Salam !!
Mari, mari...mari tengok biskut raya...heheh.. ini sebahagian biskut raya yang CK buat untuk jualan, tapi biskut raya untuk rumah sendiri masih belum ada lagi... huh, cemmana tu?? makan sekut kering jer la...huhuhu...
Tart Nenas Tulip
First time buat tahun ni. Asalnya CK tertarik pada bentuknya, dan bila ada jiran tempah tart nenas untuk dibuat hamper, CK saja la bagi biskut ni (asalnya dia tempah tart nenas gulung jer)
Dan bila biskut dah siap,sebelah malamnya, CK saja la gatai2 tangan post kat FB .. pastu tido... esoknya, lepas bersahur → bukan FB → ALAMAK !!! ramainya customer dan kengkawan tempah biskut ni.. adoiiii....
Paling renyah buat biskut ni. 200 bj ambil masa 4 jam untuk siapkan..Dah naik hijau biji mata, nk termuntah, pening sume ada... Jebat siap marah2 lagi.. katanya jangan ambik dah tempahan susah2 gini...hahaha.... tp bila siap dan hantar pada customer, semuanya berpuas hati dari segi rasa dan rupa bentuknya..katanya sayang nk makan
Ok...selain tart nenas tulip ni, ada gak tart nenas gulung, tart nenas daisy dan biskut2 lain. Meh tengok sebahagian daripada gambar yang sempat CK snap.
Tart Nenas Daisy
Tart Blueberry Gulung ,
ada juga tart strawberry gulung, tp gambar ntah ke mana
Samperit Pandan
Pumpkin Delight
Red Pearl
Menduduki tempat pertama, biskut paling laris tahun ni. Entah brapa ratus balang, CK sendiri pun dah tak terkira. Setiap hari dekat seribu bijik jer yang CK larat bakar/buat... sib baik la jenis drop cookies, kalo terap sure pengsan kan...
Coklat cip
Selepas red pearl, coklat cip ni pun laris jualannya... sampai CK kena marah dengan customer sebab hantar awal biskut (bukan awal mana pun, lagi 12 hari nk raya) Kena marah sbb biskut yang dihantar telah selamat dimakan oleh anak2. So apa bleh buat, kena la repeat order. Dan disebabkan repeat order, terpaksa la CK buat walaupun dah tak mau terima apa2 tempahan... Adoii...inilah penangan biskut coklat cip CK tahun ni. Customer kata macam Famos Amos... hehehehe... apapun syukur sebab terima feed back yang baik.
Selepas coklat cip, Mocha Crunchy (resipi ciptaan CK) pun laris jualannya, sampai tak sempat nk snap gambar. Opsss...bangkit cheese juga tak ketinggalan. Hinggakan CK terpaksa ulang dua tiga kali ke kedai bakery utk beli balang dan bahan keperluan lain.
Kesimpulan:
CK amat berpuas hati dengan jualan biskut pada tahun ini. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, syukur dengan kesihatan yang diberi dan syukur dengan kerjasama dari semua pihak baik keluarga, rakan2, dropship, dan pelanggan. Terima kasih semua...
CK amat berpuas hati dengan jualan biskut pada tahun ini. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, syukur dengan kesihatan yang diberi dan syukur dengan kerjasama dari semua pihak baik keluarga, rakan2, dropship, dan pelanggan. Terima kasih semua...
Jualan drop cookis (red pearl, mocha crunchy, coklat cip) dibuka sepanjang tahun. Kalau tak sempat order hari raya ni, lepas raya pun bleh !!!
rezeki. sy tak gigih nak buat cookies byk...lagipun tak mahir
BalasPadamsemua cookies nampak menarik dan sedap..:)
BalasPadamkagum (y) suka tgk tart tulip tu..cantik bentuknya.
BalasPadamCK, jom tukar link. Saya masih baru lagi
menarikya tart tulip tu
BalasPadamalhamdulillah....
BalasPadammoga makin murah rezeki akak...
isshhh..tngh2 hari nengok sekut..menggoda tau
Cantik sungguh tart tulip tu CK...
BalasPadam