Salam... masa balik Melaka Isnin lepas, pokok sukun belakang rumah MIL mmg tengah banyak buah. So my Jebat jolok ler untuk 2 bijik. CK cadang nk buat goreng dan kerepek.
Dan pada hari Sabtu lepas, sebijik sukun telahpun selamat digoreng, makan ngan sambal kicap. Nyum, nyum, nyum...sedapnyer... ingat ada balance lagi sebijik tu CK nk buatlah kerepek plak.
Malangnya...bila pegang jer buah tu..ALAMAK...dah lembik laaa... sah...buah sukun tu dah masak. So takde lah buat kerepek. Lalu CK belah dan ambik isinya, banyak jugak, separuh dah masuk dalam tupperware untuk dibuat cekodok, dan separuh lagi...terhasillah kuih bingka ni.
Terima kasih pada Am66, Myresipi yang sudi berkongsi bingka sukun ni. Mmg harum dengan bau sukun, lemak manis dan lembut. Tapi anak2 dan Jebat macam jakun sikit, so diorang setakat merasa jer. Sempat gak CK bagi pada Wati untuk diorang rasa.
Bahan-bahan
* 450-500g buah sukun- CK lecek macam pisang tu
* 200g tepung gandum, dan CK tambah dengan 2 sudu tepung kastat
* 180g gula
* 300ml santan Kara
* 4-5 biji telor
* 1sk essen vanilla
* 1sk garam
* sedikit pewarna kuning
* sedikit bijan (jika suka)
Cara-cara
1. Semua bahan di atas di kacau rata sehingga gula larut dan tepung tidak bergentel.
2. Lenser loyang/acuan dgn sedikit butter/minyak masak
3. Tuang ke dlm loyang, ditabukan sedikit bijan dan dibakar di dalam oven dgn suhu 180-200°c selama 45 minit.
4. Biarkan sejuk barulah boleh dipotong
Inilah gambar2 yang sempat diambil masa kat kampung ari tu. Abang Irfan begitu excited balik kampung sbb dapat tengok ayam, kambing lembu. dan kuda. Kuda?? haaa...jangan tak tau, kat kg MIL CK memang ada bela kuda padi. Tapi yang tak bestnyer, malam2 kuda2 tu merayap rumah orang. Habis segala tanaman orang dimakannya.
Di kampung, Irfan asyik kejar ayam jer.. sampai tak cukup tanah ayam2 tu nk lari...last2 naik atas pokok...SELAMAT !!! hehehe. Ryan plak dok geram dengan kucing2. Asyik menjerit jer tiap kali tengok kucing2 tu lalu depan dia. Gamaknya suruh mama bela kucing kot...hehehe.....
kak norma...
BalasPadamsedapnya tengok bingka sukun tu...
mas tak pernah makan lagi..
terasa kuat tak sukun tu kak..
Mas- bau sukun takdelah brapa kuat..ala2 'mild' gitu.. tp sedap..lemak2 manis,lembut.. tp kat rumah akak ni tak dapat sambutan ler..
BalasPadamSalam Norma...
BalasPadamkak cek memang penggemar buah sukun...tapi selalunya kak cek goreng je...dah ada resepi ni...kak cek nak trylah...cuma kalau nak buat bingka sukun ni...buah sukun kena biarkan masak la baru boleh dibuat bingka ke...
cik cek - yer, buah tu kena masak ranum dulu baru boleh buat bingka..kalo tak, buah tu takkan rasa manis dan bau sukunnya.. tp dalam kes saya ni, buah tu dah 'termasak' sendiri..daripada dibuang, baiklah dibuat cekodok atau bingka. Asalnya saya simpan buah ni utk dibuat kerepek, tp masa plak takde..tu yang dia masak ranum sendiri tu...hehehe,,,
BalasPadamSalam CK...
BalasPadamsedapnya ada pokok sukun kat kg.. sy cukup suka dengan sukun nih... masa blk kg MIL baru2 ni.. masa cik abang jalankan projek kebun dia.. sempat saya kirim cik abang beli pokok sukun.. entah berapa tahun lagi pokok tu nak berbuah pun tak taulah.. hehehe.. tp takperlah.. kalau panjang umur dptlah merasa.. kalau pendek umur.. semoga dpt pahala sedekah bagi sapa2 yang makan buahnya tu kan... kalau ada sukun masak bolehlah try buat bingka gini.. terliur dah bila terkenangkan buah sukun feberet sy ni..
Madiha- insyaalah..akan panjang umur untuk merasa hasil tanaman sendiri..nanti jangan lupa bagi sikit kat akak yer, nk buat kerepek sukun laaa....
BalasPadamAssalamualaikum akak..
BalasPadamdiana x perna lg makan bingka sukun ... nampak sedap ler kan akak...
sedapnya bingka sukun..tapi nieza ni mkn jer berangin satu bdn pula.
BalasPadam