Hari ni hari malas masak dan makan nasi. Dan entri ni pun untuk minum petang dan makan malam. Dah pesan siap2 kat anak2 - "makan kenyang2 yer, malam ni mama malas nk masak nasi dah.."
So aku masak char kuetiau idamanku. Uhhh...2 bulan tak makan char kuetiau. Teringin teramat sangat.
Teringat plak kat sepupu aku Abg Din dan Kak Ana di Kulim nun. Diorang niaga char kuetiau ni depan rumah jer. Tak perlu gerai, tak perlu kedai besar. Tapi bisnes mmg kencang. Fuh..teringin gak nak rasa. Insyaalah..tahun depan laa aku akan buat road tour ke Utara...hehehe...Mcam artis plak :)
Resipi kali ni, ambik kat MYRESIPI, daripada Che'iza. TQ... sedap..marbeles...
Bahan-bahan ( 2 org )
* * UTK PASTE *
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula
* * UTK MEE *
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur
Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
Akhirnya...terkabul jua hasrat nk makan char kuetiau. Fuh..puas hati..puas hati... kenyang....alhamdulillah.....
Buat char kuetiau style basah. Atas permintaan jebat... anak2 suka style kering...macam2 kerenah orang dalam rumah ni ka. Tapi mana ada char kuetiau kering??
Ok...sampai sini dulu. Semoga berjumpa lagi
perghhh ckt memang best....tgk pun dah tau sedap ni kalau bubuh kerang dan udang fresh memang mabeles..adehhh terliurla pulak..hehe
BalasPadamsuka sangat char koewtiaw....
BalasPadamsedappppnya....
nak sepinggan kak...
yg nie pun wajib try nie nnt... heheheh.. fav nie :)
BalasPadamSalam..
BalasPadamSukanya hari ni dapat resepi char kue tiaw.. slalu kalu teringin nak makan, pakai oder kat gerai je.. banyak resepi best kat sini, saya follow ya.. tkasih
terliur tgk char kuey teow..slalu buat kurang menjadi sbb kuey teow lembek sgt (xpndai msk, slhkan kuey teow..haha)
BalasPadam