Rabu, 16 Ogos 2023

Ubi Kemili , Ubi Keling

 Hari ini terpanggil menulis tentang ubi kemili atau ubi keling. Aku tak pernah tau nama ubi keling sehinggalah seorang rakan mention istilah ini. Katanya "payah nak buat sales sekarang ini, gali-gali kena ubi keling"

Aku diam. Tak ambil serius perkataannya, kerana aku tahu maksudnya. Dia sering mendapat customer dari kalangan yang berkulit gelap. 

Tiba-tiba timbul keinginan untuk tahu apakah itu 'UBI KELING' 
Google punya google, laaaa... ubi kemili rupanya. Ye lah, lain daerah/negeri lain panggilannya. 

Kami orang utara memanggilnya ubi kemili. Namun di kelantan ia digelar ubi keling. Boleh rebus je dan boleh masukan dalam gulai seperti yang CKak masak tu. Rasa tawar tapi sedap. Kadang² CKak cicah dengan gula je

.

πŸ”₯ Ubi keling atau juga dikenali sebagai ubi kemili
πŸ”₯merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam.
πŸ”₯Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel.
πŸ”₯Ia merupakan jenis ubi yang boleh dimakan. πŸ”₯Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng.
πŸ”₯ Ubi ini boleh dimakan selepas direbus
.
Kesimpulannya ubi ini sedap dimakan dengan apa cara sekalipun. Tidak mendatangkan mudarat, malah mengenyangkan.



Gelaran ubi keling kepada manusia menunjukkan apa yer? Apakah kerana kulitnya hitam? Terukkah tingkah lakunya?
Basuh, buang pasir dan kupas kulitnya.
Lihatlah isi dalamnya yang putih dan berlemak.

Sama juga dengan manusia. Berbaju lusuh, beli di bundle atau kotor dan busuk, jangan terus menilai negatif atau menjatuh hukum.

Ermmm... Never judge the book's by it's cover lah... Yg hitam tak semestinya jahat. Muka suci bersongkok berserban usah terus dicop alim, warak, suci dan baik. Kadang kala, perangainya lagi teruk, buruk dari si penjenayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡