Hari ini tanggal 2 Jun 2011, genaplah 6 tahun usia anak lelaki pertama dalam keluarga Jebat, Ahmad Harith Irfan (tapi kami suka panggil dia ABI – dulu kengkonon takde adik, panggil jer baby... lepas tu melekat dengan nama Abi... )
Dan sempena cuti sekolah ni, takdelah sambutan di tadika. Tapi CK buatkan juga kek coklat untuk dia. Nanti dh bukak sekolah, boleh celebrate kat tadika plak.
Inilah dia kek yang CK buatkan untuk Irfan. Dalam perancangan kami nak beli kek kat Secret Recipe, tapi keluarlah macam2 cerita tentang SR sejak akhir2 ni, so kami pun ragu2. Baik la tak payah beli. Dan penyelesaiannya, buatlah kek sendiri. Dengan simple decoration, itu pun dh cukup menggembirakan hati anak2.
Kek Coklat Moist Cendanakasih
Bahan-bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan buttercup- dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B (diayak 3 kali)
1 1/4 cawan tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila
Caranya:
-Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
-Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian baru masukkan pula kuning telur. Pukul lagi dan tambah esen vanila dan ovelet.
-Campuran bahan A yang dimasak tadi dan digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau
-Biar semuanya bergaul sebati. Masukkan ke dalam loyang
-Kukus selama 1 jam.(boleh juga dibakar)
-Biar kek sejuk dan barulah letak topping
Utk topping:
CK cuma cairkan cooking chocolate dan campur dengan susu cair dan butter. Sesuaikan kepekatannya dan curahkan atas kek
Inilah rupanya kek tu. Lembut dan moist. Macam2 resipi kek coklat moist yang kita jumpa. Resipi ni diolah daripada beberapa resipi. So kiranya ni kek coklat moist cara aku ler..
Sarapan pagi dengan nasi dagang. Huuu...aku mmg suka nasik dagang.. kali ni ada gak lauk ayam goreng dan telur rebus.. waaaa...pepagi lagi dan makan nasi
Ada ke orang sambut birthday sebelah pagi. Hahaha...takpe lah nak. Orang tak buat, kita buat !! seceria mentari pagi bersama meraikan ulangtahun kelahiran Irfan. Semoga memberi kehidupan dan masa depan yang cerah pada anakku. Amin!!
Ada ke orang sambut birthday sebelah pagi. Hahaha...takpe lah nak. Orang tak buat, kita buat !! seceria mentari pagi bersama meraikan ulangtahun kelahiran Irfan. Semoga memberi kehidupan dan masa depan yang cerah pada anakku. Amin!!
Salam Noorma.."Happy Birthday tuk ABI"...semoga pjg usia,rajen2 belajar,jgn notty2 & semoga menjadi anak yg soleh kebanggaan ibu & Ayah.Amin
BalasPadamMaa,
BalasPadamhepi birthday buat Irfan,semuga menjadi anak yang soleh yea...oaky tu Maa kek mug,buat sendiri lagi seronok,bangga gitu kalau jadikan...
happy berthday buat hero kak norma..
BalasPadammoga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat....
rajinnya akak sorang ni...ngan keknya..ngan nasi dagangnya...
sedapp2 tu...
Happy bIrthday irfan.. Moga membesar dgn sihat .. Cantik kek mama buat
BalasPadamhappy bday ifan.sejak dh potong ni,untie tgok kemain lagi sihat bugarnya ye!maklumlah mamanya chef leh oder sja.tu yg anak sihat2 tu.
BalasPadamoklah tu cantik dah kek tu.lps ni ttp kdai SR tu hihii...
selamat hari jadi Irfan!!!maaf opah datang lewat..ada lg ke semalam hehe
BalasPadamTime kasih untie2 sume..Amin !!
BalasPadam*Pet- yer..sejak dh potong ni, makin naik badan, makin mengada-ngada. Kena dengar cakap dia jer. Pastu suka merajuk plak tu.. nyampah aku.. Ni birthday dia siap request PS2 lagi. Selagi tak beli, selagi itu ler tarik muka. Tension jer ngan jantan sorang ni
Hepi Besday to Irfan...Moga sentiasa diberkati dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat....amiiinn...Waaah nampak sedap kek tuh..sungguh moissttt!! Akak curi resepi la eh Noorma..hehe..halal eh..
BalasPadamhappy birthday Irfan semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat:) pandai maknya buat kek cun tu...sure sedap..
BalasPadamAssalamualaikum akak...
BalasPadamhuhuu diana terlepas entri nie...
Happy Belated Birthday buat Irfan... moga dah besar nanti jadi anak yg berguna n berjaya dunia akhirat.. Amin.
n kek tu nmpk sedap ler akak...
Mencari kek coklat yang sedap? Lihat Tawaran Hebat! ini. Pasti x rugi.
BalasPadam