Jumaat, 19 November 2021

Daging Goreng Daun Selasih

Assalamualaikum. Lama tak update blog kesayangan ni. Daun selasih ini pemberian dari seorang guru/sahabat. Terima kasih Prof Hajjah Che Zainun Omar. Kami sayang Cher.


Konon, masakan ala2 kedai tomyam, cepat dan sedap. Tapi memang sedap pun. Hahahaha. Tak sampai lima minit dah siap.


Daging Goreng Daun Selasih

RESEPI
Daging - direbus hingga empuk dan dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk
cili padi thai - diketuk

Bahan Sos
Sos tiram
Kicap sotong
kicap cair
Kicap gold mountain
Gula, Garam, Perasa

Bahan Lain
Carrot, Kobis Bunga, Tomato
Lada benggala
Bawang holand
Cili padi (ketuk)
Daun selasih

CARA-CARA
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau
Masukkan daging, goreng sekejap
Masukkan sos, kacau rata. Masukkan sayur. Biar sayur masak sekejap.
Akhir sekali, perasakan dengan gula, garam, perasa dan masukkan bawang holand, daun selasih dan lain-lain. Kacau dan angkat.
SIAP
Makan dengan nasi panas dan telur dadar pun sedap.



💓