Salam !!! Korang dh lunch ke? kami 4 beranak baru je lepas (aku, Jebat, Irfan dan Ryan laaa) si Along lambat balik, so tak larat nk tunggu dia, perut dh berbunyik :)
Ikan Belah Belakang ni paberet aku dari kecik. Kalau mak masak lauk ni, mmg bertambah2 makan. Selalunya mak aku buat guna ikan kembung hitam yang besar. Fuh...sedap!!
Bahan-bahan
-1 ekor ikan cencaru-dibelah bahagian belakangnya, dan keluarkan isi perut. Cuci bersih
Bahan ditumbuk
-2 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-sedikit belacan
- 2 biji cili merah
-sedikit air asam jawa pekat
-gula, garam dan serbuk perasa
*semua bahan2 ini ditumbuk lumat
Cara-cara
1.Masukkan bahan2 yang ditumbuk lumat kedalam perut ikan. Sumbatkan sambal sampai ke bahagian kepala ikan.
2.Lumur ikan dengan lebihan sambal dan goreng dengan api perlahan hingga masak. Siap
Ikan ni sedap dimakan time panas2. Selain ikan ni, lauk2 lain pun ada gak
Sambal goreng tempe
Sayur pucuk paku goreng
Jemput makan semua !!!
semua lauk mas suka, sedappnya...meleleh dah air liur ni...he..he...
BalasPadamerrr...kalau masuk blog ni bulan puasa..leh kantoi ni..hehe..apapun resipi kakak semua sempoi2...bila nk buka restoran kak?
BalasPadammemang sedap menu ni!...kalau mkn nasi sure bertambah nasi ni...hehe
BalasPadamMas- hari ni akak tak brapa sihat, tu yg masak simple je tu :)
BalasPadamKeli Oh Keli - uish...setakat makan pat lima mulut lepas la dik oiii...jangan kata bukak restoren, bukak gerai tepi jalan pun tak lepas laaa....heheh
Nieza- hari ni takde lauk kuning, so bang Jebat tak menambah...hehehe
Berselera sungguh tenguk, pulak tu mmg belum ngap lg. Akak pun suka ikan cencaru sumbat ni. Kekadang akak hiris daun kunyit n serai sumbat sekali. Makan nasi mmg tak agak2 lepas tu.
BalasPadamSumbat sambal belacan je pun dah sedap. Apa lagi stail mcm ni. Kena lak ikan digoreng garing diluar gebu dan berjus didalam. Memang terangkat
BalasPadam