Isnin, 21 Oktober 2013

Donut

Salam... apa khabar? 
Mari minum petang bersama donut. CK buat donut frozen pagi tadi. Takde la rajin sangat nk meniaga frozen food balik (setelah hampir setahun tak buat frozen).. inipun sbb family besar CK nk datang rumah hujung minggu ni. So diorang request kuih2 sedap... so inilah salah satunya yang menjadi kegemaran anak2 buah dan cucu2.


 Bulan lepas, Ck ada tolong satu adik ni (dr gombak) menjual produk2 frozen. CK ambik karipap pusing dan donut. Semasa diwar-war pada kawan2 tentang produk adik ni, CK dah cakap, kuih2 frozen kali ni bukan airtangan CK dan bukan juga dr anak murid/wakil jualan CK. Dan...mereka pun setuju nk cuba... tp last2...komen yang diterima ?
""errr CK, donut yang awak buat sendiri takde ke? yang ari tu punya tak sedap laaa "
"kak, donutnya keras sikit, takbleh lawan donut buatan kau kak !! "
"Noorma, aku nk donut dan karipap yang kau buat sendiri, orang lain punya tak nak !! "
Aduh la kawan2 ku ini... takmo bagi peluang lansung kat peniaga baru... kalau CK punya masa dan tangan yang banyak, dah tentu peti es korang dipenuhi dengan produk frozen aku... tp apakan daya kan.. maaf laaa sekalian...

Tapi, jangan risau, kat sini CK sertakan resipi...buatlah sendiri yer... (hehehe...sure la tak sama kan...mcm masakan ibu, takkan sama yer dak !! )

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improverlist
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
gula halus untuk menyalut donut

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula atau topping yang disukai.


Ni donut jimat topping yer.. sekadar menyahut seruan kementerian kesihatan, kurangkan manis dalam makanan, dan lebihkan manis dalam senyuman...ewahhhhh. !!!  alaaa.. untuk kami makan anak beranak jer...takyah lawa2 sangat laaaa....


Ahad, 20 Oktober 2013

Bubur Nasi

Salam Ahad buat semua

Hari ni masak bubur nasi untuk lunch... apsal ek? ni request dari anak2, dan memandangkan Jebat pun tak brapa sihat (sakit perut), so bubur nasi adalah makanan terbaik.. suka,suka !!!


Selalunya kalo makan bubur, takbleh makan plain jer gitu, mesti ada lauk2 sampingan. Dan hari ini ada ayam goreng berempah, telur masin, ikan masin dan sayur lobak asin (tak sempat nk snap)

Bahan-bahan
- 1 cawan beras
- 8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
- 2 biji kentang (potong kecil2)
- 1 labu bwg besar ( hiris)
- 2 ulas bwg putih (hiris)
- 2 inci halia (hiris)
- 4 ketul daging ayam
- sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara
Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
Masukkan air, biarkan mendidih.
Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.

Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.


Ni  pinggan orang sakit... hehehe... bubur nasi + nescafe 


Sebenarnya, CK ni pun dah nak demam dah...tu yang takde selera nk makan nasik... nk benda2 soft plak... ok...layan gambar2 kek hari ni.... order dari Yan dan Lova untuk minum petang...time kasih !! 

 Kek Coklat Moist..kek wajib tempah cik Lova... untie dia suka sangat kek ni 

 Sekarang ni musim kek keju leleh kan.. semua bakers dok menjual kek ni.. orang pun suka makan... hari ni CK buat perisa cappuchino, oren, strawberry dan pandan.

 Kek Red Velvet sentiasa mendapat tempahan... in cup la plak...layer blueberry... ada customer cakap macam aiskrim .. entah laa... kat mana datang aiskrimnya encik Syahrul oiiiii 

Sebahagian tempahan hari ini... alhamdulillah !! 


Ok... setakat hari ini sajalah nampaknya yer... bermula rabu-isnin (23-28) ni CK tutup tempahan yer... atas arahan jebat ( kena patuh la arahan orang besar) CK tak dpt ambik tempahan sbb nk kemas rumah dan lain2 urusan di dapur...almaklum laa...rombongan keluarga besar CK nk datang hujung minggu ni... so rumah takbleh macam kapal karam...Kang malu dengan abang2 dan kakak2 ... hehehe.... 

Ahad, 13 Oktober 2013

Mee Rebus Sedap

Salam... 
Apa khabar semua kawan2, diharapkan sihat... Mana yang dah balik kg tu sure seronok dpt bersama sanak saudara kan..tp mana yang tak dpt balik, jangan sedih2 yer, meh kita layan mee rebus dulu...hehehe


CK dapat dan copy resipinya di sini. Dah selalu buat resipi ni, mmg sedap dan kena dengan tekak CK sekeluarga. Tapi kami ni biasalah..makan sekali jer, takbleh nk mengulang sebelah petangnya. So buat jer la sebungkus jer mee kuning... 

Bahan-bahannya 

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tauhu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua



Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Ok...sampai sini dulu. SELAMAT HARI RAYA 

Selasa, 1 Oktober 2013

Savoury Bread Pudding

Salam...
Kat rumah CK ni, puding roti jenis manis tidak mendapat sambutan semua orang (CK pun) ... oleh itu, kalo ada roti lebih, kami lebih suka buat puding roti jenis pedas (savoury)... ala2, pizza gitu...yang gini, buat saja tak dapat simpan sampai petang, keluar dari oven jer dh licin


Senang jer nk buat puding ni, kalo takmo buat intinya pun takpe...kengkadang (bila tiba time malas) Ck cuma potong sosej dan crabstik jer..kemudian tabur dengan mozzarella, cheddar, sos cili, mayonis...dan bakar...

Savoury Bread Pudding
sumber: Cendanakasih  

Bahan-bahan
6 keping roti gardenia
1 cawan susu segar
2 bj telur
sedikit garam
** telur dan susu dipukul dengan garfu. Roti dicarik-carik kecik dan rendam dalam susu dan telur tadi.

Bahan inti
1/2 cawan isi ayam
3 bj cendawan shitake /apa2 cendawan (tiram, butang, dll)
1 bj bawang holand -dimayang
1/2 sk lada sulah
garam, perisa
mentega untuk menumis
sosej, jejari ketam - ni CK tambah
1 cawan keju mozzarella + parmesan + ceddar (campur2 ler...)

Cara-cara
Mula2 masak inti dulu. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang holand. Biar naik bau tapi jangan sampai garing. Masukkan lada sulah dan kacang. Kemudian, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak hingga isi ayam dan cendawan empuk. Masa ni nk masuk sosej dan jejari ketam pun bleh.
Tambah garam dan perisa
Tutup api, siap

Kemudian, hancurkan rendaman roti bersama susu tadi. Lenserkan loyang dengan butter.
Ambik separuh dari adunan roti tadi dan masukkan dalam loyang. Tuang bahan inti ayam yang dimasak tadi.
Curah baki roti tadi dan tabur cheese
bakar selama 20 minit dalam suhu 200'c.
Siap dan boleh dinikmati bersama sos cili.
** tak nk buat lapisan pun bleh, gaul jer adunan inti bersama rendaman roti tu, dan curah dalam loyang, kemudian tabur dengan cheese dan bakar.


Dah keluar oven...anak2 dah ready dengan pinggan masing2... 



JOM MAKAN !!!