Sabtu, 18 April 2020

Kuih Bom Kebabom


Assalamualaikum. Hari ni berkuih Bom la plak. Lama tak buat, selalu CK suka beli kuih bom ni kat satu kedai tu. Pagi-pagi seawal 7 pagi dah ada kuihnya. Panas-panas lagi penjualnya hantar. Nak cari kuih bom sedap, pergilah ke Restoren Nasi Lemak Nuarina Bandar Kinrara. Entah sapa la yang buat kuih bom tu, sedap bagi tekak CK. Hehehehehe...






RESEPI KUIH BOM TAK MELETOP

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
2 cawan air suam
Secubit garam halus
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:
Masukkan semua bahan-bahan diatas iaitu tepung pulut, tepung gandum dan garam. Kemudian,
masukkan air secawan dahulu. Gaul dengan garpu you all.
Apabila sebati tepung sedikit keras, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan untuk rasa dan mendapatkan doh yang tak melekat di tangan. Ingat! jangan guna air sejuk.
Doh jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Memadai boleh membaluti inti.
Setelah siap salutkan dengan tepung dan golek diatas bijan.
Goreng dengan api sederhana-perlahan.
Untuk Frozen, goreng sekejap sahaja sehingga menampakkan texture bijan terus angkat.
Sejukkan dan simpan dalam tempat beku.
Untuk menggoreng semula perlu defrost terlebih dahulu.




INTI
Kacang Hijau
250gm kacang hijau
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut putih/muda
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam

Cara membuat Inti:
Gula melaka di masak dan buat air, tapiskan.
Kacang hijau di rendam selama 6jam
Masak kacang hijau bersama air secukupnya ( Jangan terlalu banyak ) hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Selow api.
Kemudian, masukkan kelapa parut, air gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Last masukkan tepung.
Kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
Tutup api supaya tidak hangus.
Setelah sejuk, buatkan bentuk bulat inti tersebut.



Hari ini Ck buat inti kelapa jer. Kebetulan memang ada inti kelapa dalam peti sejuk tu.



Tadaaaa... selamat mencuba !!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡