Hari ni CK buat Kek Gula Hangus untuk minum petang. Asalnya dari si Jebatlah yang terpandang gambar kek gula hangus kat FB, dan katanya "sedapnyer...lama tak makan " Eh..bila masa plak CK pernah buat kek ni? oooo...baru teringat, dulu2 kakak CK rajin buat kek ni kalo kami semua berkumpul di kampung...
KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT
Bahan-bahan
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air
panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api
& cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali...
Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang
cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11
minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama satu jam atau sampai masak
**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh
biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm
rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik
koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...
2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar
telur kuning pecah n rata dah mencukupi
masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti
kek akan lembab n lembut....
3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu
sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada
sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena
tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)
Kek ni CK cuma perap 1 jam jer sbb dah pukul 1 tengahari baru berpeluang bukak FB, kemudian terpandang plak gambar yang CK share di wall..fikir punya fikir (sbb takde mende untuk digigit waktu petang nanti, tambah plak anak2 cuti sekolah) maka CK terus jer la ke dapur (selangkah jer) dan mulakan operasi. Kek ni sepatutnya diperap selama 3-4 jam, tp CK cuma perap 1 jam jer... kemudian kukus...alhamdulillah..sarangnya tetap menjadi.
Puas my Jebat makan.. suka tengok.. dari seketui ke seketui...dan pinggan pun licin...alhamdulillah...hehehehe....
Assalamualaikum CK aduh kek peberet ni rasa cam nak ngendeng jer sekeping dua...
BalasPadamlepas tertitik gula hangus kat tapak tangan..dua tahun dah kot, terus takut nak buat kek ni lagi...
BalasPadamsalam Ck..bertahun dah cikla baca blog ck...follow yer...nampak sedap sgt kek tu..nak buat pun sennag
BalasPadam