Salam
Hari ni tentu ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Ramadhan esok kan. Ada yang pergi ke pasar, dan ada jugak yang ke kedai bakery membeli barang2 buat kuih raya. Tapi CK ari ni rilex sikit sbb semua menda2 tu dah disediakan awal2 lagi. Semalam dah pegi pasar, so hari ni tak perlu terkocoh-kocoh
CK dan keluarga mmg suka bahulu. Selalu beli jer sbb malas nk buat. Nak masuk kelas bahulu pun belum kesampaian sbb tak jumpa lagi kelas/guru bahulu yang betul2 marbeles.
Dan semalam, masa jalan2 blog kengkawan, CK tergoda betul tengok kuih bahulu Rahel. So pagi ni CK pun cubalah. Tak banyak pun, setakat 2 bijik telur jer (dpt la dalam 16 bj) cukup laa.. kalo banyak2 pun, sapa yang nk makan bulan2 puasa ni??
Terima kasih kepada Rahel, dan izinkan CK kongsi resipi bahulu sedap ni di sini plak yer. CK buat 2 versi, vanilla dan pandan choc rice. Memang inilah bahulu yang menjadi pilihan jika membeli di luar.
KUIH BAHULU VANILA
Asal:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber: Rahel
Bahan-bahan:
200g gula kastor
200g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
5 biji telur gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
4.Ambil sedikit adunan dan warnakan jika suka
5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
6. Sendukkan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 25-30 minit
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.
Acuan baulu peninggalan arwah mak CK. Dulu mak buat bahulu secara tradisional. Guna arang dan sabut kelapa. Bahulu pun dipukul secara manual dalam pasu khas. |
Tip dari Chef Noraini:
Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu.
Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai
dibakar dalam ketuhar api atas bawah.
Nota dari Rahel:
*Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja.
*Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan
spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan
picit adunan ke dalam acuan (isi penuh).
*Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan
dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan.
Tips dari CK:
Kalau nak bahulu tahan lama ( tidak cepat berkulat) goreng/sangar dulu tepung gandum tu dalam 10-15 minit dalam kuali/oven. Sejukkan dan ayak 2-3 kali. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam adunan telur. Ni petua orang lama2 yer
semakin menggebu2 perasaan ni bila tgk bahulu homemade ni..
BalasPadamteringin jugak nk mencuba...
tahnx jadi pembakar semangat..haha
Salam Noorma,wah!dah serupa nak raya larrrr...sedap mkn panas2!!
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa ck
BalasPadaminsyaallah thn ni plan nak buat baulu sendiri he heee sedap gebus nampak tu
nstalgia dulu2 kan bakar guna sabut sampai berasap-asap muka he hee pastu tak sabar mkn time buka puasa tu
dulu akak tolong arwah tok buat je
sedapnya bahulu...
BalasPadamSalam...
BalasPadamCK....amboii...lajunyer buat kuih bahulu....tahniah sebab kuih bahulu cantik manis....selamat menyambut ramadhan.
mmg nmpk kegebuan bahulu tu...sedapp
BalasPadamlajunyer kak mencuba.. sy baru je simpan resepinya smlm
BalasPadamslmt berpuasa kak ck...
rajinnya akak buat bauhulu...
BalasPadamSelamat berpuasa buat akak sekeluarga...