Jumaat, 3 Jun 2011

Gulai Lemak Pucuk Paku Telur Asin

Salam...
Hari ini agak sibuk. Bangun jer pagi, Jebat dah ajak pegi mandi manda kat Hulu Langat. Program awal nk balik Melaka, tapi tak jadi (agh..malas nk citer lebih)... tapi memandangkan dah ambik cuti dan janji dengan anak2, maka terpaksalah juga tunaikan. Tak dapat mandi laut, mandi air sungai pun jadilah.

Sepanjang jalan nk masuk Sungai Congkak tu memang banyak orang jual sayur kampung. So kami pun berhentilah kejap, beli pucuk paku. Asyik tengok kak Atie jer masak pucuk paku...hehehe....

Resipi hari ini, dimasukkan telur asin, selain udang kering. Fuh..abis diet aku, terpaksa makan malam (demi pucuk paku) hehe


Bahan

1 ikat pucuk paku
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
sedikit udang kering

1 bijik telur asin

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.

1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali telur asin, santan pekat dan masakkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur asin ke dalam kuah. Tunggu sekejap hingga telur masak.  Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih








7 ulasan:

  1. adeh noorma,sedapnya pulak ai sayur pucuk paku tu..terliur tgk.:)

    BalasPadam
  2. rasa lapar la pulak nampak lauk pauk Norma ni hehe.Tak pernah cuba masak telur asin begini.Pasti sedap.Kena cuba:)

    BalasPadam
  3. adoiii kak dtg sini malam2 terus lapar...
    ita tak pandai makan pucuk paku.. tapi lauk kembung masak taucu tu mmg ita suka...

    BalasPadam
  4. tgk lauk pauk yg terhidang tu... terus lapar pepagi nie.. belum sarapan lg nie... sedaaaapnyaaaa

    BalasPadam
  5. tetiba lapar tengok sayur paku tu..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. norma,pucuk paku dgn telur masin...terliur nampak...sedapp..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡