Khamis, 26 Mac 2015

Agar-agar Roti


Salam.... 
Lama dah tak update blog. Hari ni CK tayang agar2 roti laaa... yg paling senang nk buat jika ada majlis atau tetamu nk datang rumah. 




Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.

Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.

Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.

Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.

Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.


Ni versi nk cepat.. tak sempat nk layer cantik2...  belasah jer




OK...sampai sini dulu 

6 ulasan:

  1. Wahhh...cun...sedap mkn agar2 ni

    BalasPadam
  2. Salam Norma..mmg klu tetamu nak mai..atau roti nak expired..mmg buat ni..mudah & sedap!

    BalasPadam
  3. Esen vanilla masuk time bila.. tq

    BalasPadam
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡