Sabtu, 31 Mac 2012

Red Velvet Cupcakes

Salam... semalam CK ada bagitau nk buat red velvet kan...yaaaa...akhirnya menjadi jugak (setelah 2 kali gagal...eeee...malu jer kan...) Semalam takde masa plak nk buat topping, pagi ni baru la ada masa sikit !!


Dulu CK buat resipi dari Joy Of Baking. Pertama kali buat, Ck tak brapa pandai bab campurkan cuka dengan baking soda tu, dan kek jadi keras..uuu...tak sedap langsung... 
Dan kali kedua plak, masih lagi resipi yang sama, tp keknyer mendak ke bawah...hancus rasa hati.... (hati lebur jadi debu, Hetty Koes Endang la plak....hahaha)

Namun CK masih tidak berputus asa. Kunjungan mek Anna Qawina ke teratak buruk CK dengan buah tangannya cup cake Velvet menyuburkan semula semangat untuk buat lagi. Itulah first time CK merasa red velvet yg sebenar dan sedap (setelah 2 kali merasa yang hampeh). Kata Anna, cuba la resipi dari Kak Wan plak.


So CK pun geledah ler rumah kak Wan...hehehe...jangan marah yer kak...dan jumpalah resipi ni....Terima Kasih kak Wan !!! 

Red Velvet Cupcake

Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 sudu besar cuka/jus lemon
2 1/2  sudu besar pewarna merah bright red
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese
250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan loyang/cawan kertas.
2.  Satukan bahan A, ketepikan.
3.  Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli.  Pukul hingga sebati.
4.  Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan dahulu.
5.  Cream Cheese :  Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6.  Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat.  Bakar selama 8-10 minit.  Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.


Akhirnyaaa.... dah jumpa resipi yang marbeles. Lembut dan gebu. Kesimpulanya  SEDAP lah....Lepas ni takmo tgk resipi lain dah...hanya resipi red velvet yang ini jer !!! 


♥♥♥♥♥

Khamis, 29 Mac 2012

Maggi Goreng

Salam...
CK masak maggi goreng ni utk makan malam. Saja jer..tingin beno nk makan maggi goreng macam kat kedai mamak tu. Tapi kalo ke kedai mamak, tak teringin plak nk order maggi. Kata Jebat, setakat nk makan maggi baik balik rumah jer :(


Saja buat sempoi cenggini, tanpa udang atau ayam (malas nk bukak freezer keluarkan semua binatang tu) Lepas tu makan plak dengan ayam goreng berempah (beli kat pasar malam).... hahaha.... (mula la datang malas tu)

Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji tauhu goreng dihiris nipis
Sayur sawi dan taugeh
Kicap sikit
Gula, Garam

Cara-cara
1. Maggie direbus hingga masak dan toskan airnya
2. Tumiskan bwg putih, bawang merah dan cili kisar
3. Bila bau dah naik , masukkan tomato & tauhu goreng & sayur
4. Masukkan telur kemudian hancur2kan, diikuti dengan perencah kari Maggi
5. Bila semua dah sebati bersama , masukkan maggi yg telah direbus td kemudian letak sedikit kicap. Boleh tambah garam kalau kurang masin.
6.Siap



Ok.... sampai sini dulu....


♥♥

Rabu, 28 Mac 2012

Biskut Coklat Chips Famos Amos Homemade

Salam...tengahari ni CK tayang biskut lagi yer... hahaha...dalam minggu ni dah 2 kali CK buat biskut. Apsal yer? dah tak sabo nk raya ke?? hehehe... Alaa...kalo dah teringin, tak payah tunggu raya pun bleh kan...

Dan kerajinan membuat biskut ini disebabkan oleh kak Asma.  Aduh..tak tahan sungguh tgk sekut dia pagi tadi. Terbau-bau jer keharuman macam pegi ke Famous Amous tu.

Kat sini, CK selalu beli Famous Amous ni kat Tesco Extra Cheras. Tapi tak boleh beli selalu laaa...macam ketagih plak makan. So kalau ke sana, sebolehnya CK cuba elak lalu depan kedai tu....(sambil tangan pegang sapu tangan dan tutup mulut, tahan airliur meleleh....hahaha



Biskut Coklat Chips Famos Amos Homemade
Sumber Asal :KAK NADZ
Dicopy dari umah Kak Asma, dan CK edit mana2 yang telah CK tambah. 

Bahan-bahan
280 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan2 lain
250 gm mentega
150 gm gula kastor (CK guna gula perang sepenuhnya)
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm coklat chip - CK tambah white choc chip
100 gm gajus - dipanggang dahulu

Cara-cara
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip dan cincangan kacang. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Rangup...harum semerbak. Si Rayyan kejap2 mengulang makan. My Jebat plak balik awal...dari luar lagi dah tegur, "amboiiii...wanginyer !!! "



Disebabkan CK gunakan sepenuhnya gula perang, so biskut ni 'just nice'  jer manisnya. Suka, suka..... boleh simpan resipi ni.... dan boleh diulang lagi membuatnyer... terima kasih kepada semua !!! 



♥♥♥♥

Isnin, 26 Mac 2012

Tat Nenas Tertutup

Salam... hari ni CK rilex sikit...malas nk buat frozen food...tp merajinkan diri buat tat nenas ni...hehehe... takkan nk tunggu raya baru dapat makan kan??
 


Sebenarnya CK masih mencari-cari resipi tat nenas yang mengikut tekak CK sendiri dan masih tak jumpa. CK lebih sukakan tart nenas yang rapuh dan rangup, tp tidak gebu. Errr....boleh imagin tak??


Bahan-bahan
170gm  tepung gandum
113 gm tepung kek
141gm  butter
1 biji kuning telur

Cara-cara
Kacau butter dengan kuning telur tetapi jangan sampai kembang. 
Masukkan tepung gandum dan tepung kek. 
Uli perlahan-lahan. 
Ambil sedikit adunan, bulatkan  dan letak  jem nenas. 
Tutup sempurna dan bentukkan menjadi bujur spt nenas.
Gunting dipermukaan adunan nenas tadi agar dapat bentuk spt kelopak.
Sapukan/brush kuning telur yg telah dicampur sedikit butter.
Bakar selama 20 minit dalam suhu 180'c.
Sejukkan


Bagi yang suka tat nenas yang gebu dan cair di mulut, bolehlah mencuba resipi ini. Namun bagi CK sendiri, esok lusa CK akan mencuba resipi dari Wendy pula. Mungkin CK akan menemui akhirannya  !! Insyaalah !!!


♥♥

Ahad, 25 Mac 2012

Muffin Pelbagai Rasa

Salam sejahtera buat semua. Seminggu lebih CK tak update blog.. huhuh...mmg sibuk sejak dua menjak ni...

Dan hari ini CK kongsikan muffin yang sedap dan mudah. Lembut macam muffin Hi-5 tu.. Dan boleh diperbagaikan rasanya seperti coklat, blueberi, strawberi atau kekacang. Kiranya ini adalah basic muffin laaa...


CK buat 2 perisa jer, coklat cip dan buah2 campuran. Ni pun nk cepat. Tetamu dah sampai muka pintu, CK baru terhegeh2 nk cari coklat cip, dan lain2... aloooo....mana la menyorok coklat cip tu...last2 jumpa jugak (setelah coklat cip tu menyahut...hehehe) 



Muffin Pelbagai Rasa
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan  (dapat dalam 12 biji saiz besar)
1 ½ cawan tepung
¾ cawan gula
½ st  garam
2 st baking powder
1/3 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 cawan buah2 kering/coklat cip/kekacang ***  ini terpulang kepada citarasa masing2 yer. Guna buah-buahan segar seperti blueberi, strawberi lagilah sedap.

Untuk Topping
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 st serbuk kayu manis
1/4 cawan mentega (dipotong dadu)
(gaul semua bahan2 ini hingga menjadi serbuk roti)

Cara-cara
Satukan bahan-bahan kering (kecuali buah2/coklat cip/kekacang)
Campurkan bahan2 cair. 
Masukkan ke dalam bahan2 kering tadi. Gaul hingga rata. Jika adunan nampak keras/lliat, masukkan lagi susu cair. (CK masuk air masak biasa jer...)
Akhir sekali, masukkan buah2/coklat cip/kekacang.
Sendukkan dalam acuan muffin
Tabur dengan bahan2 topping
Bakar selama 30 minit, api 180'c atau sehingga masak.




Kalau tak mahu letak buah2 kering, boleh juga dimasukkan jem atau nutella ke dalam muffin.



Ok...selesai sudah minum petang hari ini... anak2 semua suka. Nampak gayanya boleh diulang lagi muffin ni..


♥♥♥

Sabtu, 17 Mac 2012

Tapai

Salam...tapai ni CK buat untuk sambut kepulangan suami tersayang...hehehe... kali ni Jebat CK kena belajar kat Kampus Luar Uniten di Malim Mawar...seminggu dia kat sana.. 

Dan...semalam, dia telahpun selamat sampai rumah...si Rayyan pun apa lagi, asyik berkepit jer ngan papa dia...



Sebelum pegi, Jebat CK dah sebut2 lama dia tak makan tapai... jadinya, kena la buat ....Macam biasa, resipi dari Alongroz, HomeKreation.

Tapai Pulut
Resipi asal : Alongroz@Home Kreation
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 kg Beras Pulut
1 pc ragi ditumbuk halus (sebiji ragi seberat 10-12 gm)
4-5 tbs gula
1 cawan air

Cara-cara
1. Rendam pulut selama 4-5 jam
Kukus sampai lembut
Sejukkan pulut tadi

2. Gaulkan pulut bersama gula dan ragi
Renjiskan air agar pulut tidak melekat
Bulat-bulatkan pulut tadi dan simpan dalam bekas

3.Bungkus dan simpan ditempat gelap selama 2 malam
Tapai siap bila dah berair



*** kadang2 ragi yang dibeli ada kecik ada besar...so adalah lebih selamat jika timbang ragi tu... cth kat sini, CK guna cuma 500gm jer beras pulut, sebab ragi yang CK beli tu cinonet jer saiznya...bila timbang, cuma 8gm jer....



♥♥♥♥♥

Khamis, 15 Mac 2012

Bahulu

Salam Khamis...

Bahulu memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Suka makan ngan air kopi. Ni CK buat untuk hilangkan rasa boring kat rumah. Nk g shopping pun dah boring (hari2 keluar shopping pun rabak gak kan) Namun, CK masih belum bersedia menerima tempahan bahulu ni, sbb tak ada peralatan yang lengkap. Yelah, setakat 1 jer acuan cermai, ikan dan bunga, mana mampu terima tempahan beratus2 kan...


Ni pun CK hanya mampu buat 5 bijik telur jer, itupun jenuh menunggu nk siap... dan bila keluar jer dari oven, anak2 dan siap menunggu. Sejuk sikit jer, terus baham... hahaha... sudahnyer, tinggal beberapa bijik yang yang sempat di snap. Tak sempat nk bancuh kopi pun.

Bahulu
Sumber: Majalah Rasa September 2010

Bahan-bahan
210gm Tepung Gandum (digoreng dahulu dengan api perlahan)
5 biji telur
300gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit minyak

Cara-cara
1. Putar telur dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan esen vanilla. kacau sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan
4. Panaskan acuan dalam ketuhar dengan kepanasan atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak
5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan
6. Bakar selama 8-10 minit sehingga kekuningan dan masak.


Kalau rajin, kena ulang lagi membuatnyer... sian kat Mr Jebat yang sedang belajar tu... tak sempat nk merasa...ambik bau dan tengok gambar dari jauh jer laaaaa 



♥♥

Rabu, 14 Mac 2012

Kuih bom & cek mek molek

Salam... hari ni asyik ujan jer kan... so time sejuk2 ni mesti lapar... dan petang ni CK tiga beranak makan kuih bom dan cek mek molek ni.
Masa kemas2 rak plastik, jumpa lagi 5 ketui keledek oren, lebih buat keledek bakar ari tu...So, dapat la banyak dalam gambar ni...cukup la kan....

CK memang suka guna resipi dari Quinnie ni...sedap dan elok lembut jer kejadian semua kuih-kuih berasaskan keledek ni.

Bahan-bahan
500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu

Cara-cara
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
Siap, dan bolehlah dimasukkan inti kegemaran masing2, spt inti kelapa manis, inti cucur badak ataupun gula pasir untuk kuih cek mek molek.

Add caption


Awas...cek mek molek ni tok leh make' mase panagh-panagh yer.. hehehe....kang lecur mulut korang...hahaha

Kuih bom bijan... kuih yang mendapat permintaan tinggi selain cucur badak...alahai...kesian kat customer sume, CK dah malas nk buat kuih2 berasaskan keledek ni.... sabo yer !! hehe


Selasa, 13 Mac 2012

Fruit Salad Ice Cream

Salam... cuaca panas kat Seri Kembangan sekarang ni. Meh pekena ice cream buatan sendiri...hehehe...asalnya teringin beno nk makan ice cream fruit salad, tp jenuh mencari kat kedai2 sini takde la plak.... so balik rumah buat la sendiri (projek malam tadi)



Non dairy whipped cream ada lagi setengah kotak belum dihabiskan. Malas plak nk buat kek hari2, bukan ada orang nk makan pun. So... tuan punya kedai tempat CK beli whipped cream tu suggest suruh buat ice cream. Dia bagi la penerangan sikit2 bagaimana nk buat ice cream ni (dia bagi resipi ice cream coklat biasa jer...) tp CK adjust bagi sedap lagi....letak buah2 koktel.

Bahan-bahan
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan kalo tak suka manis)
- 1/2 cawan air masak
- 1/2 cawan air dari buah koktel
- 1 cawan non dairy whipped cream
- 1 biji telur
- 1 sudu teh ovallet
- 1 sudu kecil serbuk vanilla
- 1 cawan buah2 campuran

Cara-cara
Pukul non dairy whipped cream, susu pekat manis, telur, dan ovalet sampai pekat/ringan. Kemudian masukkan air masak dan air buah koktel sedikit demi sedikit bersama dengan serbuk vanila. Pukul lagi sampai gebu.
Kemudian, masukkan buah2 koktel, kacau dan masukkan ke dalam bekas.
Sejukkan dalam tempat dingin beku sekurang-kurangnya  6-8 jam.

** Kalau nk buat perisa lain, gunakan 1 cawan air, dan perisa vanilla boleh diganti dengan coklat emulco, strawberry emulco atau lain2 perasa
** Boleh juga diletakkan gula-gula marshmallow, coklat cip atau kekacang, mengikut selera masing2
** sesetengah orang tak makan telur, atau tak suka bau telur, so boleh lah skip telur tu.... yang penting, kena pukul whipped cream tu sampai pekat likat melekat yer....hahaha....


Inilah rupa ice cream sebelum di ngap. CK tabur lagi buah2 koktel dan strawberi kat atas ice cream tu



Ni plak ice cream dah sedia untuk dingap. CK tabur kacang jer kat atas tu sbb tak minat sangat makan dengan coklat


Isnin, 12 Mac 2012

Serimuka Delima Labu

Salam... bertemu lagi di hari isnin ini..... Dah breakfast ke? kalo belum, mari jamu selera dengan kuih serimuka delima labu ni... best woooo !!! 

CK memang suka beli labu. Sejak dua menjak ni suka plak makan bingka labu Kak Fida tu. Sampai anak2 buah pun suka. Tapi kali ni, CK cuba plak buat serimuka.


 CK gabungkan dua resipi dalam satu (angkara teringin nk makan dua2 jenis kuih, tp nk sekali buat keje....hahaha)... maka terhasillah kuih ini. Terima kasih buat kak Yatie (pakar kuih talam).. jangan marah yer kak, saya all in one kuih ni...hehe

Serimuka Delima Labu
Olahan dari : Serimuka Labu dan Serimuka Delima Kak Yatie Memories
Sumber: Cendanakasih (copy paste dari blog kak Yatie jer ㋡ )

LAPISAN BAWAH
•500 gm Beras Pulut
•300 ml Santan Pekat
•300 ml Air
•2 sudu kecil Garam
•20 gm Sagu kecil- rendam dgn air &pewarna merah/pink dan toskan

CARA2:
1.Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
2.Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3.Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4.Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5.Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

Bahan lapisan atas
•1 cawan labu yg telah di rebus & di lecek
•1/2 cawan tepung beras
•2 sudu besar tpng gandum
•4 sudu besar tepung jagung/tpng kastard
•2 sudu besar tepung ubi
•1 cwn gula pasir
•1 biji telur
•2 cwn santan pekat
•1 sudu kecil vanilla
•1/2 sk garam

Cara Untuk Lapisan Atas
1.Satukan tpng gandum, tpng beras, tpng jagung ,tpng ubi dan tpng kastard ke dlm mangkuk besar.
2.Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam dan gaul sebati.Masukkan labu yg di lecek tadi.
3.Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
4.Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 25 minit saja.
5.PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
6.Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.



Ada yang teringin?? meh la rasa... tp bawak air kopi satu jug yer...hahaha


Ahad, 11 Mac 2012

Apam Polkadot dan Coklat Hantaran

Salam... inilah tempahan hari Jumaat lepas..dan angkara entri inilah jugak, blog CK ada masalah...jenuh cari penyelesaian (2 hari jugak ler...)....akhirnya, dapat juga selesaikan masalahnyer.... 

Coklat tema hijau. Ditempah oleh rakan sekampus dan sekampus CK, cik puan Lida.

Bila coklat tema hijau, so apam polkadot pun kena la tema hijau jugak. 100 pcs berinti kacang merah.


Ini plak, 250pcs apam polkadot yang diorder oleh rakan setaman CK, Puan Eda. Inti bluberi, stoberi dan kacang. Nk bagi kat sedara2 di kampung katanya. TQ !! 


Ini plak 100pcs apam polkadot, diorder oleh adik ipar duta produk CK Food...hehehe... untuk jamuan harijadi anaknya. TQ !!



Siap semua, letak atas meja... tp awas...rumah CK banyak semut merah (bukan lagu dangdut tu yer) So CK terpaksa alas dengan talam yang ada air...so kalo semut tu teror, kena la berenang dulu....wakahkahkah....... (padan muka ko semut !!!)



♥♥



Isnin, 5 Mac 2012

Tortillas

Salam... dah minum petang?? mari mencuba tortillas plak petang ni. Ni bukan mexican style yer sbb takde guacamole ataupun kebab. Ni style nk cepat makan.



RESEPI TORTILLAS
Sumber: Cendanakasih

BAHAN-BAHAN
2 cawan (cup) tepung gandum.
3/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder).
1/2 kecil garam (kalau kurangkan lagi baik).
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas (mendidih).

CARA-CARA
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan baking powder dan garam, kacau rata adunan. Tambahkan minyak masak kedalam adunan itu dan kacau lagi sehingga tepung jadi bergentil-gentil.
2.Tuang air panas kedalam adunan itu dan kacau dengan garpu supaya diadun dengan baik. Apabila suhu tepung agak reda bolehlah mnggunakan tangan untuk menjadikan doh yang lembut dan licin permukaan.
3. Biarkan doh ini dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.
4. Jadikan bebola 10-12 biji. Lenyekan sikit dan canai nipis. Macam buat capati.
5. Panaskan kuali non stik, letakkan adunan yang dah dicanai dan masak kedua2 bahagian (macam buat capati la jugak) Jangan letak minyak yer !!!


Untuk intinya pula, boleh la letak apa saja inti yang anda suka. Contohnya salad ayam, salad kentang, dll. Kalau malas sangat, ambik daging burger pun okey.

Kat sini, CK guna cebisan ayam panggang (carikkan halus2).Tabur atas tortilla tadi, letakkan sedikit mayonis, sos lada hitam, bawang holand yang dipotong bulat, tomato dan kemudian taburkan dengan mozzarella cheese dan cheddar cheese. Lipat 2. (kalau bakar dalam oven, boleh tangkupkan lagi satu tortilla. Dapat la besar sikit...hehehe) Lepas tu, bakar dalam oven atau sandwich maker. Dalam masa 3 minit (cheese dah cair) siap !!!

Kalau versi anak2, diorang suka letak tuna..... CK suka buat segitiga macam ni, senang nk makan. Kalau korang tak mahu bakar pun bleh jugak. Cuma letak inti dan boleh tambah salad...lagi sedap...lepas tu gulung la tortilla ni....maka, jadilah macam KFC tuh....


Ahad, 4 Mac 2012

Kek Batik Istimewa

I'm craving for something sweet... so inilah hasilnya. Kek Batik... Lama dah beli sekut merie tu, tp tak terlaksana. Hajat hati nk buat kek lapis cheese pesona, tp rasa sayang la plak nk perabihkan cis tu. Buat cis tart lagi sedap...hahaha..


Waaa....suka lah respi ni, tak guna telur, dan adunan pun takde lah melekit macam kek batik yang CK buat dulu. Ambik masa sekejap saja nk beku. Dan yang paling best- SEDAP. Errrm...terasa kekacang dalam setiap gigitan. Aduhhh !! cannot describe how delicious this Kek Batik...memang special lah. 

Kek Batik Istimewa
Resipi: Idham ram (Myresipi)
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 buku butter
1 tin susu pekat
1 paket biskut merry
2 kotak kecik kismis
1 paket kacang goreng
3/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan milo
1/2 cawan nestum

Cara-cara
cairkan butter dalam periuk..kacau..kacau dan kacau..jangan sampai hangus..
masukkan 1 tin susu pekat tadi..kacau gue whisker sampai sebati..
dah sebati..masukkan serbuk koko dan milo tadi..sebatikan..pastu masukkan kismis dan kacang dan nestum..kacau...jaga api..
last,masuk biskut merry tu..kacau dan kacau sampai sebati..
lepastu,masuk dalam loyang cam biase..kene cepat takut keras plak nnt..tekan gune plastik..biarkan sejuk..nak sedap letak dlm peti sejuk..



Errm... puas makan.. sapa nak??? hehehe



Jumaat, 2 Mac 2012

Kuih Sagu Kukus /Lengat Sagu

Mari minum petang dengan Kuih Sagu bersalut kelapa ni... Kalo di Utara diaorang panggil Lengat Sagu. Lengat maknanya kukus. So...apa-apa makanan yang dikukus akan digelar Lengat (lengat pisang, ikan lengat, dll) Dan di KL ni, diorang panggil Kuih Sagu Kukus atau Bronok Sagu. Opsss..jangan sebut mende bronok ni kat Utara yer..sure kena gelak, sebab Bronok di sana merupakan sejenis siput (banyak terdapat di Langkawi)

Cara CK buat kuih ni:

Sagu direndam dulu dalam air paip kira2 setengah jam. Tunggu sampai kembang, kemudian toskan airnya. Lepas tu letak la perwarna merah dan sedikit esen rose. 
Kemudian, kukus selama 20-30 minit. Tengok la, kalau dah berkilat kuih tu, maknanya dah masak laa....Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk, bolehlah dipotong-potong dan digaul bersama kelapa (campur sedikit garam). Siap, dan bolehlah dimakan.



Senang jer kan...tp CK ni jer yang malas nk membuatnyer...dah lama bertangguh.


Ok..sampai sini dulu. Hujung minggu ni akan sibuk dengan program keluarga memandangkan Jebat CK cuti. Yehaaa....bestnyer....nok gi makang anging... hahaha...



Khamis, 1 Mac 2012

Apam Bunga semakin digemari

Salam....

Minggu ni CK sibuk dok melayan bunga-bunga yang mekar di dapur...hehehe..Projek Apam Bunga ler.. Bermula dengan tempahan dari Shidah, pastu kak Intan dan beberapa orang pelanggan tetap CK Food.

Apam Bunga ni adalah alternatif bagi mereka yang suka apam polkadot, tp tak suka makan inti dalamnyer...hahaha...(bg pendapat CK laaa).... tp kata pelanggan, mereka sukakan apam bunga ni sebab lembut dan gebu.


Ni CK buat khas buat guru-guru Sekolah Sri Serdang yang sudi support bisness CK Food selama hari ni. Terima kasih cikgu. (dalam masa yang sama, promote produk baru...manalah tau, kot2 ada yang berkenan )

Tak sangka plak ada yang suka, pastu diorang ramai2 order ngan CK... hehehe...time kasih yer cikgu !!! 

Alhamdulillah...ada rezeki. Selagi ada kerajinan dan kesihatan mengizinkan, akan CK cuba penuhi permintaan pelanggan

Ni plak order apam polkadot dari kawan sekampung CK, Puan Fauziah yang dok kat Putrajaya. Nk hantar ke surau katanya. Request kaler hijau dan pink.. Sori yer Puan, kalo tak sedap jangan saman yer...hehehe.... Kawan CK ni polis. Garang tau....
(ni baru jer siap....pukul 12.00 tengahari tadi...terus update)



Oklah...sampai sini dulu...Nak delivery semua tempahan untuk hari ni... BYE !!!