Khamis, 7 Julai 2011

Donut Air Kelapa

Assalamualaikum.. apa khabar semua kengkawan.

Hari ini CK buat donut untuk anak2, dan ada kelainan sikit sebab guna air kelapa muda. Sebenarnya ini adalah petua untuk melembutkan donut tanpa perlu ditambah bread softner dan bread improver. Kiranya ni petua orang-orang kampung ler.. yelah, kat kampung mana diorang nk cekau segala bread improver dan softner tu kan!!

Hasilnya...donut mmg lembut dan gebu. Ada harum bau air kelapanye. Donut ni CK uli pakai tangan jer sbb MR BM dh rosak...aloooo..ganasnyer !!!

Ni CK pakai air kelapa muda. Itu jer yang ada. Tapi kalo kengkawan nk pakai air kelapa tua pun boleh gak..tak jadi salah pun, janji air kelapa kan...

Donut Air Kelapa
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
* 3 1/2 sudu kecil yis mauripan
* 1/4 cawan air kelapa muda
* 1 1/2 cawan susu suam
* 1/2 cawan gula halus
* 1 sudu kecil garam
* 2 biji telur
* 1/3 cawan butter/margerin
* 5 cawan tepung gandum
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu. air kelapa dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan ambil sedikit, terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula ketika donut masih panas



Ok... sampai sini dulu...




7 ulasan:

  1. baru tau..air kelapa adalah agen pelembut...hihihi
    thnks for sharing

    BalasPadam
  2. Bestnya donut....campur air kelapa cam best je....:)

    BalasPadam
  3. arwah mak aku pun ada kata klu nak buat donut, pau dan jenis kuih gitu elok guna air kelapa...tp aku x penah lak try....

    BalasPadam
  4. salam noorma..Al-fatihah buat arwah ibu..moga roh ditempatkan Allah bersama2 org yg solehin..Aminnn!
    mokwo pun ade dengar pasal air kelapa yg boleh melembutkan makanan berprotien..kekadang air kelapa jugak di guna utk nelembutkan daging..cuma masukkan air kelapa dlm rebusan daging..tapi tak pernah lagi mokwo buat nya...biasakan kalau beli air kelapa muda memang tak sempat buat ape2 selain dr meminum atau buat milkshake...sedap tul!!

    BalasPadam
  5. masuk list resepi donut ni...
    mas tak pernah try lagi donut yg guna air kelapa....
    hmm..nampak donut tu gebuu jerk..

    BalasPadam
  6. info baru .. tapi kat sini susahnya nak dapat air kelapa.. kena cari lagi la nampaknya air kelapa ni kalau nak buat..:)

    BalasPadam
  7. Salam Noorma..ptg nie pon k.atie buat donut gak tp xder la secomel donut noorma nie..hihi

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡