Selasa, 30 Jun 2015

Speghetti Daging Cincang dan Salad Sejuk Mediteranean

Salam...




SPAGETHI DGN SOS DAGING CINCANG 

Bahan A
1 pek spagethi 500g di rebus dan toskan.letak sedikit minyak.gaul rata
ketepikan..

Bahan B
2 labu bawang besar di dadu
5 ulas bawang putih di cincang halus
500g daging cincang
125g butter
1 tin tomato puree KIMBALL
2 cawan air
1 cawan bawang goreng
1 sudu makan oregano
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada sulah
3 keping bay leave
1 btg carrot diblender halus
1 cawan sayur campur
1 cawan cendawan tin atau segar di dadu
1/4 cawan gula
garam secukup rasa

* panaskan butter, masukan bawang putih dan goreng hingga garing..masukan bwg besar & bayleaf . Goreng hingga layu
* masukan daging cincang dan masak hingga kering
* masukan semua bahan bahan lain dan masak hingga pekat..sedia utk dimakan dgn spagethi.
please share dan cuba lah masak.



untuk anak2 yg tak suka makan salad 


Salad Sejuk Mediteranean 

brocoli, carot- potong dan rebus sebentar
saleri- potong kecil
bawang kuning - dadu
sosej cheese- celur dan potong

Bahan sos/dressing
3 sudu besar extra virgin olive oil 
1 sudu besar lemon 
1/2 sudu kecil mix herb 
1 sudu kecil gula 
lada hitam n garam secukup rasa 
1 ulas bawang putih di ketuk
1 sudu besar mayonis

satukan semua bahan sos, dan gaul bersama bahan sayur. Siap untuk dihidangkan.


Isnin, 29 Jun 2015

Lontong


Salam...

Menu Pra Hari Raya plak... ada nasi impit, kuah lodeh dan rendang ayam...ermmm...nyum-nyum !!! 




Terima kasih Mummy Mida atas perkongsian resipi




Sabtu, 27 Jun 2015

Nasi Kerabu

Salam

CK memang suka makan nasi kerabu, cuma kurang sambutan daripada ahli keluarga (tekak utara takbleh ngam dgn tekak pantai timur... hehehehe)


Nak makan nasi kerabu ni, kena la lengkap semuanya. Kalo tak, tak brapa ummphhh laaaaa


Siap semua. Ada solok lada, sambal kelapa, ulam2, ikan celup tepung, telur masin dan daging goreng kunyit (CK tak buat daging bakar, sbb anak2 tak reti makan)


OK.. ini resipinya...senang kan...takyah taip panjang2... hehehehe... SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 26 Jun 2015

Murtabak Leftovers

CK namakan ia murtabak Leftovers coz sebab ia menggunakan lebihan kari ayam/daging yang ada di dapur. Tak perlu nk masak inti dll.... ia sememangnya juadah yg mudah disediakan.

Apa yang penting, perlu ada

* Instant Paratha
* Kari Ayam/Daging
* Telur
* Bawang
* Sayur2 jika suka (CK suka letak kobis yg diracik halus, daun sup dan daun bawang)


Mula2, isi ayam disiat halus. Ambik sikit kuah kari tu. Letak dalam mangkuk
Pecahkan telur 2 bijik.
Tambah bawang besar yg dipotong dadu dan sayur2 jika suka.
Perisakan dengan garam.
Gaul semua bahan dan ketepikan

Ambil sekeping roti paratha (dinyahbekukan dulu)
Letak di atas papan canai yg diratakan sedikit minyak masak
Tekan2 sikit paratha hingga menjadi nipis dan lebar
Letak inti ayam yang disediakan tadi.
Bungkus cantik2 dan pindahkan ke kuali leper
Masak hingga garing/inti dalamnya masak

Kuah bawang merah
bawang merah
gula
cuka
pewarna merah
air panas
**satukan semua bahan, dan biarkan sekejap.


SENANG KAN?? SELAMAT MENCUBA

Khamis, 25 Jun 2015

Bubur Som Som

Salam..

Dessert ramadhan, bubur som-som...sekali pandang mcm lompat tikam pun ada, cuma takde pulut merah jer....


Bahan-bahan
Bahagian putih
1 cawan tepung beras (keluarkan 1 sb dan gantikan dgn 1 sb tepung jagung)
4 cawan air
1 cawan santan Kara
sedikit garam

Satukan semua bahan, dan kacau di atas api perlahan sehingga naik gelembung2 kecil (meletup)
Pindahkan ke bekas lain, biarkan sejuk

Bahagian Hijau
1 cawan tepung beras (keluarkan 1sb dan gantikan dengan 1sb tepung jagung)
4 cawan air
1 cawan air daun pandan
1sb air kapur
2sb gula

Satukan semua bahan dan kacau di atas api perlahan hingga naik gelembung2 kecil. Sama seperti bahagian putih. Dan masak, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nk hidangkan, potong bahagian putih dan hijau, masukkan ke dalam mangkuk dan tuang air gula. Sedia dinikmati


Air gula merah
Gula merah
Gula putih
daun pandan
Air

masak semua bahan2 ini hingga mendidih. Keluarkan daun pandan dan tapis.




*** sorry, gambar dr hp je