Khamis, 30 Oktober 2008

Serai dan khasiatnya

Kali ini aku nk share khasiat serai. Kat umah aku ni memang banyak serai. Siap untuk kegunaan jiran-jiran. Serai banyak digunakan dalam masakan melayu. Khasiatnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain daripada itu, daun serai juga ada manfaatnya...(yang tajam dan boleh melukakan jari jika tidak berhati-hati)

ha..inilah yang aku nk cerita ni. Petua ni aku dapat dari seorang jiran berbangsa cina (Mr.Ivan) yang tinggal berdekatan dengan rumah aku. Dia ni seorang pengurus jualan pelbagai produk kesihatan. Pengalamannya berjumpa doktor, pakar kesihatan, pensyarah dikongsi bersama kami semua.

Kalau dahulu, sebaik sahaja mengambil serai untuk membuat ramuan dalam masakan, daunnya akan ku buang, namun kini tidak lagi. Daun serai rupanya boleh menjadi agen penghalau serangga makhluk perosak yang menginap di pokok-pokok tanaman, khasnya pokok sayur-sayuran seperti kekacang dan tanaman berdaun lain.

Caranya, daun serai yang hendak dibuang tadi, di kisar hancur bersama air. Kemudian perah jusnya dan campurkan dengan setitik dua minyak masak.Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburlah kepada tanaman anda. .... insyaalah, tiada lagi serangga seperti ladybird, semut di pokok anda. Cubalah....selain menjimatkan kos, ia juga mesra alam dan tiada bahan yang memudaratkan kesihatan.
*kempen sayuran organik he,he,he