Salam sejahtera buat semua. Seminggu lebih CK tak update blog.. huhuh...mmg sibuk sejak dua menjak ni...
Dan hari ini CK kongsikan muffin yang sedap dan mudah. Lembut macam muffin Hi-5 tu.. Dan boleh diperbagaikan rasanya seperti coklat, blueberi, strawberi atau kekacang. Kiranya ini adalah basic muffin laaa...
CK buat 2 perisa jer, coklat cip dan buah2 campuran. Ni pun nk cepat. Tetamu dah sampai muka pintu, CK baru terhegeh2 nk cari coklat cip, dan lain2... aloooo....mana la menyorok coklat cip tu...last2 jumpa jugak (setelah coklat cip tu menyahut...hehehe)
Muffin Pelbagai Rasa
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan (dapat dalam 12 biji saiz besar)
1 ½ cawan tepung
¾ cawan gula
½ st garam
2 st baking powder
1/3 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 cawan buah2 kering/coklat cip/kekacang *** ini terpulang kepada citarasa masing2 yer. Guna buah-buahan segar seperti blueberi, strawberi lagilah sedap.
Untuk Topping
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 st serbuk kayu manis
1/4 cawan mentega (dipotong dadu)
(gaul semua bahan2 ini hingga menjadi serbuk roti)
Cara-cara
Satukan bahan-bahan kering (kecuali buah2/coklat cip/kekacang)
Campurkan bahan2 cair.
Masukkan ke dalam bahan2 kering tadi. Gaul hingga rata. Jika adunan nampak keras/lliat, masukkan lagi susu cair. (CK masuk air masak biasa jer...)
Akhir sekali, masukkan buah2/coklat cip/kekacang.
Sendukkan dalam acuan muffin
Tabur dengan bahan2 topping
Bakar selama 30 minit, api 180'c atau sehingga masak.
Kalau tak mahu letak buah2 kering, boleh juga dimasukkan jem atau nutella ke dalam muffin.
Ok...selesai sudah minum petang hari ini... anak2 semua suka. Nampak gayanya boleh diulang lagi muffin ni..
♥♥♥
assalam ck
BalasPadamsedapnya ada muffin wat makan petang ni..
Liana mintak mama buat mapin tah bape minggu dah ni asyik tak sempat jer....
BalasPadamkak! nampak lembut la! memanng sedap ni...nanti lenkali nak try buat
BalasPadamnampak sedap..:)
BalasPadam