Minum petang hari ini ada Portugies Egg Tart. Lama tak makan, buat la nam bijik. ❤
Pastry puff tu hangpa tak payah la uli sendiri. Sebab nya renyah, satgi sure hangpa maki hamun akak kalo tak jadi. Lagipun untuk siapkan pastry puff tu sahaja ambik masa 3 jam. So akak nasihatkan hangpa pi la beli pastry puff tu kat kedai2 bakery. Tesco Giant Mydin pun ada jual dah.
BAHAN-BAHAN:
- Puff pastry segera – boleh dibeli di pasaraya di bahagian sejukbeku.
- 4 biji telur
- Sedikit esen vanilla
- 150ml air
- 250ml susu penuh krim
- 120gm gula kastor
- 1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Canai manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat.
2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi pastri masih boleh digunakan. Satukan semua dan bulatkan. Kemudian canai semula. Kalau tak ada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Ketepikan sekejap. Panaskan ketuhar.
4. Untuk menyediakan kastad, campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati. Susu penuh krim boleh diganti dengan susu cair.
5. Tapis adunan kastad kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 200C selam 40 minit. Guna api atas bawah.
6. SIAP !!
Ok...selamat mencuba !!