Salam
Hari ni baru dapat update. Ni cerita pertunangan anak buah CK, cik Yaya Jamaludin dengan cinta hatinya Nasrin (opsss sorry, tak tau nama penuh)
Hi hantaran yang CK buat buat anak buah tersayang tu. Cupcakes, cheese tart, tart nenas buah dan gubahan jeli.
Pihak lelaki memberi 7 dulang, dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan (anak buah Ck laa )
Majlis pertunangan berlangsung di kediaman datuk Yaya di seksyen 18 Shah Alam. Memang meriah, mcm kenduri kawin plak
Inilah dia anak buah CK, cik Yaya Jamaludin (bukan la nama sebenar, hehehehe) cantik dan lemah lembut orangnya. Bersopan dan hormat orang tua. Patut lah cepat jer orang sambar
Bakal mak mertua sarungkan cincin. Rombongan sebelah lelaki ni jauh datangnya dari Tapah Perak
Inilah dia bakal pengantin.
Semoga ikatan pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin. Khabarnya bakal berlangsung pada 18 Ogos 2018 ni. Dalam tempoh pertunangan ini, pastilah banyak dugaan dan cabaran. Diharapkan mereka dapat menempuhnya dengan sabar
Abis kenduri, mak sedara pun flet. Esoknya pegi klinik, hahahahaha.....Cuaca panas, minum air pun kurang, cepat lah pening kepala. Tu jer
Semua ni anak buah CK. Semua manja-manja . Actually CK sayang semua anak2 buah sama rata jer. Jika ada kudrat, upaya, kewangan, semua pun boleh disediakan untuk mereka. Tidak sesekali membezakan mereka dari segi kekayaan, pelajaran, kesenangan dan lain-lain.
Namun, ada sebahagian yang lupa daratan. Sudahlah diberi susu, namun tuba yang dibalas. Orang sebegini memang CK buang jauh-jauh la. Tak guna nak buat baik jika akhirnya cuba nak membunuh saudara sendiri.