Jumaat, 8 Julai 2011

Criss Cross Puff

SELAMAT PAGI SEMUA !! Dah breakfast !!

Pagi ni CK buat puff untuk breakfast keluarga. Benda yang senang jer. CK gunakan instant pastri puff jenama KAWAN yang memang selalu ada dalam freezer. Pastry ni kira penyelamat dikala terdesak. Dikala tetamu datang menerjah ker,nk ke rumah kawan dan tak tau nk bawak apa ke..inilah penyelesaian.. cepat2 keluarkan pastri, letak inti dan bakar.



Kali ni CK letak inti strawberri dan blueberri dalam puff tu. Terima kasih pada CMG dari Dapur Tanpa Sempadan atas sumbangan resipi yang menarik ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
-10 keping puff pastry
-Blueberry dan strawberry filling secukupnya
-1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling, tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
 2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..


Add caption

OK..sampai sini dulu. Ambik sorang satu yer...



11 ulasan:

  1. السلام عليكم nmpk gaya kena cr 'kawan' la kat giant sbb x cukup 1! :))

    BalasPadam
  2. Salam slmt pg ceria selalu..menarik lama x mkn dan buat menarik tu inti jem didalm....umpang sarapan lah di sini...donay air kelapa yg sangat menarik dan tetarik.

    BalasPadam
  3. sedap ni norma,adeh baru teringat 'kawanku' itu dah dok lama dlm esbok..

    akak ambuk resepi donut kat bawah ni ya norma..:)

    BalasPadam
  4. he he he...satu mana cukup... koman2 semua tu... :)

    BalasPadam
  5. Salam Norma....

    Kak cek dtg ni...nak satu pufff...lum bekpas pun ni...he he...dpt mkn ngan secawan kopi...emmmm...sedapnya....

    BalasPadam
  6. Salam kak Noorma,
    wa... cantikla buat pangkah macam tu, kak. bestnya ada bluebery filling. mesti tak berenti makan.. hehe..

    BalasPadam
  7. nakkkkkk...suka pufff gitu...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum akak...
    wah sukanya makan nie.. tmbh lg kalau filling nya banyak2 gitu... sedap sgt

    BalasPadam
  9. ahai...sukenyer blueberry filling tu... nak sikit

    BalasPadam
  10. ting tong...ada orang datang ni..cepat2 keluarkan puff tu...

    BalasPadam
  11. salam kak sedap2 nampak.. ita nak yang rasa strawberry ke tu kak.. hihihi

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡