Rabu, 16 Ogos 2023

Ubi Kemili , Ubi Keling

 Hari ini terpanggil menulis tentang ubi kemili atau ubi keling. Aku tak pernah tau nama ubi keling sehinggalah seorang rakan mention istilah ini. Katanya "payah nak buat sales sekarang ini, gali-gali kena ubi keling"

Aku diam. Tak ambil serius perkataannya, kerana aku tahu maksudnya. Dia sering mendapat customer dari kalangan yang berkulit gelap. 

Tiba-tiba timbul keinginan untuk tahu apakah itu 'UBI KELING' 
Google punya google, laaaa... ubi kemili rupanya. Ye lah, lain daerah/negeri lain panggilannya. 

Kami orang utara memanggilnya ubi kemili. Namun di kelantan ia digelar ubi keling. Boleh rebus je dan boleh masukan dalam gulai seperti yang CKak masak tu. Rasa tawar tapi sedap. Kadang² CKak cicah dengan gula je

.

🔥 Ubi keling atau juga dikenali sebagai ubi kemili
🔥merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam.
🔥Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel.
🔥Ia merupakan jenis ubi yang boleh dimakan. 🔥Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng.
🔥 Ubi ini boleh dimakan selepas direbus
.
Kesimpulannya ubi ini sedap dimakan dengan apa cara sekalipun. Tidak mendatangkan mudarat, malah mengenyangkan.



Gelaran ubi keling kepada manusia menunjukkan apa yer? Apakah kerana kulitnya hitam? Terukkah tingkah lakunya?
Basuh, buang pasir dan kupas kulitnya.
Lihatlah isi dalamnya yang putih dan berlemak.

Sama juga dengan manusia. Berbaju lusuh, beli di bundle atau kotor dan busuk, jangan terus menilai negatif atau menjatuh hukum.

Ermmm... Never judge the book's by it's cover lah... Yg hitam tak semestinya jahat. Muka suci bersongkok berserban usah terus dicop alim, warak, suci dan baik. Kadang kala, perangainya lagi teruk, buruk dari si penjenayah.

Jumaat, 11 Ogos 2023

KUIH KASWI PANDAN GEDIK

Assalamualaikum. Viral kan kuih ni? sampaikan acuan kuihnya pun kena order dari luar negara. Hahaha...CKak pun sama naik. Nak juga rasa, sedap ke tak? 


Kaswi pandan gedik santan leleh dan kaswi pandan gedik.
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1cwn gula
1 cwn air
1 cwn air pandan( blend 6 helai daun pandan + campurkan sedikit pewarna hijau)
1 sudu air kapur



Campurkan kesemua bhn dan tapis.
Sapukan acuan dgn minyak.
Kukus 10 minit bila air mendidih.
Kukus kelapa parut putih selama 5 minit dan ltk grm.



Utk santan leleh..
1/2 cwn santan kotak..tmbhkan air jadikan 1 1/2 cwn air
Sedikit grm
2 sdb tepung jagung
Campurkan sedikit dan kacau sehingga pekat.
Bolehlah paip ats kaswi..taburkan sedikit bijan yg disangai..



OK, sampai sini dulu. 


Rabu, 2 Ogos 2023

Kuih Cara Berlauk Cendanakasih

Assalamualaikum. Sementara CK masih rilex2 ni, kita update la blog. Esok lusa dah sibuk, entah bila tahun pulak dapat update blog ni...huhuhu. 

Rasanya simpan resepi di sini lebih selamat, daripada tulis di buku yang seringkali hilang. Resepi dah diubahsuai (modified kata omputeh) 



Resepi KUIH CARA BERLAUK CENDANAKASIH

Inti:
- 1 mangkuk Daging rebus & potong kiub. Nak pakai ayam, udang pun boleh.
- bawang besar potong kiub
- serbuk kari (2 sudu/lebih kari ok)
- sikit garam (xyah masin sgt)
-sikit chicken kiub/serbuk perasa
2sudu minyak tumis masuk semua bahan di atas. Goreng kering. (Tak usah masin, sedang2 seperti lauk kita makan)

Simple kan? Kalo korang nk buat cara sendiri, silakan laaa...yang kreatif boleh juga buat dari lebihan kari daging
Ok... dah siap inti, kita buat bancuhan tepung pulak.

Bancuhan tepung:
4 cawan air + (santan cair / susu cair jika suka)
2 cawan tepung gandum + 1sb tepung ubi
Sikit garam
Sikit gula
Sikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
1 biji telur
1sk pelembut adunan (cream super dll)
1sk minyak masak

Satukan semua bahan dalam blender dan haluskan.
(Bancuhan biar rasa lemak2 aje)

Cara masak:
Panaskan acuan, api agak kecil/sedang aje ya supaya boleh masak dgn sempurna. Masukkan bancuhan tepung, kemudian letak la inti daging tu. Tabur sedikit daun sup, dan cili merah untuk naik seri (cewaaahhhh) Bagamana nak tau dia masak? bila sekeliling dah mcam merkah dari acuan, tandanya dah masak laaa....




OK.. sampai sini dulu. Selamat mencuba. CKak pernah jual kuih ni, 60sen sebijik, tp CKak ni bukanlah orang yang rajin menjual. Ikut mood jugak. Sekarang mood dah ke laut merah di saudi sana nun... hahahahaha. 

dan..satu pesanan untuk admin-admin page di FB, Insta dll yang kemaruk kejar like, tak salah nk copy resepi, tp jagalah hak si pemilik resepi. Jangan pakai ambik jer gambar dan resepi orang !!