Rabu, 31 Julai 2013

Aneka Biskut Raya

Salam !! 

Mari, mari...mari tengok biskut raya...heheh.. ini sebahagian biskut raya yang CK buat untuk jualan, tapi biskut raya untuk rumah sendiri masih belum ada lagi... huh, cemmana tu?? makan sekut kering jer la...huhuhu...

Tart Nenas Tulip
 First time buat tahun ni. Asalnya CK tertarik pada bentuknya, dan bila ada jiran tempah tart nenas untuk dibuat hamper, CK saja la bagi biskut ni (asalnya dia tempah tart nenas gulung jer) 

Dan bila biskut dah siap,sebelah malamnya, CK saja la gatai2 tangan post kat FB .. pastu tido... esoknya, lepas bersahur → bukan FB → ALAMAK !!! ramainya customer dan kengkawan tempah biskut ni.. adoiiii....


Paling renyah buat biskut ni. 200 bj ambil masa 4 jam untuk siapkan..Dah naik hijau biji mata, nk termuntah, pening sume ada...  Jebat siap marah2 lagi.. katanya jangan ambik dah tempahan susah2 gini...hahaha.... tp bila siap dan hantar pada customer, semuanya berpuas hati dari segi rasa dan rupa bentuknya..katanya sayang nk makan

Ok...selain tart nenas tulip ni, ada gak tart nenas gulung, tart nenas daisy dan biskut2 lain. Meh tengok sebahagian daripada gambar yang sempat CK snap.

Tart Nenas Daisy

Tart Blueberry Gulung
ada juga tart strawberry gulung, tp gambar ntah ke mana

Samperit Pandan 

Pumpkin Delight

Red Pearl
Menduduki tempat pertama, biskut paling laris tahun ni. Entah brapa ratus balang, CK sendiri pun dah tak terkira. Setiap hari dekat seribu bijik jer yang CK larat bakar/buat... sib baik la jenis drop cookies, kalo terap sure pengsan kan...

Coklat cip
Selepas red pearl, coklat cip ni pun laris jualannya... sampai CK kena marah dengan customer sebab hantar awal biskut (bukan awal mana pun, lagi 12 hari nk raya) Kena marah sbb biskut yang dihantar telah selamat dimakan oleh anak2. So apa bleh buat, kena la repeat order. Dan disebabkan repeat order, terpaksa la CK buat walaupun dah tak mau terima apa2 tempahan... Adoii...inilah penangan biskut coklat cip CK tahun ni. Customer kata macam Famos Amos... hehehehe... apapun syukur sebab terima feed back yang baik. 

Selepas coklat cip, Mocha Crunchy (resipi ciptaan CK) pun laris jualannya, sampai tak sempat nk snap gambar. Opsss...bangkit cheese juga tak ketinggalan. Hinggakan CK terpaksa ulang dua tiga kali ke kedai bakery utk beli balang dan bahan keperluan lain.


Kesimpulan:
CK amat berpuas hati dengan jualan biskut pada tahun ini. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, syukur dengan kesihatan yang diberi dan syukur dengan kerjasama dari semua pihak baik keluarga, rakan2, dropship, dan pelanggan. Terima kasih semua...

Jualan drop cookis (red pearl, mocha crunchy, coklat cip) dibuka sepanjang tahun. Kalau tak sempat order hari raya ni, lepas raya pun bleh !!! 





Sabtu, 20 Julai 2013

Masak Lemak Lala dan Labu

Salam... lagi menu berasaskan lala...jangan jemu yer...hehehe...
Kali ini dibuat gulai lemak plak. Dah lama rasanya tak buat masak lemak ni (gulai paberet jebat). dan hari ini cubalah plak buat dengan lala (lebihan lala ari tu masih ada setengah kilo lagi)


Tak tau nk rencahkan dengan apa...akhirnya fikir punya fikir, CK letak la buah labu dalamnya... sesuai la dengan rasa manis2 labu dan lala tu kan..

Resipi? ala...tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan garam kasar..tumbuk sampai lumat, kemudian masukkan ke dalam periuk. Masuk sedikit air dan masak dulu bahan2 tadi sampai mendidih. Kemudian masukkan labu dan tambah santan cair..campak serai yang diketuk 1 batang....bila labu dh masak, baru masukkan lala dan santan pekat sikit.. perisakan dengan garam dan perasa... Jika suka, hiris dan tabur daun kunyit. Tapi CK tak letak sbb sayang kat daun kunyit tu. Nak pakai utk raya nanti...hehehe.....




Cerita hari ini la plak....

Akhirnya siap juga semua tempahan biskut dan sesudah subuh tadi, mula la men'delivery' ke Jalan Tun Perak KL. Tengok la gambar kat bawah tu..muat, padat dan sendat kak Timah si Jebat ni...sib baik la dia sporting, sanggup ambik cuti dan hantar tempahan2 ni.


masa balik tu, tanya jugak Jebat, berat tak muatan tadi? katanya boleh tahan jugak laaa...heheha.. sabo yer.. 



Dah selamat diletakkan di ruang stor pejabat. Ni Jebat tengah bukak semua kotak2 yang mengandungi biskut Tart Nenas, Popia Nestum, Almond London, Snow Almond, Red Pearl, Mocha Cruncy, Mazola dan Bangkit Cheese. 


Terima kasih kepada Karina (baju biru dalam gambar kat atas tu ) kerana memberi peluang kepada CK dan rakan2 untuk tambah rezeki syawal pada tahun ini. Diharapkan biskut2 semua selamat dihantar kepada client dan selamat dinikmati... insyaalah ada rezeki kita berurusan lagi yer !!!



Rabu, 17 Julai 2013

Lala Masak Kam Heong ♪ ♫ ♪

Salam...  selesai sudah mengerjakan ibadah puasa pada hari ke 8. Semoga diberi kesempatan meneruskan ibadah dibulan yang mulia ini. Amin !!!

Yaaa.. hari ini CK masak lalalalalalaa. Kegemaran anak2 rupanya. Ingatkan diorang tak reti makan..hahaha... Dan kali ini cuba resipi baru iaitu Masak Kam Heong. Nama macam masakan cina, tp dari segi bahan2 menjurus kepada masakan india...ermmm...cindia gamaknyer..hahaha...


Bahan-Bahannya
300 grm lala (dicuci , ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam,ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair , kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih. 
Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..


Ermmm...sedap lauk ni..habis dimakan oleh Jebat dan anak2. Tak sempat nk simpan untuk bersahur. Nampak gayanya kena ada siaran ulangan. Hahaha


Mee goreng pemberian jiran. Alhamdulillah !!!



OK...sampai sini dulu... CK tengah tunggu kedatangan cek mek molek Anna Qawina ni. Dia nak hantar biskut raya...hehehe....

Selasa, 16 Julai 2013

Biskut Bangkit Durian

Salam...apa khabar? syukur, hujan petang ni..nyaman sikit !! dan CK baru jer habis dengan projek hari ini. Yeahhh...biskut Bangkit Durian. Kalo tahun lepas, CK promote Bangkit Cheese, tapi tahun ni ada plak si Bangkit Durian yang harum semerbak ni


Aduhhh... mmg dugaan besar di bulan ramadhan ini bagi seorang peminat tegar raja segala buah ni.. Tak tahan sungguh dengan haruman yang menyelubungi setiap ruang rumah. Malah kawan2 yang datang pun segera nk balik. Tak tahan godaan...Kang ada plak yang terbatal puasa...hahahaha

Gabungan isi durian segar, santan kelapa dan bahan2 lain membuatkan bangkit ini begitu unik. Resipi ciptaan sendiri tawww...tak tiru mana2

Dan hari ini, siap jugak 4 balang biskut bangkit durian ni. Itupun setelah isi duriannya dah habis digunakan sepenuhnya...huhh...kena cari lagi buah durian la nampaknyer....



 1 balang untuk rakan blogger yang sibuk nk merasa. Kang tak bagi, takut meleleh plak baby dalam perut tu...hahaha....Sapa la agaknyer yer?? lagi 3 balang tu untuk rakan2 yang telah menempah. Ada lagi pat lima balang kena siapkan... Uuuuu... malasnyer nk mengerjakan si durian ni...Cukup, cukup sudah !!! 


PENGUMUMAN : CK sudah tidak menerima tempahan apa2 jenis biskut hari raya yer...tempahan telah ditutup seawal 1 minggu sebelum Ramadhan. Buat yang sms tanya pasal biskut tu, MAAF yer dik. Akak dah tak mampu nk ambik tempahan. Ni pun dah tak menang tangan dah nk buat !!!


Isnin, 15 Julai 2013

Stew Daging (sedap nyerrr !! )

Salam... apa khabar? dah 6 hari kita berpuasa, sekejap jer kan. Kat rumah ni masih lagi berselerak dengan balang2 kuih muih. Adoii...harap2 seminggu sebelum raya dapat la kemas dan bersihkan rumah ni :p

Ok..disebabkan hari2 sibuk membiskut, Ck dah buntu nk masak apa tiap kali berbuka. Selalunya diselang seli dengan nasi atau mee/bihun. Penat melayan kerenah tekak anak2 yang berselera antarabangsa. Lauk2 kampung ni tak dilayan nyer

Dan hari ini, setelah puas meng'google' pagi tadi, maka dapat lah idea nak masak stew daging ni. 


 RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ck dah bagi la si Rayyan makan ngan nasi. Katanya " ermmm...sedapnyer..macam KFC laaa !!! " ehh?? bila masa plak KFC jual stew??

Khamis, 11 Julai 2013

Murtabak Kurma (leftover)

Salam 

Dalam menjalani ibadah puasa, kita dinasihatkan agar tidak membazir dalam segala hal. Dan hari ini CK ada satu topik baru dibawah tag 'letfover' . Ia berkenaan makanan yang dikitar semula menjadi satu hidangan menarik dan sedap. 

Dan hari ini CK buat murtabak kurma hasil daripada lebihan lauk kurma masa bersahur pagi tadi. Idea didapati daripada kedai mamak yang CK selalu beli murtabak. Selepas order, pekedai tu akan tanya nk inti kurma atau kari. So dari situ, CK buat la sendiri kat rumah. Tak payah nk ke restoren mamak lagi :p


Dan petang ni, CK tengok ada dua ketul lagi ayam, so panaskan sampai pekat sikit dan siat2 kan daging ayam tu. Kalau ada ubi kentang, bolehlah dilecek atau potong dadu. Masukkan dalam satu bekas. Kalau nk tambah kuah kurma sikit pun bleh. Baru ada rasa kurma tu

Lauk kurma ayam. Boleh juga guna kari ayam/daging atau sardin. Pun sedap, yang penting jangan membazir 

Seterusnya, potong dadu bawang besar. Boleh tambah carrot atau kobis racik jika suka. Dan akhir sekali pecahkan dua biji telur. Tambah garam dan perasa secukupnya. OK...siap inti murtabak kita

Ermmmm... sekarang masa utk sediakan rotinya plak...Ambik roti paratha dan biarkan pada suhu bilik. Bila dah lembut, canai nipis2 macam nk tebar roti canai tu (tp jangan sampai koyak).. bila dh nipis, letak inti murtabak. Lipat dan bolehlah dimasukkan dalam pan. Masak ler sampai garing. 


Haa... dah siap satu hidangan kan. Senang jer... tak payah la nk beratur membeli kat pasar ramadhan nun. Silap ari bulan, tak sedap dan penuh dengan bawang jer. Buat sendiri lagi puas hati. Terpulang ler nk letak inti banyak mana.

OK. SELAMAT BERBUKA PUASA

Selasa, 9 Julai 2013

Bahulu Ramadhan

Salam 

Hari ni tentu ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Ramadhan esok kan. Ada yang pergi ke pasar, dan ada jugak yang ke kedai bakery membeli barang2 buat kuih raya. Tapi CK ari ni rilex sikit sbb semua menda2 tu dah disediakan awal2 lagi. Semalam dah pegi pasar, so hari ni tak perlu terkocoh-kocoh

CK dan keluarga mmg suka bahulu. Selalu beli jer sbb malas nk buat. Nak masuk kelas bahulu pun belum kesampaian sbb tak jumpa lagi kelas/guru bahulu yang betul2 marbeles. 

Dan semalam, masa jalan2 blog kengkawan, CK tergoda betul tengok kuih bahulu Rahel. So pagi ni CK pun cubalah. Tak banyak pun, setakat 2 bijik telur jer (dpt la dalam 16 bj) cukup laa.. kalo banyak2 pun, sapa yang nk makan bulan2 puasa ni??


Terima kasih kepada Rahel, dan izinkan CK kongsi resipi bahulu sedap ni di sini plak yer. CK buat 2 versi, vanilla dan pandan choc rice. Memang inilah bahulu yang menjadi pilihan jika membeli di luar.

KUIH BAHULU VANILA
Asal:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber: Rahel 
 
Bahan-bahan:
200g gula kastor
200g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
5 biji telur gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau 

Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama   10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
4.Ambil sedikit adunan dan warnakan jika suka
5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
6. Sendukkan adunan ke dalam acuan. 
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 25-30 minit
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.

Acuan baulu peninggalan arwah mak CK. Dulu mak buat bahulu secara tradisional. Guna arang dan sabut kelapa. Bahulu pun dipukul secara manual dalam pasu khas. 

Tip dari Chef Noraini:
Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu.
Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai
dibakar dalam ketuhar api atas bawah.

Nota dari Rahel:
*Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja.
*Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan
  spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan
  picit adunan ke dalam acuan (isi penuh).
*Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan
  dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan.

Tips dari CK: 
Kalau nak bahulu tahan lama ( tidak cepat berkulat) goreng/sangar dulu tepung gandum tu dalam 10-15 minit dalam kuali/oven. Sejukkan dan ayak 2-3 kali. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam adunan telur. Ni petua orang lama2 yer


CK suka bahulu versi Chef Noraini ni. Lembut dan sedap. Sama macam bahulu yang dijual di luar.  Insyaalah jika ada kerajinan CK nk buat plak versi bahulu berinti. Sure lagi sedap kan !!!



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua kawan. Semoga ramadhan ini lebih bererti buat kita semua !! 

Jumaat, 5 Julai 2013

Set Nasi Minyak di Hari Jumaat

Salam... lama suda CK tak update blog ni.. sibuk sikit dengan tempahan biskut raya. Mana dengan kerenah anak2 dan kucing2 lagi...adoiii... dan macam super mak plak...kerja kena laju jer...

Dan memandangkan hari ini merupakan Jumaat terakhir sebelum Ramadhan, maka CK masak la something special untuk diorang. Dan bersetelah ber'tung tang tung tang' kat dapur maka terhasillah nasi butter dan lauk-lauknya...meh tengok

Ada nasi butter, ayam masak merah, rendang minang burung puyuh, dalca sayur dan acar rampai

Seronok tengok anak2 makan bertambah. 

Nasi mentega yang diwarna pink (saja suka suki letak warna pink..anak2 pun minat nk makan)



Ok...sampai sini dulu...Maaf la kalau CK dah jarang2 update blog ni. Tambah plak dh nk masuk Ramadhan ni, sure sibuk giler..

** Miss Karina, tempahan awak saya dh settle kan..cuma tunggu sub order dari kawan2 jer.. hahahaha