jer dlm esbox tu. Ari tu sempat la buat puding roti kurma (tak sempat snap gambar dh abis)


 Bahan-bahan
1 cawan tepung naik sendiri + 1 sk baking soda*
1/8 cawan serbuk badam* satukan bahan * dan ketepikan
1 bj telur
1/2 cawan gula perang
15-20bj kurma (dibuang biji)
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar
setitis dua esen vanilla

Cara-cara
Masukkan  kurma, minyak jagung, susu segar dan esen vanila ke dalam blender dan kisar sampai halus
Pukul telur bersama gula perang hingga putih/kembang.
Masukkan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masukkan pula tepung sedikit demi sedikit.
Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 1 setengah jam.
**Boleh juga dibakar
**Serbuk badam tu sekadar bahan sampingan. Boleh digantikan dengan gajus, hazelnut dll. Taknak letak pun takpe.


Kek yang senang dan rasa pun sedap


 Jangan tanya lagi yer..dah abis pun



ok..sampai sini dulu

Selasa, 14 Januari 2014

Kek Gula Hangus Bersarang Semut

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam

Hari ni CK buat Kek Gula Hangus untuk minum petang. Asalnya dari si Jebatlah yang terpandang gambar kek gula hangus kat FB, dan katanya "sedapnyer...lama tak makan " Eh..bila masa plak CK pernah buat kek ni? oooo...baru teringat, dulu2 kakak CK rajin buat kek ni kalo kami semua berkumpul di kampung...


KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT 


Bahan-bahan
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama satu jam atau sampai masak

**tips: 
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...

2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi 

masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....

3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya) 



Kek ni CK cuma perap 1 jam jer sbb dah pukul 1 tengahari baru berpeluang bukak FB, kemudian terpandang plak gambar yang CK share di wall..fikir punya fikir (sbb takde mende untuk digigit waktu petang nanti, tambah plak anak2 cuti sekolah) maka CK terus jer la ke dapur (selangkah jer) dan mulakan operasi. Kek ni sepatutnya diperap selama 3-4 jam, tp CK cuma perap 1 jam jer... kemudian kukus...alhamdulillah..sarangnya tetap menjadi.


Puas my Jebat makan.. suka tengok.. dari seketui ke seketui...dan pinggan pun licin...alhamdulillah...hehehehe....



Sabtu, 4 Januari 2014

Aneka Bun yang lembut

Salam.. 

Meroti lagik?? yer.. kat rumah ni kalo bleh, hari2 nak meroti.. anak2 suka makan roti (buat masa sekarang laaa ) esok lusa dah jemu, sure takmo dah


Seronok sebenarnya meroti ni...boleh buat pelbagai jenis bentuk... tp hari ni CK malas nk main2 dgn adunan tu... utk roti kacang merah ni, CK buat bentuk bunga jer.. jadi laaa...


Roti kacang merah dan roti sosej. 


Untuk kali ini, CK cuba resipi ni plak

Resipi
500gm tepung roti
250ml air sejuk
80gm marjerin/butter
1 bj telur A saiz - dipukul ( keluarkan dlm 1 sb utk glis atas roti)
85 gm gula halus
30 gm susu tepung
1 paket yis (11 gm)
Optional : 4 gm bread softner
                4 gm bread improver

Cara-cara
Ni cara CK lah yer.. masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker, setting "dough" dan tunggu hingga siap.
Biar kembang dan tumbuk untuk keluarkan angin.
Bolehlah dibentuk dan diletakkan inti
biar naik sekali lagi sebelum dibakar dalam suhu 180'c selama 13 minit

 Roti bunga kacang merah

Chicken mayo bun 



Ok..sampai sini dulu...esok CK meroti lagi !! hehehe 

Rabu, 1 Januari 2014

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014

Entri pertama di tahun baru ini... CK buat apam gula hangus... cewahhh...azam baru nk lebih rajin tahun ni... hahahaha....


Bahan2
150g Gula Castor 
100ml Air panas 

70g Mentega ~ dicairkan 

75ml Susu cair 
1 biji Telur ~ dipukul sedikit 
150g Tepung gandum 
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak dengan tepung
Secubit garam ~ 
60g Gula Castor


Cara Menyediakan
1. Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit. Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan.
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk. Sementara tu bolehlah panaskan kukusan.
2. Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata. 

3. Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Jika adunan berketul2 boleh ditapis atau guna mixer dan putar hingga berkrim. 

4. Tuang dlm acuan kegemaran 3/4 penuh (yang telah dilengser dengan minyak masak) dan kukus hingga masak anggaran 13 - 14 minit (bergantung saiz acuan).



Adunan CK ni cair sikit kot, sbb tu bentuk acuan tu tak brapa nk menjadi...ntah laa...  Keluar jer dr pengukus, terus cungkil keluar...anak2 dah tak sabar nk makan


Apam ni super marbeles...tp bentuk jer tak brapa nk mengikut corak acuan...takpe...bukan nk jual pun :p