Ahad, 2 November 2008

Birthday Farisya



Tiga hari tak letak apa2 kat sini. Sibuk sikit, sbb nk buat persiapan untuk birthday anak sulung aku, Nur Farisya Idayu, yang ke lapan tahun (29.10.2000)

Yang istimewanya majlis harijadi Farisya ni, sume juadah aku buat sendiri, termasuklah kek birthday. Thanks to Hana, sbb bagi resepi kek coklat kukus yang sedap. Beruntung dapat kawan mcm dia, walaupun hanya kenal kat alam cyber jer.


Selain daripada tu, juadah lain ialah Bihun sup, blueberry tart, karipap (ni pun resepi Hana), kuih seri muka dan buah betik (he,he,he...buah betik ni adalah hasil dari pokok aku kat belakang umah. Kebetulan dia masak ranum pada hari birthday si along ni, so boleh ler sume orang merasa.




Majlis ni kami buat kecik2 jer, kat back yard rumah kami jer, jemputan pun dalam 20 orang jer, jiran2. Malas nk buat majlis besar-besaran, lagipun aku ni tak brapa sihat, asyik semput jer, itu pun nasib baik encik hubby aku cuti. Boleh ler dia tolong buat persiapan.

Majlis tamat pukul 11.00 malam. aku dh penat sangat dh, esok plak terpaksa menghadiri kenduri kahwin sepupu hubby kat Hulu Langat. Mak mertua aku awal2 lagi dh sound suruh datang awal, tolong apa yang patut.... aku kata tgk pada badan la, kalau bangun awal, boleh la kami pergi awal...kalau lambat, sendiri mau ingat la.....





 ada gak yg sibuk yang tiup skali yer... hahahaha