Selasa, 18 Januari 2011

Masak Lemak Cili Padi

Hari ini masak lauk kegemaran Jebat iaitu Masak Lemak Cili Padi. Kalau ada lauk ni, bertambah2 dia makan nasi. Tapi anak2 takde plak ikut jejak papa diorang. Cian (kat aku ler) sbb kena masak lauk berkuah yang lain untuk anak2. Huh...(jangan merungut, kang tak dapat pahala) hehehe

 Lauk yang 'kaw-kaw' pedas sbb guna cili padi kampung. Ambik kat pokok yang ditanam sendiri.

Kali ini aku guna ikan tenggiri. Rencahkan dengan timun.

Bahan-Bahan:
3 ketul ikan tenggiri
1 cawan santan (setengah biji kelapa)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Timun-di potong baji sederhana besar 
2- asam keping
Bahan ditumbuk halus:
10 tangkai cili padi
2 sm kunyit hidup

Cara:
Campurkan bahan tumbuk dan asam keping ke dalam santan. Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah. Masukkan ikan dan timun.  Tambah garam dan serbuk perasa. Bila santan sudah mendidih padamkan api. Kemudian hidangkan.


Ermmm...kalau dh buat lauk ni, mesti la buat sambal belacan ataupun sambal tumis. Kata Jebat, lauk warna kuning kena dipadankan dengan warna lain spt merah dan hijau. Banyak songeh laki aku tu kan !!!

Oklah...aku nk sambung masak lauk2 warna lain plak ni....jumpa lagi yer !!! 

6 ulasan:

  1. haaa..en jebat boleh geng ngan anak mas ain, suka sangat masak lemak..he..he..

    BalasPadam
  2. Mas- elok la tu..hehe... anak2 akak ni tak suka makan masak lemak sbb pedas, tp kalo masak lemak ketam suka plak.. high taste gitew..

    BalasPadam
  3. mmm..hari ni akak tak masak lado api..nak masak lain pulak...sedap tu noorma..ini ikut resepi org negori tak ada bawang..rumah akak, anak dah besar2..ikan tenggiri tu kalo akak menggulai tak cukup 3 ketul..hehe

    BalasPadam
  4. Uhuuuuuu org di puncak nun...

    Wah kita suka lauk ni..Lagi pedas lagi bagus..Esoknya lari2 pergi tandas heheh...
    Naz pun kalau masak lemak cili padi memang cili padi ngan kunyit dan titik serai jer.. tak de letak bawang2..Eeeee sedapnye.. Mcm meleleh pulak air liur ni..

    BalasPadam
  5. norma..banyak songeh pun sebab ada isteri yang baik.

    BalasPadam
  6. Kak Anim- skang harga bawang mahal..so buat ler resipi yang takde bawang..hehehe, 3 ketui tu kengkadang membawak ke esok hari :(

    Naz- ni kira pedas la jugak, tp masih ditahap selamat..hehe,,,

    Kak Erna- baik ada makna...heheh.. (nk sambut anniversarry ni...)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡