Selasa, 28 Jun 2011

Char Kuetiau

Salam...bertemu lagi...

Dinner malam ni, hanya char kuetiau jer, dh tak larat nk masak lauk-lauk dan tak brapa selera nk makan nasi. Ditambah plak dengan baru balik dari beli barang2 dapur kat Tesco Puchong maghrib tadi... so memang letih. Masak yg ringkas2 jer..janji boleh alas perut sudah laaaa...

Kalo masak kuetiau WAJIB ada kerang, udang taugeh dan kucai. Perhiasan lain tu bergantung ler pada stok dalam esbox... Selalunya CK masak charkuetiau ikut respi ni.

Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....


* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....


Alhamdulillah...dh kenyang !!!


11 ulasan:

  1. rajin juga walaupun dah letih....
    saya suka sgt char kue tiaw, kat psr mlm mesti cari ni dulu.....

    BalasPadam
  2. Zana- yaaa... paberetmu, paberetku jua... hehehe.... tak kira kat pasar malam atau food court, mesti nk cari char kuetiau gak..

    BalasPadam
  3. salam Noorma ..kueteow makan panas2 camni mmg sedap!poberet HB & anak llaki k.atie nih!

    BalasPadam
  4. betul tu norma.3 serangkai tu mmg wajib ada dlm kuetiau kan?

    BalasPadam
  5. Salam ziarah..
    sedapnya char kuetiaw..makan panas2.sy selalu order char kuetiaw kt kedai je..hehe
    singgah & follow..

    BalasPadam
  6. wajib ada kerang? kalau tak ada berdosa tak?

    BalasPadam
  7. Salam Norma....kak cek dtg ni nak ngendeng char kuetiaw sepiring...ada lagi ke...:)

    BalasPadam
  8. mmg nmpak SEDAP SANGAT..ni klu jual WAJIB beli :)))

    BalasPadam
  9. terliurnya tengok...
    peberet no 1 tu char kuewtiaw.....

    BalasPadam
  10. alhamdulillah sedap nampak kak..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum akak...
    wah sedapnya... dah lama diana x masak sendiri... teringin plak nak makan... sedap2x...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡