Isnin, 20 Januari 2014

Kek Kurma

Salam...

Kek Kurma ni terhasil apabila jiran CK minta buatkan kek kurma. Dan CK bgtau tak pernah makan apatahlagi buat kek kurma. Namun katanya pembuatan kek kurma lebih kurang kek pisang jer.. oh yer ke??
Dan CK pun terpandanglah kurma yang sunyi sepi jer dlm esbox tu. Ari tu sempat la buat puding roti kurma (tak sempat snap gambar dh abis)


 Bahan-bahan
1 cawan tepung naik sendiri + 1 sk baking soda*
1/8 cawan serbuk badam* satukan bahan * dan ketepikan
1 bj telur
1/2 cawan gula perang
15-20bj kurma (dibuang biji)
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar
setitis dua esen vanilla

Cara-cara
Masukkan  kurma, minyak jagung, susu segar dan esen vanila ke dalam blender dan kisar sampai halus
Pukul telur bersama gula perang hingga putih/kembang.
Masukkan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masukkan pula tepung sedikit demi sedikit.
Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 1 setengah jam.
**Boleh juga dibakar
**Serbuk badam tu sekadar bahan sampingan. Boleh digantikan dengan gajus, hazelnut dll. Taknak letak pun takpe.


Kek yang senang dan rasa pun sedap


 Jangan tanya lagi yer..dah abis pun



ok..sampai sini dulu

4 ulasan:

  1. Salam CK...baru kehabisan buah kurma..kalau tak boleh cuba..

    BalasPadam
  2. hehehe..takpe, kat mydin ada stok kurma..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ck namapk sedap kek ni moist jer

    BalasPadam
  4. Salam Mah, Nampak sedap jer kek ni..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡