Salam...tengahari ni CK tayang biskut lagi yer... hahaha...dalam minggu ni dah 2 kali CK buat biskut. Apsal yer? dah tak sabo nk raya ke?? hehehe... Alaa...kalo dah teringin, tak payah tunggu raya pun bleh kan...
Dan kerajinan membuat biskut ini disebabkan oleh kak Asma. Aduh..tak tahan sungguh tgk sekut dia pagi tadi. Terbau-bau jer keharuman macam pegi ke Famous Amous tu.
Kat sini, CK selalu beli Famous Amous ni kat Tesco Extra Cheras. Tapi tak boleh beli selalu laaa...macam ketagih plak makan. So kalau ke sana, sebolehnya CK cuba elak lalu depan kedai tu....(sambil tangan pegang sapu tangan dan tutup mulut, tahan airliur meleleh....hahaha)
Biskut Coklat Chips Famos Amos Homemade
Sumber Asal :KAK NADZ
Dicopy dari umah Kak Asma, dan CK edit mana2 yang telah CK tambah.
Bahan-bahan
280 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan2 lain
250 gm mentega
150 gm gula kastor (CK guna gula perang sepenuhnya)
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm coklat chip - CK tambah white choc chip
100 gm gajus - dipanggang dahulu
Cara-cara
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip dan cincangan kacang. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Rangup...harum semerbak. Si Rayyan kejap2 mengulang makan. My Jebat plak balik awal...dari luar lagi dah tegur, "amboiiii...wanginyer !!! "
Disebabkan CK gunakan sepenuhnya gula perang, so biskut ni 'just nice' jer manisnya. Suka, suka..... boleh simpan resipi ni.... dan boleh diulang lagi membuatnyer... terima kasih kepada semua !!!
♥♥♥♥
Rajinnya buat biskut..rasa sekeping 2 utk minum ptg..nak buat M pulak..
BalasPadamTu diaaa dah mai dahhh sikut tu..mmg tul Maa,akak pun dua kali buat..tak cukup..kita bisnes ajer laa sikut nie nak!!!
BalasPadamhihihihihi akak mmg cdg gitu cuma dah banyak naa sampai tak tau mana nak didulukan
rajinnye ck, mmg sedap biskut ni...klau dh mkn sush nk brenti...
BalasPadamSekarang dah tak payah tunggu raya kalau nak makan biskut. Terasa je terus godek sendiri tak pun pergi beli.....
BalasPadamDlm perancangan jg biskut ni, anak bujang tu bnyk x mintak......senang anak2 skrg, mama dia dah mcm chef.
BalasPadamsalam CK
BalasPadamBiskut nie bdk2 mmg suke,klu hidang skejap dah hilang..sedapp tue:)
salam CK.,
BalasPadamEmm sedapnya..
rasa sekali pasti nak lagi..:-)
Assallamualaikum CK..
BalasPadamNoorma, membiskut lak yer. Haiii..ni kalau buat dua tiga adunan pun tak cukup ni. Yelah.; tukang makannya bukan anak2 jer..heheheh... Best biskut ni..rangup..
Ermmm....memang best kukis ni kan...gee dh 2x buat...hb & anak2 suka...
BalasPadamSalam kak Noorma,
BalasPadamKalau teringin, memang tak payah tunggu raya kan. Boleh je membuatnya. hehe.. Saya pun baru2 ni dok tringin nak makan cookies, buat lah sikit makan2 sambil tengok tv. hehe
Ijan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam